RM35 Beli dan Siap Pasang Pelekat RFiD di Proton Plentong, Johor

RM35 Beli dan Siap Pasang Pelekat RFiD di Proton Plentong, Johor

RM35 Beli dan Siap Pasang Pelekat RFiD di Proton Plentong, Johor || Haaa.. kecoh sana sini.. bulan Februari 2022 dah start pengunaan laluan dan sistem RFiD (Radio-frequency identification) kat plaza tol.

Aku ni malas nak layan pada awalnya. Last last terlupa hujung minggu nanti ada nak keluar dari negeri Johor, so why not aku test terus! Kan! Bolehlah jadi content IG. Tibberr! 

Haaa.. menggelupur cari kat Facebook siapa yang ada jual dan buat servis. Nak beli online kat Shopee apa semua dah tak sempat aih! 

So walk in terus ke premis Proton sale Plentong punya branch. Dorang ada bukak satu booth kat dalam. Beli stiker RFiD sekali siap pasang dan diuji keberkesaanananya, harga cuma RM35.  

Hm, dulu dulu memanglah FREE. Sekarang non hado yang free kat sini, kena beli stiker tersebut.... 

Tapi kalau korang dah ada stiker RFiD tu, lepastu nak mintak orang tu pasang serta uji, bayarannya RM10 tau! 

Setibanya aku kat sana, staff tu tolong set up dalam sistem, lekatkan kat kereta dan testing guna satu alat. Terbaik!! Ops, tak amek gambo masa staff buat testing guna alatnya tu..

Info seperti di bawah ya:


1. 📲 Install Touch n Go e-Wallet dalam Handphone.

2. Pastikan mendaftar Touch n Go e-Wallet menggunakan nombor handphone semasa.

3. Tambah nilai ke E-Wallet, pastikan baki sekurang-kurangnya ada RM35 (Caj RFID). 

Kalau lebih lagi bagus!!

4. Jangan lupa PIN akaun e-Wallet dan nombor plat kereta anda. 

5. Bawa Detail Pemilik Asal kereta (jika anda bukan pemilik kereta)

6. Tunjukkan MyKad anda kpd Crew RFID di kaunter Pendaftaran.

7. Bawa kenderaan untuk pemasangan RFID ke lokasi mereka. Kalau tak bawak, tak dapat test keberkesanan time tuhla..Pasang sendirik aje gitu.. Hehe..


*📌FAQ*


🧐 Berapa caj RFiD?


=RM35 ( Harga 1 sticker )

  • Percuma servis pemasangan
  • Percuma warranty onetime replacement (Dalam masa dua tahun)


Kalau ada kereta lain di rumah nak pasang RFiD juga, macam mana ye?

= 1 account e-Wallet boleh daftar 5 buah kereta. 


Lepas pasang terus boleh guna RFiD tu ?

= Tidak, tunggu notification RFiD Activation daripada Touch n Go e-Wallet dalam masa 24 jam, selepas notification muncul, RFiD boleh digunakan 😊

RFiD

Can you see that? Comey nau! Ghisauuu hakak! 
Rasa nak salotep double triple! Takut kurang berkesan pulak..Buruk buruk belakang kira...Janji tak kena bayar lagik kalau tetiba hilang..Hm..


Rupanya ada tempat lekat yang sesuai dengan kurang sesuai tapi tetap detect. Sebagai contoh, ada orang tampal kat cermin, memang detect tapi dah bebetul dekat dengan palang baru dapat detect. Kalau pasang kat lampu pun ada tempat tertentu. Tak semua sudut boleh.. Lampu sebelah kiri lain, dan lampu sebelah kanan pun lain.. Huyyoo! Canggih gila RFid!

So tadi orang tu pasang di tempat yang sangat sesuai.. (Lampu kereta). Dari jauh dah boleh detect katanya... Jangan terdetect awal sudah..Mana tahu kereta depan yang lalu, tapi detect aku punya sticker..Kahhhh! Tak mungkin la kan....

RFiD

Lepas tampal, elakkan daripada menjirus air (penggunaan water jet) terlalu kuat. Risau tercabut! Dahtuuuu.. Kalau tetiba tertanggal ada orang dengki kopek atau memang tertembak air kuat ke apa.. Matilanakk berapa kali nak kena beli ek! Tapi hujan atau panas, takda masalah katanyaaa..Ok, kita tengok! Tetiba risau nak cuci kereta kat kedai..Hahaha..Cuci sendirik jela eh..Moga rajin!

RFiD

First time download apps ni..Baru kutahu kegunaannya 😅 Kena selalu jenguk ni nampak gayanya... Pembayaran pembelian ditolak dari E Wallet ni aje..Huhu.. 

RFiD

Set up dulu, baru lekat sticker. Gituh!

Sekian cerita tentang pemasangan pelekat RFid RM35 pada keretaku di Proton Sale, Plentong, Johor.  

Tak sabar nak tengok keberhasilan dan ketahanannya! Dalam hati aku, nak Touch n Go jugak! Hahà..Walaupun kadang kadang tangan tak sampai dan jammed teruk! Lol. Korang dah pasang ker atau memang pengguna RFid sejak dulu? Share sikit! Ok, later dah try guna, aku feedback semula eh guys! (IG content 😆)

Oh ya! Sepatutnya hari hari open termasuk Sabtu, Ahad dan Public.. Tak sure la sampai bila..Cuma better whatsap dan tanya awal awal, in case dorang kena open booth kat tempat lain, kang kecewa pulak datang datang rupanya dorang berada kat tempat lain.. 


Contact number: 

Arisya RFiD: +6013-7606401


Ok, selamat ber RFiD!

Post a Comment

10 Comments

  1. masih tak guna lagi sbb guna smart tag. hehe keta dah built in smart tag

    ReplyDelete
  2. Rasa menyusahkan orang sahaja.

    ReplyDelete
  3. Kita mmg pengguna rfid dr awal dia wujud hehe.. So far so good cuma kdg dia ssh nk detact tp still ok janji kete msk dlm kotak frid ms kt tol tu

    ReplyDelete
  4. belum pasang lagi. so far still ngan touch & go lagi

    ReplyDelete
  5. Sis ko ni dah beli, tapi tak pasang-pasang, ingat nak walk-in je laa suruh dia pasangkan, boleh test sekali kann...

    ReplyDelete
  6. Dah beli dan pasang since yang claim via ewallet tu dulu. Senang juga cara nona ni, pergi je dan dorang buat semua. Tinggal bayar je kan.

    ReplyDelete
  7. Yeah betul tu . Kena pasang dekat sudut yg bersesuaian supaya lgi mudah RFID cepat detect

    ReplyDelete
  8. tak beli lagi pon, nona.
    maintain dgn t&g je.
    ntah la. bila nona kata org dengki & cabut, aduhai :(
    mungkin je ia berlaku, kan.

    ReplyDelete
  9. Tak beli lagi.. masih guna smart tag..
    Leceh dari segi klau tiba2 org kopek org lain punya.. Atau terkene batu tepi jalan scretch tiba2..satu kerja nk beli lagi.. dah la mahal..huhu..

    ReplyDelete
  10. Alamak xbeli sbb tak keluar johor lagi. Risau jgk. Huhu.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .