Throwback Jalan Jalan di Melaka || Hai korang! Harini tetiba datang mood nak throwback tempat-tempat di Melaka yang Nona pernah pergi. Mungkin aku rindu! Walaupun baru je pergi bulan 12 last year, tetap masih tak puas jalan woi! Sebab haritu cuma pergi majlis kahwin sepupu. So aktiviti banyak tertumpu kat rumah pengantin dan tempat persandingan aje. Tak sempat nak melencong tempat lain. Haih!
So let me share beberapa tempat yang Nona pernah singgah dan rasanya sesuai untuk sesiapa sahaja berkunjung. Actually terlalu banyak sebab dari zaman belajar pun memang amek diploma kat Melaka. Of course lah banyak gila tempat kat sini and Nona sure rata-rata ramai dah pergi ke tempat tempat yang Nona pergi nih. Selain daripada Pantai Klebang, Melaka River Cruise, Zoo Melaka, Menara Taming Sari, Muzium Kapal Selam dan Jonker Walk, list di bawah pun merupakan beberapa tempat yang sesuai dilawati:
Safari Wonderland
Taman Botanikal Melaka
The Shore Sky Tower
The Shore Ocenarium
Encore Melaka
Kapten Pisang
Asam Pedas Rachun
Casa Bonita Hotel
SAFARI WONDERLAND
Pertama kali jejak kaki ke sini dengan family aku pada tahun 2017. Ya, inilah salah satu tempat yang mempunyai banyak aktiviti, show dan permandangan yang tidak membosankan! Kat sana ada banyak pertunjukan seperti Elephant Encounter, Multi Animal Fun Play, Colour of The Birds, and Wild WIld West! Selain daripada show daripada haiwan yang comel dan bijak, dapat jugak naik bot dan dibawa pusing kat sana. Aaaaa..pergi dengan insan tersayang, confirmlah best dan meriahh!
Real show! Segala bunyik tembakan, lompatan dan jeritan memang real! Suka gila aku tengok!
Mana pergi baju ni ek..HAHAHHA
TAMAN BOTANIKAL MELAKA
Kalau teringin berbasikal, berflying fox, jogging atau sukan extreme lain, bolehlah ke sini! Masuk FREE je! Ada yang dating saja beriadah jalan kaki atau jogging..Hehe.. Tapi bebrapa aktiviti kat dalamni kena bayar lah ye.. Dulu zaman belajar, join aktiviti dengan member U kat sini, lalu jambatan gantung lah, flying fox dan lain-lain. Meriahhh! Tapi masa aku pergi semula tahun 2019, nampak tak ramai sangat pun kecuali yang buat sukan extreme seperti flying fox. Haaa..itu ada beberapa group.. Maybe aku pergi tu dah agak petang dan nak hujan..
THE SHORE SKY TOWER
Ini best bagi kaki posing! Time panas, memang rasa nak terbako weh! HAHAHA. Ada masanya, hembusan angin sepoi sepoi tu terasa la jugak. Demi mendapatkan beberapa keping gambar, haruslah gigih meredahnya. Sambil posing, dapat jugak menikmati permandangan dari tingkat tertinggi kat bangunan nih!
THE SHORE OCENARIUM
Apa yang menarik?? Hidupan laut! Betul, hidupan laut ciptaan Allah sememangnya cantik belaka! Aku teruja sebab jarang-jarang jugak dapat bertemu dengan hidupan laut yang ada kat situ. Dah masuk sana baru tahu keujudannya..Hihi.. Kanak-kanak pun mesti teruja untuk mengetahui tentang hidupan laut yang ada dalam dunia ni.
ENCORE MELAKA
Pertama kali tengok teater sambal kerusi yang diduduki tu berpusing secara slow 360 darjah ui! Aku datang sini betul betul lagi sebulan dua sebelum diisytihar Covid melanda.Pentasnya panjang gila, penceritaan yang pelbagai dan menarik. Kawasan sekitar pun dikelilingi laut! Habis show, tengok sunset pulak kat sana!
CASA BONITA HOTEL
Ini the latest punya cerita jugak lah. Tahun 2020. Aku bersama-sama member dua orang luangkan masa bersama sebelum salah seorang berkahwin. Aku share sebab tempat ni agak okay dan memuaskan hati. Tempatnya selesa, bersih dan strategik jugak. Kalau korang ke Melaka, sila try check in sini ye.
Vacation Mood!
Ops, kat Melaka ni tak payah risau dengan tempat bermalam atau tempat tinggal sebab banyak gila hotel di melaka nih ui!. Macam aku, of course la survey dulu hotel promo yang mana the best mengikut keperluan dan keselesaan masing masing.
Ye, ada orang pilih yang free WIFI, pool or ada breakfast set. Haaa pilih aje mana-mana.. Kalau boleh nak semua kemudahan pun ada, kan? Phew~
Korang selalu ke Melaka tak? Atau korang memang orang sana? Your favourite place kalau ke Melaka?
Jomlah share jugak story korang! Buat throwback jalan jalan Melaka macam Nona..Hihi~ Mana tahu next vacation aku boleh singgah dan terokai… (Kena check poket terlebih dahulu).
Okaylah, sekian saja entri throwback jalan jalan di Melaka. Nantikan entri pasal tempat lain kat Melaka ni eh. Harap ada rezeki nak round Melaka dan bercerita lagi.. Amin!
13 Comments
Melaka byk tpt menarik utk jln2 kan rasa rinduu nk balik Melaka
ReplyDeletedah setahunn tak balik
Yaaa.. betul tuh.. Nanti tetiba, ehh.. ada benda baru lahhh... Haha
DeleteUiii.. Lama jugak setahun tak balikk.. Aduduuuu
DeleteMelaka is one of my best short vacation.. Plan nak pi awal januari baru ni tapi cancle sebab banjir. so nak pi sana tu xtau bila lagi sbb busy dgn kerja dan ada plan yang lain.. tengok lah ada rezeki middle year pi kot..hehe
ReplyDeleteWahhh.. Best short vacation ehh.. Saya setuju tuh! Banyakkk sangat tempat menarik woo... Moga ada rezeki ke Melaka ye..
Deletejemput dtg Melaka, nona :)
ReplyDeletemesej Aida, Aida blanje makan.
Uii, baru ni ada singgah.. tapi lupa pulak nak rogerr.. ngehehehe
DeleteWah.. banyak tempat menarik yg baru di Melaka ya. lama sangat tak gi sana. Masa kecik dok muor, dua minggu or sebulan sekali wajib jalan2 melaka..
ReplyDeleteSemua tak pernah sampai lagi nona. Lainkali datang Melaka boleh datang tempat tempat menarik yang nona share ni. Paling teringin pergi The Shore dengan encore tu.
ReplyDeleteSilakannn
DeleteHehe
Cuma kena ushar facebook page dorang berkenaan aktiviti atau event yang ada.. Contoh untuk the Encore tu, haritu tengok belum reopen untuk persembahan teater tapi aktif dengan event lain dorang buat..
Boleh reconfirm la before sampai sana..
Lama tak jalan Melaka. Last pergi naik Taming Sari tak silap. Boleh laaa nanti ke sana pergi tempat yg kau listkan ni
ReplyDeleteHaaa.. silakan... Banyak jugak tempat menarik di Melaka ni kan... Memang aku masuk list selalunya...
DeleteEntah bila dapat jejak encore tu. Huhu
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .