Benarkah Perubahan Asyraf (Anak Datuk K) Disebabkan oleh Azizan Osman?

Benarkah Perubahan Asyraf (Anak Datuk K) Disebabkan oleh Azizan Osman?

Benarkah Perubahan Asyraf (Anak Datuk K) Disebabkan oleh Azizan Osman? || Ha benar atau nggak? Baru-baru ni ternampak video tentang Datuk K mengakui kebenaran tersebut. Kebenaran apa? Ya, tentang perubahan anaknya yang disebabkan oleh Azizan Osman!  Errr… Perubahan macam mana?? Jom kita share story harini. Cerita yang membangkitkan semangat dan membuktikan kelas yang dianjurkan oleh Dr Azizan Osman ni merupakan perkara yang amat berguna serta berfaedah.

Sebelum tu, siapakah Asyraf sebenarnya? Asyraf ialah salah seorang anak kepada Datuk Sri Khalid dan anak tiri kepada penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza dansuami kepada artis Indonesia, Tya Adnan. Beliau telah berubah dan lebih berjaya dalam menjalankan perniagaan Mutyara mereka setelah menjadi anak didik Dr Azizan Osman.



Dalam satu hantaran video dikongsikan Asyraf pada semalam, Datuk K merakamkan penghargaan kepada Azizan yang dapat mengubah dan membimbing anaknya bukan saja dalam bisnes malah kehidupan dalam tempoh 3 tahun saja. 

"Membuat beliau bangga dengan saya merupakan 'big why' selama ini"

Menurut Asyraf ketika ditemui berkata, ucapan tersebut dibuat ketika makan malam dan sempena sambutan hari lahir bapanya di rumah ibu bapanya Isnin lalu. 

"Alhamdulillah,semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik," katanya dalam hantaran itu yang telah ditonton hampir 15,000 orang dalam tempoh beberapa jam saja. 

Selain itu, Asyraf  mengaku bahawa beliau merupakan budak nakal dulu dan selalu mengecewakan bapanya serta merasakan diri ini sangat tak berjaya. Asyraf juga faham perjalanannya masih jauh namun beliau sangat bersyukur dengan luahan bapanya buat pertama kali di hadapan mentor sendiri. 

Dalam pada itu, Asyraf melihat Azizan sebagai mentor yang terbaik buat dirinya yang bukan hanya membimbing mengenai bisnes semata-mata malah secara holistik termasuk kepimpinan dan perhubungan sesama manusia dan bersama Maha Esa. 

"Malah nilai-nilai baik ada dalam lingkungan anak didik Azizan dan RichWorks membuatkan beliau menjadi lebih baik lagi. 

"Mereka meskipun sudah mencapai kejayaan pada satu tahap yang baik dengan jualan jutaan ringgit masih rendah diri, tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara betul dilakukan," ujarnya.

 


Datuk K cemburu! Ya, ini ayat beliau:

“Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat. 

"Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya."

“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan,” jelasnya.

Sementara itu, Datuk K turut mengingatkan bangsa usahawan yang berjaya tidak melupakan individu yang masih merangkak dan berusaha keras untuk mencapai kejayaan. 

“Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi 'be humble, more humble and more humble', ajar mereka untuk capai kejayaan,” ujarnya. 

 


Wahh, teruja aku membaca kisah dan pengakuan tentang kejayaan Asyraf Khalid nih. Terharu bilamana seorang bapa sendiri proud dengan kejayaan yang digenggam anaknya! Suka dengar Datuk K buat pengakuan tuh! Tersenyum aku bila dia sebut ‘’eh, hebatnya anak aku nih!’’. (Video di bawah)




Haaa, nampak tak kesan selepas memasuki kelas bersama RichWorks.  Dr Azizan Osman ubah sikap seseorang tu untuk kearah yang lebih baik! Aku selalu nampak RichWorks sentiasa aktif melakukan kelas bimbingan usahawan bersama RichWorks! Confirm, ramai yang bangkit dan bersemangat untuk terus mencapai kejayaan bila join kelas Wira Dato Azizan Osman. Terbaiklah RichWorks lahirkan jutawan! Hehe

Aku sendiri pernah join kelas tersebut, banyak aura positif dan kata kata yang merangsang seseorang untuk berada dalam landasan yang betul dan tak salah arah. Kawan aku yang pernah join pun bagitahu bahawa idea mengenai perniagaan yang dia lakukan kini diperoleh setelah melalui program bersama Azizan Osman. Wowww! Patut aku nampak dia teratur dalam mengatur strategi.. Ok, maksudnya di sini apa?? Maksudnya, tak sia-sia join kelas dan dapatkan ilmu perkongsian daripada RichWorks team nih!

Oh ya, sekiranya ingin mengetahui info lanjut tentang Kelas Titanium RichWorks Anjuran Richworks dan Azizan Osman, bolehlah korang layari www.richworks.com ataupun telegram group Dr Azizan Osman

#kejayaanAsyrafKhalid 

#datukkhalid 

#keluargactnurhaliza 

#anakdidikazizanosman 

#richworkslahirkanjutawan 

#titanrichworks 

#mentorusahawan 

#BitersXRichworks

Post a Comment

2 Comments

  1. Kejayaaan sesaorang kadang memang datang dari sokongan keluarga kan.. tahniah buat Asraf dan Tya...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. moga beliau terus berjaya dan tahniah buat pada Dr Azizan yang telah berjaya mendidik ramai usahawan.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .