Berbuka Puasa dengan Set Nasi Kandaq Ayam di the J, Seri Alam, Johor || Hai semua! Selamat berbuka puasa kepada yang berpuasa harini! Awal aku wish.. Ada yang belum ganti puasa?? Cepat ganti, Ramadan semakin menghampiri! Bagi yang dah settle berpuasa ganti, teruskan berpuasa sunat. Kemain suruh orang ek Nona, tengok diri sendiri dulu! HAHA..
Ini kisah throwback berbuka puasa bulan lepas tak silap. Aku tak pernah try makan kat area atas the J ni, beberapa kali pergi mesti tak dapat duduk atas. So kalini terjah sorang sorang..dapat jugak makan kat sini! Hahaa..Tercapai wishlist 🤭 Pernah ternampak kat IG feed dorang ada menu baru iaitu nasi kandaq aka nasi kandar. Haa...tiberr teringin pulak. So ke sinilah aku untuk berbuka haritu. Yang bestnya bila masuk waktu Maghrib, dorang pasang laungan azan tu kuat kuat tau. Muzik lain semua stop, dengar bunyi azan aje. Itu yang memudahkan kita, tak perlu agak agak dah masuk waktu ke tak.
Baca Juga: 10 Nasi Kandar Terbaik Penang Wajib Cuba
Bukan hanya nasi kandar, nafsu pada hari tersebut menginginkan semua menu di atas. Hehee.. Aku bukan peminat air manis tapi sebab terasa haus dan dah lama tak berpuasa menahan lapar dan dahaga, terus order sirap lemon tuh!
Set Nasi Kandaq Ayam- RM9.90
Nasi Kandar mari! Bendi yang disertakan tu masih muda so agak keras, tak lembut pun. Awet muda la kalau selalu makan..Haha.. Itu je yang aku tak telan habis. I kenot pulak.. Tapi lauk lain seperti ayam, sayur, telur..papadom semua licin! Kuahnya agak pekat. Ha, ada rasa sedap tu.
Next, smiley potato fries dan cheesy sausage! Kedua-duanya berharga RM 5.90. Memang favourite aku that smiley tu..Hihi.. Kedua duanya sangat menyelerakan dan memang sedap berlemak untuk dimakan.
Em.. sebenarnya, sosej tu tak habis pun aku makan sebab dah kenyang betul. So bawak balik lah..Masih boleh dimakan besok hari. Selera aje aku...
Nyumm!
Alhamdulillah, kekenyangan. Kalau bulan puasa camni, mahu naik berkilo kilo. Takdanya turun berat badan. Nak taraweh pun mesti berat je rasa ui. Sesekali bolehlah. Kena berjimat-jimat duit jugak. Kan?
Okaylah, sekian entri ringkas. Terliurkah melihat menu aku haritu?? Jomlah Berbuka Puasa dengan Set Nasi Kandaq Ayam di the J, Seri Alam, Johor!
Alamat: No 6J, Jalan Suria, Bandar Seri Alam, Masai , Johor.
4 Comments
Terliur kak ko nonnnn.. lama tak makan di The J
ReplyDeleteNasi kandar dia penuh pinggan. Kenyang betul makan, harga pun murah tu nona. Puasa macam tu lah, ikut nafsu makan semua nak. Hujung hujung tak habis. hehe..
ReplyDeleteBoleh bayang Nona kekenyangan cuba habiskan kentang dan sosej tapi tidak berjaya. Hehe.
ReplyDeleteSlot City Hotel and Casino - MapyRO
ReplyDeleteFree Casino in Las Vegas NV. Located in a suburb of Las Vegas, 전라남도 출장안마 this 5 star Casino Hotel features 3 restaurants, an 당진 출장샵 outdoor 동두천 출장샵 pool, a spa, and a full Rating: 3.5 구리 출장안마 · 김해 출장안마 2 reviews
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .