Selamatkah Guna Krim Asid Salisilik Untuk Buang Ketuat?? || Ketuat! Aku pernah memilikinya! Rasa nak give up sebab lambat gila nak hilang...Masa kecik kecik dulu timbul...Meskipun tidak semua mengalaminya, mungkin masih ramai individu yang ada masalah ini pada kulit lantas membuat mereka berikhtiar tentang pelbagai cara buang ketuat.
Selain prosedur seperti pembedahan laser atau pembekuan sejuk, ada satu lagi cara membuang ketuat yang mungkin kurang kos dan tidak sakit iaitu dengan asid salisilik.
Persoalannya, adakah krim buang ketuat ini efektif atau mempunyai kesan negatif ekoran terdapat impak sampingan? Jom teruskan membaca artikel untuk tahu dengan lebih mendalam lagi!
Ketuat berpunca akibat jangkitan virus?
Untuk pengetahuan anda semua, ketuat atau kutil ini akan muncul akibat pertumbuhan pada lapisan luar kulit atau epidermis yang berpunca akibat jangkitan virus.
Ia dikategorikan sebagai tumor kecil yang boleh muncul pada seluruh kulit badan dan disebabkan oleh salah satu daripada 100 jenis Human Papillomavirus (HPV).
Selain itu juga, ia mungkin boleh terjadi pada alat sulit apabila berlaku sentuhan kulit ke kulit atau melalui hubungan seksual bersama dengan individu lain.
Ini dinamakan ketuat kelamin dan akan dikategorikan sebagai salah satu daripada penyakit jangkitan seksual (STD) sementara kutil yang biasa adalah tidak berkaitan.
Meskipun ia mungkin tidak berbahaya, ramai orang cenderung untuk membuangnya di atas faktor kebersihan dan kecantikan kulit dengan mencuba pelbagai jenis kaedah.
Cara buang ketuat guna krim buang ketuat
Antara cara membuang ketuat yang paling popular adalah dengan menggunakan krim yang terkandung asid salisilik yang boleh diperoleh daripada klinik, hospital atau farmasi.
Asid ini adalah sejenis bahan kimia daripada keluarga asid beta hidroksi dan berfungsi menguraikan liang pori kulit yang mempengaruhi sel kulit mati serta hidup.
Selain digunakan untuk membuang kutil pada kulit, asid salisilik juga biasa ditemui di dalam produk kulit yang lain untuk tujuan yang berbeza termasuklah:
- Sabun muka untuk rawat masalah jerawat
- Syampu rambut untuk rawat masalah kelemumur
- Losen kulit untuk rawat masalah penuaan
- Para doktor juga telah melabelkan asid ini sebagai sejenis ‘keratolitik’ ekoran kesannya yang mungkin mampu untuk mengelupas serta membuang sel kulit rosak.
Adakah cara buang ketuat ini alternatif yang efektif?
Sekiranya anda mahu cuba menggunakan krim buang ketuat dengan asid salisilik, anda mungkin perlu bersabar memandangkan ia bersifat jangka masa panjang.
Kebanyakan daripada individu yang mencuba krim ini telah berjaya untuk membuang kutil pada kulit badan mereka namun tidak semuanya sukses kerana ada juga yang gagal.
Adakah ia bergantung kepada jenis ketuat pada kulit?
Hmm, sebenarnya, salah satu daripada punca krim buang ketuat ini tidak berjaya adalah anda mungkin tidak tahu akan jenis-jenis kutil pada kulit yang sedang dirawat.
Ada beberapa jenis ketuat dan tidak semua mampu untuk dibuang menggunakan krim iaitu:
Ketuat plamar – muncul di tangan
Ketuat plantar – muncul di kaki
Ketuat datar – muncul di dahi dan muka
Ketuat kelamin – muncul di sekitar alat sulit
Ketuat subungual dan periungual – muncul di bawah kuku
Krim dengan asid salisilik mungkin adalah selamat dan efektif untuk digunakan bagi ketuat jenis plamar serta plantar, namun tidak bagi jenis yang lain.
Ini lebih-lebih lagi buat bahagian kulit sensitif seperti di dahi, muka dan sekitar alat sulit yang mungkin memerlukan alternatif lain sebagai cara buang ketuat.
APA YANG MUNGKIN BOLEH DIBUAT??
Ok, first thing is.... kalau tidak begitu serius, korang boleh menggunakan beberapa ramuan semula jadi yang ada di rumah sendiri tau.
Berikut adalah beberapa tip yang boleh cuba diamalkan sebagai cara buang ketuat yakni:
- Cuka epal
- Bawang putih
- Kulit oren
- Lidah buaya
Jika ia masih tidak menimbulkan hasil setelah sekian lama mencuba, anda mungkin perlu mendapatkan rawatan yang memerlukan kos belanja lebih besar.
Rawatan tersebut adalah prosedur pembedahan laser atau pembekuan sejuk yang anda perlu konsultasikan dengan doktor atau pakar kulit terlebih dahulu.
Info dari: Hello Health Group
4 Comments
Sis kawan sendiri founder jual ubat kutil dan ketuat Non, tapi tak berani nak guna, selagi tak mudarat, bior aje laa.. buat aksesori badan hahahaha
ReplyDeleteWow.. Hahaa.. bior je ek selagi x mudarat.. sy rimas melihatnya..... Ok kalau terjadi, leh try mintak nombor founder
DeleteSusah jugak nak hilangkan ketuat ni kan. Semoga berhasil. Terima kasih share.
ReplyDeletePernah kena pada tapak tangan ketika budak-budak. Hehe saya guna ketip kuku ketip kutil tersebut.
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .