Sini Tempat Orang Kaya Je Ker?? || Hai korang, salam berhujung minggu! Kemana tu dengan kenaikan kes Covid nih? Ayoyoo..Peninggg kepala kita melihatnya ek! Ini kisah haritu masa cuti Chinese New Year.
Aku dengan adik aku ternampak suatu kejadian yang sangat mengejutkan kat UTC Pasir Gudang, Johor.
Ada seorang akak ni tetiba menjerit dan mengeluarkan ayat ayat kasar terhadap mak guard kat situ. Apa yang aku dengar dan dapat tangkap:
"Kau susahkan orang, nanti hidup kau susah baru kau tahu. Kau tunggu jelaa"
Kitaorang yang kat belakang sedang menunggu turn nak masuk dalam terus tercengang.. Dah kenapa pulak makcik ni jerit jerit marah tibberr..
Disebabkan kitaorang baru sampai untuk beratur, akak tu pun tak cakap panjang panjang lagi, terus keluar dari situ.
Mak guard tu sempat mengucap panjang..berkali kali dia sebut,
"Mintak maaf, bukan macamtu, tak berniat.. MashaAllah..Janganlah doakan macamtu..."
Haa lebih kurang gituhlah ayatnya..
Gaya mak guard lepas ditempias nampak lembut dan kasihan. Macam nak nangis pun iye jugak sebab orang doakan bebukan..Haih.. Ghisauuu!
Terus mak guard tu buat luahan perasaan kat kami.
Rupa rupanya akak yang terjerit jerit tu nak naik level atas area UTC tu tapi dia takda handphone android untuk scan my Sejahtera. Dia cakap kenapa dah takda buku...Dia nak tulis macam biasa aje...
So dia tak puas hati, adakah tempat tu khas untuk orang kaya je, orang yang berkemampuan beli handphone canggih canggih??
Akak tu explain dia adalah salah seorang golongan asnaf, memang tak mampu beli handphone android macam orang lain. Dia berharap dapat masuk situ melalui rekod kat buku je.
Aduh! Jammed kejap!
Ya, memang sebelum ni boleh masuk dengan cara isi details kat buku rekod je tapi sekarang dah bertukar sistemnya. No book, only scan guna aplikasi mySejahtera!
Mak guard tu pun serba salah sebab memang tugas dia untuk memastikan semua orang scan mySejahtera. Buku rekod dah tak disediakan. So nak tak nak tetap kena SCAN MySejahtera tu.. Takkan nak buat tak tahuuu aje, kasik lepas masuk ke dalam UTC tanpa scan apa apa. Risiko namanya...
Hmmm..aku hanya mampu mendengar, tak mampu nak komen lebih lebih. Betul jugak, tak semua berkemampuan. Kan. Tapi arahan pihak atasan harus diikuti jugak. Dahlah ada CCTV direct kat pintu masuk tuh! Errr.. Jadik, korang rasa macam mana??
Kalau aku, aku pun sedih, risau dan takut bila ada orang doakan yang tak baik untuk kita. Tapi Allah pasti sudah tentukan yang terbaik buat hambaNya. Betul tak?? .
Terjah UTC Pasir Gudang semata untuk membowling harituh.. Tahun harimau, baju harimau arr. Hahaaaa..
Notakaki: Covid akan berakhirkah........ Bila....?
22 Comments
hmmm semoga urusan dipermudahkan lah untuk akak tu.. sedih pulak tengok. kerajaan kena do something. kesian rakyat ni...
ReplyDeletebetul. jga tu
ReplyDeleteada je yg xda hp nk
walau apapun tak baiklah nk marah2 guard pulak bukn salah dia kannn
Ada juga rasa kurang senang tidak sediakan buku. Kalau tempat perkhidmatan awam patut sediakan buku sebab ada tiada hp macam Uwan saya bukan pandai guna hp.
ReplyDeleteGuard tu menjalankan tugas, kan. Kalau kakak tu berada di tempatnya tentu akan buat perkara yg sama juga.
ReplyDeleteKadang- kadang orang macam ni jenis x faham..tahu nak lepas dan hanya tahu dia di diskriminasikan...apapun semoga dipermudahkan buat keduanya
ReplyDeleteserba salah juga nak benarkan orang tak scan sebenarnya, ada kaitan dengan pemvaksinan juga saya rasa
ReplyDeletepatutnya kena juga sediakan buku utk kakak abg yg kurang kemampuan dan makcik2 yg tak pandai nk guna hp. bercakap tntg hp ni x lama lg dh tahap 5G pula
ReplyDeleteKesian akak tu. Patut kena ada jugak buku untuk pilihan mereka yang kurang berkemampuan. Yg penting ada kad vaksin tu ke kan. Mak guard hanya menjalankan tugas je tapi tak perlulah makcik tu cakap macam tu. zaman covid ni macam macam hal berlaku. sabar je lah.
ReplyDeleteHanya mampu doakan semoga dipermudahkan urusan keduanya. Nak cakap lebih pun kita tak berada dalam situasi dia kan. Scan mysejahtera sebab nak pastikan full vaccined la tu. Kisah ni jadikan pengajaran pada semua.
ReplyDeleteKesiannya guard tu. Selalu diorang ni lah yang jadi mangsa kan. Hari tu ada baca juga kes nak masuk mall, tapi kes casual contact kot jadi status MySejahtera bukan warna biru. Dia bangga pula bagitahu dia marah marah pada guard tu
ReplyDeletePatutnya benda tak puas hati macam ni ajukan terus pada management. Staff hanya jalankan tugas. Tengking tengkin pun tak guna.
Mak Cici pun tak pakai smartphone jadi nak kemana mana mmg susah. Skrg banyak tempat tak pakai buku dah.
allah .. pening juga ehk kes macam gini .. ain pun kadang malas betul nak bawak tepon , kadang memang tulis buku je . hahahhhaa.. tapi bila terbaca kes cm gini . aduhai ....hmmmm ~~
ReplyDeletekok ye pun marah tak sediakan buku, tak leh la jugak doakan mak guard tu begitu. aiguuu
ReplyDeleteEmosi terganggu sangat kot... datang dari jauh, tiberrrr xde belas ihsan.. dia sorang sorang je masa tu...
DeleteKesian mak guard tu. Dia jalankan tanggungjawab dia je. Susah juga kan. Tapi rasanya tetap kena sediakan buku. Bukan semua orang ada handphone lagi2 orang tua. Kadang dorang ada handphone yang tekan tekan call tu je.
ReplyDeleteBetul tuhh.. Tak semua orang ada hp android... Kan... Kenalah kirim brg dekat org yg ada android kot.. atau.. entahlah sapa leh provide hp gitu tuk dorang..
DeleteMemang takde buku kan Non, dah dua kali pergi termasuk hari semalam, tapi memang takde buku, kena guna Mys jerrr..sian juga macamtu kann..
ReplyDeleteHa ah, behtul.. dah takda pun.. sebelum sebelumni ler ada... Maybe makcik tu dah selalu datang dengan buku je.. Huhu...
Deletekesian orang yang kena tengking begitu...
ReplyDeletemungkin mereka tidak faham..
Mungkinlah... emosi lagi
Deletekalau miskin harta tu tapi adab ok, kira ok lagi.. ni kalau miskin harta dan miskin adab , papa la org tu. bukan tak leh ckp elok2 kan
ReplyDeleteMungkin dia dah cakap leklok tapi tetap tak boleh jawapannya.. Hm . Emosi kot.. dia datang dari jauh masa tu
Deletemmg dah takde rekod guna buku dah ye sekarang ni?
ReplyDeletetapi betul juga bukan semua org ada smartphone. ada yng masih guna analog phone especially senior citizen
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .