Tak Kenal Buah Keranji Ker?! || Soalan itu...untuk aku...Hahahaha..Aku memang tak kenal buah keranji..Lol.. Haritu ada akak tempat kerja aku bagi ni, buah tangan balik bercuti dari Terengganu katanya... Thank you kak Sal! Semoga dilimpahkan rezeki buat Kak Sal...
Aku tengok sekali, ehh.. apaan nih... Hahaa.. Rupanya buah keranji ek! Jom kenali dia. Kenali buah keranji atau nama lainnya Tamarind Plum.
Jap, sebelumtu, boleh baca jugak tentang Bio Essence Rose Gold Water
Luarnya berbulu macam baldu gituh!
Kalau tak tahu ni, memang aku tak pegang la kot..Risau kegelian..Hahaa..
Ini warna buah di dalam setelah dikupas kulit hitam tersebut. Alahai, kecik molek saiznya.
Sedap buat kunyah kunyahhh.. Ada masam masam gitu rasanya..Nampak jugak ada orang jual kat Shopee..Maybe kalau tak dapat jumpa pokoknya, bolehlah beli situ jer.
Korang selalu dengar pantun ni kan..tapi sendiri pun tak cari apa itu buah keranji...Ayoyooo!
Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Suruh makan engkau makan,
Suruh mengaji engkau tidak mahu’.
Rasanya ramai tak kenal buah keranji ni...Tapi orang yang duduk area Terengganu, Kelantan, orang orang tua banyak kenal kot. Tak puas makan sikit..Nak kena ngap banyak baru puas...Haha..
Bukan setakat buah keranji, ada jugak makanan lain seperti bipang, dan lain lain! Auuu..Bestnya ada orang bagi buah tangan dari tempat lain. Aku sendiri tak tahu la bila nak perginya.. Huhu..
12 Comments
Buah ni kat Pantai Timur & utara jer ada. Akk pun kenal sebab kahwin orang utara. Kalau pergi pasar malam bila musim dia, adalah jumpa, tapi tak ada rasa nak beli atau makan.
ReplyDeleteOo.. ok... sy suka try..saja kunyah2..
Deleterasanya mama tak penah jumpa huhu
ReplyDeleteSamaaaa.. First time setelah 29 tahun hidup
DeleteTak pernah tengok juga.
ReplyDeleteIngatkan pantun tu sekadar pantun, rupanya memang wujud ye hehe
oo itu lah buah keranji. tak pernah terfikir pula buah keranji tu macam mana. kira macam buah asam la.
ReplyDeleteMula makan masa kat Paka Trengganu laa, pi pasar Dungun beli.. sedap boleh tahan.. tapi makan banyak jadi loya tekak hahaha
ReplyDeleteAku pun baru mengenali..tak pun kadang ingat kadang lupa rupanya hehehe
ReplyDeletesedap jug buah ni. cuma jarang makan.
ReplyDeleteammi baru first time nampak ni..tq.
ReplyDeleteselama ni mmg dengar jelah pantun tu
Hehe.. Samalah kita... betul tuhhh
DeleteBukan nona je tak kenal. Saya pun tak kenal. Makan apatah lagi. Tahu buah keranji dalam pantun je. Hihi..
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .