Teruja dengan
Program Live Session bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman! || Assalamualaikum,
hai korang! Ok ke tu? Hujung minggu di mana? Hmmm, sekarang ni kalau
kemana-mana, beli barang apa-apa, mesti rasa macam cepatnya dah habis duit
aku!!! Rasa macam beli apa sangat je pun tapi duit yang mengalir itu banyak ye.
Mana taknya, harga barang semakin naik woo!! Pening kepala memikirkan nasib
yang mendatang.
Itu untuk pembeli,
bagaimana pula dengan peniaga? Confirm terasa juga cabaran menjalankan
perniagaan dalam musim Covid pada tahun 2022 ni…Kan? Covid belum berakhir tapi
bisnes tetap kena run demi kelangsungan hidup. Nak jual murah tapi harga dah naik, confirmlah kena follow harga pasaran. Ye tak? Tapi ada jugak Nona nampak peniaga naikkan harga yang tidak terlalu munasabah. Haaa, pepandailah kita sebagai pembeli ye.
So kalini, Nona nak
share satu program yang dapat membantu para peniaga khususnya. Tak kisahlah
bagi yang baru nak start berniaga atau sudah lama bertapak. Mereka yang sering membantu
para peniaga adalah dari team RichWorks. Haritu masa on the way balik kampung, Nona nampak
papan tanda RichWorks terpampang besor kat tepi highway dari JB nih. Kiranya
memang trusted agency dan ini serious, bukan main-main tau!
Siapa RichWorks International?
RichWorks
International merupakan penganjur acara dan dan seminar terbesar di Malaysia
dalam bidang keusahawanan, pemasaran dan pembangunan peribadi.
Tahu tak? Terdapat
77 bisnes di bawah bimbingan mereka telah mencapai jualan melebihi RM 10 Juta??
Kemudian lima bisnes (RM50 juta ke atas) dan
lima bisnes (RM100 juta ke atas) pada 2021!!!
RichWorks
juga telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan
Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan
seminar live dan dalam talian (virtual online).
Siapa pula Coach Azizan Osman ni eh?
Ya…
inilah insan yang memulakan perniagaan RichWorks. Beliau ialah pengasas program
RichWorks. Nama Azizan Osman ni sebenarnya dah lama dikenali ramai kerana
kejayaan beliau sebagai jutawan dan usahawan yang sering membantu kisah ramai
orang.
Okaylah,
apa kaitan team RichWorks dan Datuk Wira Dr Azizan Osman dengan kisah kenaikan harga
barang??
Jom
hayati serba sedikit petikan di bawah daripada Datuk Wira Dr Azizan Osman sendiri:
Banyak perkara saya kaji dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi.
Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika
ini.
Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutama
mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini.
Semalam, saya berpeluang bersama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina bahawa memang banyak syarikat sedang tutup atau dah lingkup.
Walaupun peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah tak nampak apa
perlu dibuat, selain tak pandai soal pemasaran.
Saya juga sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong
agak susah bila ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus
ketika ini?
Pertama kali, saya tidak tahu memberikan jawapan apa.
Tapi saya sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan kekal lakukan seperti biasa, maka dia akan 'mati'!
Hal ini kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini.
Kalau kekal dengan usaha normal, anda akan mati dan jika kekal kecil
anda akan pupus.
Maka sebagai Titanium di bawah bimbingan saya, tak bersyukur jika anda tak buat betul-betul untuk berkembang.
Sedangkan ada sebahagian Titan yang sangat agresif, berjuang betul-betul
untuk berkembang dan kekalkan momentum.
Saya ulang, pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli.
Kalau anda lagi slow dari pasaran maka tunggu saja untuk 'mati'.
Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi.
Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong,
apa yang boleh dibuat?
Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi.
Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform
yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan.
Bersama dengan saya Ahad ini, khas buat bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini.
‘ANDA
PERLU LEBIH PANTAS’.
Dato dah ajak hari Ahad ni join beliau dalam LIVE tuh! Bagi Nona, ini merupakan salah satu platform yang sangat bagus diwujudkan oleh team seperti RichWorks ni. Sudah pasti ianya dapat membantu mereka yang sedang berusaha menaikkan bisnes masing-masing.
Program ni pasti serba sedikit dapat membantu menaikkan kembali semangat ramai peniaga untuk tetap dalam kedudukan positif dan membuka minda untuk sesuatu idea baru bagi bisnes masing-masing.
Hmm, adakalanya sedih tengok terdapat beberapa perusahaan dan perniagaan yang lingkup serta terumbang ambing tak tahu mana hala tuju. Nak buat itu, takut rugi, tak buat apa-apa, takut takda kemajuan pulak. Aduhh!
Nona pun join tengok LIVE bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman esok, walaupun takda run bisnes apa apa, tapi Nona suka energy dan positive vibes yang selalu ada dalam program macamni..
Mari nak bagi
sikit kata-kata semangat buat para usahawan kecil-kecilan mahupun
besar-besaran:
Para usahawan, jangan biarkan bisnes anda ‘mati’! Segalanya boleh diperbetulkan dan kekal berdiri okayh! Kejayaan pasti dimiliki jika anda tiada niat berputus asa! Cewahhh!
Moga yang
terbaik buat kita semua dalam menghadapi cabaran kehidupan yang serba serbi
banyak ujian.
APA TUNGGU LAGI?
Jomlah
join Live Session bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman!
*Klik dan sertai saluran Telegram Azizan Osman Official [Hyperlink- https://bit.ly/vcdwdao) *
Reminder: LIVE session
bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman adalah setiap hari Ahad sepanjang Februari 2022
ni, tak sia-sia join…Percayalahhh! Hehe… Nona confirm join esok, hari Ahad
13/02/22. Jumpa kat sana yo!
Untuk lebih
mengenali dan mengetahu aktiviti RichWorks dalam membantu usahawan, jom singgah
Facebook RichWorks serta website RichWorks.
2 Comments
Perkongsian yg bukan calang-calang dari dr azizan. dah le free saja. rugi kalau x rebut peluang ni kan
ReplyDeleteTahniah DAO dan semua peserta yang terlibat..
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .