Berbuka
Puasa 2022 dengan Tradisi Warisan Paragon Ramadan Buffet || Hai semua!
Bersyukur kita harini kerana masih bernyawa. Moga dilindungi selalu ye. Syaaban
menjelang kini… Bulan depan dah masuk Ramadan. Salah satu benda yang best time Ramadan
ialah waktu berbuka puasa. Kan! Haaa, dah plan nak makan kat mana dan makan apa
untuk sebulan berpuasa?? Hihi~
Kalau tak
tahu lagi, mari ushar tempat yang Nona share sekarang! Tempat yang selesa dan enak-enak
menu berbuka puasa kat sini pada
bulan Ramadan yang bakal tiba tak lama lagi! Jemput tengok dulu makanan yang
ada ni sebelum korang booking.
Special kalini, para pengunjung berbuka puasa sambil
mendengar dan melihat persembahan Anklung! Harga early
bird kini dibuka, baguslah grab sekarang sebab murah dari biasaaa! Kalau tak book early bird
price, beratus ratus jugak harganya weh!
Inilah yang aku cakap selesa tempatnya! Don't worry, sure ikut SOP, bersih dan selesa tempatnya. Kat sini sususannya teratur, ada ruangan main dishes, stall, rotation stall, show kitchen, appetizer dan minuman.
First, kita perkenalkan menu yang aku suka makan kalau ada menu ni dalam buffet Ramadan la.
Roasted Whole Lamb Kuzi
Main Dishes:
Itik Salai Gulai Minang
Pucuk Ubi Masak Lemak
Ayam Opor Johor
Daging Berlado
Siput Sedut Masak Lemak Cili Api
Broccoli with Mushroom
Kari Ketam Nenas
Sotong Perchik
Salted Egg Prawn
Apa macam? Terliur tak?? Tang siput sedut tu, agak gigih jugak nak menyedutnya.. Haha..Okay, makan kesemuanya bersama-sama nasi putih, atau nasi Kabshah. Apa tu Nasi Kabshah? Macam kat bawah ni.. See the lemon and else? Huhu~ Menyihatkan nampak!
Nasi Kabshah
Sambal dan Ulam-Ulam
Ulam kampung ada, sambal mangga, sambal cencaluk, tempoyak dan lain lain. Peminat kerabu atau jeruk? Sini pun ada! Sedapnya masam masam gituh! Western salad pun ado...
Sup Utara Berempah (Mix with Daging, Paru, Tulang dan Perut)
Nyum! Lembut lembut lalu kat tekak. Hirup sup santai santai. Tiba-tiba teringat kalau ada pipi lembu pun nice jugak. Bersebelahan tempat sup ni, terletak elok Baked Salmon with Portugues Style (sayur asin dan nanas)
Bau ikannya tak hanyir, sesedap rasa dan lembut! Aku memang penggemar ikan salmon kut!
Selain daripada menu di atas, ada jugak makanan Hari Raya. Time berpuasa sudah tentu mood raya dah mari, kan! Hihi..
Ketupat Lemang bersama rendang daging, serunding dan kuah kacang! Sentiasa menjadi kegemaran, tak pernah bosan. Tak kira lah time raya atau tak.
Ehhh, ada jugak kambing gulai kawah lah! So yummmy bagi penggemar kambing! Ada orang tak makan kambing kan sebab takut panas badan atau berbau. So far aku makan ni okay je. Favourite ui!
Di samping makanan berat, aku cuba durian goreng. Wahhh! Durian goreng pun sedap behtol! Jarang jumpa. Time buffet Ramadan je aku makan ni. Rangup rangup rasa doyan. Tak makan durian?? Alah, cuba rasa sikit je durian guring ni, mesti nak lagik nanti!
Roti john sebelah mr durian goreng itu.
Burrrp, kenyang....Sambung pulak makan dessert! Sebelum sampai ke kerusi, aku dah ternampak berbagai-bagai dessert menarik
Banyak potongan kek pelbagai perisa, puding, sagu gula Melaka, aneka kuih Melayu, dodol dan tapai!
Ehhh, tak habis lagi..Nak makan bako-bako pulak! Ada pulak satay chicken dan mutton! Tidak ketinggalan ikan pari, kerang dan kupang bakar!
Jom tengok antara makanan yang aku suap masuk mulut haritu:
Diet konon for first round.
Bubur lambuk ayam. Sedap sangat! Cukup rasa! Aku suka! Kalau campur dengan lauk lain pun sodap!
Opss, makan aje ke.. Jom minum pulak! To be honest, aku tak minum air manis haritu sebab dah makan macam-macam so aku minum air masak je. Haha..Punya banyak kan perisa air yang ada. Kalau tak nak air tu, boleh try ABC dan laicikang. Nak mengopi? Pun ada! Sini disediakan mesin coffee jugak
Aiskrim buatan Nona. Haha..Ikut suka kita la nak makan banyak mana dan design kan dia..Pilih aje perisa memasing.
Bersama mereka haritu mencuba Tradisi Warisan Paragon Ramadan Buffet - Geng JDT Blogger dan Ayshahrahman
Di bawah ini pula adalah gambar persembahan anklung. Ada dua slot persembahan nanti pada setiap hari sepanjang bulan Ramadan.
Slot pertama: 6.30pm-7.10 pm
Slot kedua : 7.45pm-0830pm
Perkenalkan.....Al Malik Bin Razali! Dah 14 tahun beliau bermain anklung tau!
Merdu sebenarnya bunyi anklung ni, tidak terlalu bising, menenangkan dan membuat selera bertambah! Haha.. Jarang tengok serta dengar persembahan anklung. Finally, dapat jugak tengok LIVE! Love!
Info berkenaan Al Malik.
Alhamdulillah, balik dengan muka happy! Aku done try hampir kesemua makanan. Sikit sikit portion lah. Paling aku suka ialah durian goreng, bubur lambuk, daging kambing kuzi, baked salmon with Portugues style, daging berlado dan sotong Perchik! Dua kali hamek sotong perchik tu! Suka sangat! Oh ya, buah-buahan pun ada, jangan risau. Kurma dah disediakan. Tak perlu bawak dari luar tau 😂
Aduh, terliur semula bila tengok gambar makanan, better aku settlekan entri ni cecepat. Haha...Mana menu korang berkenan tuh? Bolehlah raikan majlis berbuka puasa di sini bersama yang tersayang!
“Pay Less, Buy More”
Enjoy Ramadan Buffet Dinner at Grand Paragon Hotel JB “EARLY BIRD” Promotion sekarang berharga RM95nett/Adult and RM45nett/Child! 😍
Treat your family & friends with scrumptious . Hurry up and book your seat now!
✨𝗘𝗮𝗿𝗹𝘆 𝗕𝗶𝗿𝗱 𝗣𝗿𝗶𝗰𝗶𝗻𝗴:
RM95nett/Adult
RM45nett/Child (5-11 years)
*Purchase on or before 31st March 2022
✨ 𝗡𝗼𝗿𝗺𝗮𝗹 𝗣𝗿𝗶𝗰𝗶𝗻𝗴:
RM118nett/Adult – BUY 5 FREE 1
RM55nett/Child (5-11 years)
Ramadan Buffet Dinner @ Café Para Para (Level G)
📅 4th April until 30th April 2022
⏰ 7pm to 10pm
📎 T&Cs Apply
*Price inclusive of 6% service tax
*Not valid in conjunction with any other promotions or offers
*RM95nett – exclusive pricing for Senior Citizen (Age 55 and above)
*Pictures for illustration purpose only
--
For Booking & Enquiries:
𝐆𝐫𝐚𝐧𝐝 𝐏𝐚𝐫𝐚𝐠𝐨𝐧 𝐇𝐨𝐭𝐞𝐥
📞 https://bit.ly/3s1OCZi
☎ +607-268 5255 / 5252 / 5222
📩 fnbcoor@grandparagonhotel.com.my / info@grandparagonhotel.com.my
📍18, Jalan Harimau, Taman Century, 80250 Johor Bahru, Johor
6 Comments
nice. banyak menu yang lain dari yang lain. mesti sedap.
ReplyDeleteHa ah . banyakkkk
DeleteBanyaknya menu. Semuanya lazat belaka.
ReplyDeleteMemang kambing akan diserbu dahulu. Hehe. Aduh kalau perut besar, selalu puasa ini buka tidak dapat makan banyak.
ReplyDeleteFuhh..kecur air liur tengok lauk lauk kampung bila puasa ni. Banyak lauk favourite kita tau!
ReplyDeleteSemua makanan nampak menyelerakan betul ni . Terliurr
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .