Citarasa Ramadan Tanjong Puteri Golf Resort

Citarasa Ramadan Tanjong Puteri Golf Resort

Citarasa Ramadan Tanjong Puteri Golf Resort ||  Pelbagai juadah dan harga yang sangat berpatutan ditawarkan oleh Tanjong Puteri Golf Resort (TPGR) dengan mengekalkan konsep masakan tradisi Melayu bertemakan "Citarasa Ramadan" dari resipi turun temurun.

Bagi memberikan variasi pilihan kepada para pengunjung, pelbagai pilihan menu disediakan pada

setiap minggu. Antara resipi yang bakal dikongsikan ialah Satay Daging dan Ayam, Daging Panggang,

makanan Laut, Shawarma, BBQ / Teppanyaki Mongolia, Mee, Soto, Masakan Panas dan Kuih-Muih

tempatan yang mengamit kenangan akan masakan Ibu di Kampung Halaman.



KAMBING PANGGANG

Lebih 100 jenis aneka juadah yang akan disajikan. Tarikan utama adalah Kambing Panggang yang

diperap dengan 16 jenis herba dan rempah ratus selama 36 jam. Menghasilkan Daging Kambing yang

lembut dan berjus semestinya mampu menambat selera ramai untuk menikmatinya.


Antara hidangan lain yang turut dihidangkan bagi mereka yang mementingkan kesihatan adalah

pelbagai jenis ulaman tempatan dan pelbagai jenis sambal. Terutamanya Sambal Belacan Udang

Kering Kota Tinggi yang pasti memikat selera, selain banyak maklum balas positif dari pengunjung

tentang keunikan rasanya.


Terdapat juga Char Kueh Teow, Roti Canai, Murtabak, Daging BBQ, Makanan Laut dan juga BBQ

Mongolia yang dimasak secara langsung oleh Chef terkemuka kami.




Hidangan manisan dan pencuci mulut seperti Kuih Talam Ubi, Koleh Kacang, Bingka Jagung, Kuih

Ketayap Seri Tanjong, Kek, Pie, Puding, Ais Kacang dan Ais Krim yang sentiasa menjadi kegemaran

ramai juga ditawarkan di kaunter buffet kami.



Kalau nak tahu, persekitaran kat sini terbuka, luas dan selesa untuk menikmati hidangan berbuka puasa. Kelazatan seperti masakan ibu di rumah! Wow!


Cita Rasa Ramadan Buffet

Lokasi: Tanjung Puteri Golf Resort

Tarikh: 06th April-30th April 2022

Masa : 0630pm-0930pm

Harga: RM88 nett per adult | RM 44.00 per child

Booking segera daripada 06 April-30th April untuk nikmati Special promo early bird (10% OFF)


Kindly contact at 07 259 6136 atau Whatsapp 017 744 2711

Post a Comment

1 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .