Jumpa Keratan Surat Khabar Lama (1993) semasa Mengemas Rumah

Jumpa Keratan Surat Khabar Lama (1993) semasa Mengemas Rumah

Jumpa Keratan Surat Khabar Lama (1993) semasa Mengemas Rumah || Al kisahnya aku duk mengemas rumah, bukak tikar getah yang lama untuk dibuang. Cabut cabut semua, tengok bawah tikar getah ada helaian surat khabar lama yang agak banyak.

Tengok dekat dekat date surat khabar tu ialah 1993! Wow! Tahun kelahiran aku! Punya lama jadi alas kat bawah tikar getah tu. Ada banyak jugak yang masih elok tulisannya. Saja lah aku simpan sini.. Kenangan 1993.

Akhbar 1993

Surat Khabar Lama

Keratan Akhbar
Zaman dulu ada ruangan untuk sesiapa hantarkan karya mereka ke dalam akhbar. Menarik!

Surat Khabar
Terkedu kejap membacanya. 

Sebenarnya, dah lama jugak aku tak membaca surat khabar. Dulu dulu tu suka jugak. Cari ruangan selebriti..Hahahaha..  Sekarang ni, lebih banyak baca tajuk je tapi tak baca semua huraiannya melainkan aku rasa menarik news tu.

Kalau kat IG, aku suka scroll komen orang..tengok diorang komen apa..Haha.. Kadang kadang dapat jawapan cepat. Surat khabar sekarang pun banyak boleh dibaca online kan. Cuma yang mungkin kurang mahir menggunakan phone mesti masih mencari surat khabar lagi...Kan.

Mak aku kalau beli surat khabar, ada sebab lain. Habis dibaca, simpan untuk jadikan sebagai alas.. atau balut apa apa lah...Hehe.. Sekian kenangan 1993. Ada tak agaknya yang masih simpan keratan akhbar 1993 ek. Aku nak simpan sehelai tapi macam..For what ek? So ambil gambar jela...

Kenapa tetiba cerita pasal ni? Sebab tahun 1993 adalah tahun kelahiranku..Ehh..takda rahsia ek! Dan bulan Mac ni adalah bulan kelahiranku! Hehee.. So kiralah berapa dah umur seorang Nona?! 



Notakaki: Penat sungguh bila pindah rumah ni......






Post a Comment

8 Comments

  1. hahah 1993 kita form 3 wak...!!!
    tahun pertama PMR wujud...

    ReplyDelete
  2. Uishh lama tersimpan bawah tikar getah. Dulu beli surat khabar boleh gak guna bungkus nasi lemak daun pisang, balut sayur ke apa. Banyak kegunaan. Sekarang ni nak beli surat khabar pun dah mahal.

    ReplyDelete
  3. Lama.tu tahun cik nur sek men atas he hee tahn akhir pakai uniform putihbiru

    ReplyDelete
  4. salam.

    1993 auntie dah umur 25 dah. dah start mengajar masa tu.
    auntie pun dah lama tak baca surat khabar.

    ReplyDelete
  5. Ooo 1993 kak SA form 3 tau...batch pertama PMR...sama ngan Kak Ret...rupanya Nona baru lahir erk masa tu....

    ReplyDelete
  6. Simpanlah surat khabar itu. Nostalgia.

    ReplyDelete
  7. lama tu..dah nak dkt 30thn..masih ok lg...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .