Lirik Lagu Pelukan Angkasa Nyanyian SOG feat Shila Amzah || Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) telah melabuhkan tirainya semalam, 6 March 2022.
Rezeki menjadi juara kalini adalah lagu yang bertajuk 'Pelukan Angkasa' nyanyian SOG feat Shila Amzah. Siapa SOG? SOG adalah singkatan kepada perkataan Sekumpulan Orang Gila. Mereka merupakan team indie band, satu satunya pada malamtu yang masuk AJL.
Dapatlah tengok sisi lain Shila Amzah jadi penyanyi rock sekejap..Hahha..Selalunya lagu balada..lagu sedih sedih..Kan... Kali ni lain maciam. Dan aku tahu lagu ni pun bila dorang dapat masuk final.Lorh...
Kalau last year lagu 'GILA' jadi juara, (i love that song walau ada orang cakap aneh) kali ni lagu nyanyian 'orang gila' pula menjadi juara beb! Cuma kalini, lagu ni tidak pernah menjadi siulan aku..Lol..
Dan actually, adik aku cakap dia tak berapa clear lirik sebenar lagu ni..sebab macam..agak 'bingit' tapi ada la selang dengan part slow sikit tuh.. Aku pun sama..tak jelas sangat cuma suka part seruling ditiup...Tenang sekejap..Hahaa.. Lepastu tetiba nanti keluar laki berambut panjang..tah apende dia sebut..Hahahaha..Gila behtol..
So aku pun terasa nak search lirik lagu sebenarnya. Jom aku share sini liriknya. Puitis bait baitnya..Kena fahamkan bebetul sebab terselit maksud tersurat dan tersirat. Ayat bombastik wooo!
Tajuk: Pelukan Angkasa
Penyanyi: SOG dan Shila Amzah
Ciptaan: Raja Nazrin Shah
Lirik: Fazleena Hishamudin
Terbangkan kesumat rasa resah jiwa yang membelenggu
Langit gelita sematkan bintang di dadamu
Biar menyala jadi unggun yang membakar kalbu
Bersiul hembus
Menghembus luka
Dingin menusuk
Menusuk meratah rongga
Katakan cinta itu membebaskan
Peluklah aku wahai angkasa
Hangatkan tubuhku di alam khayalan
Bebaskan radiasi meluluh lumat batinku yang terseksa
Mampu memecahkan bongkah ini
Rangkul tanganku
Kita bersatu lawan dunia
Katakan cinta itu membebaskan
Peluklah aku wahai angkasa
Hangatkan tubuhku di alam khayalan
Ingin mengecap damai bahagia
Tahukah bahawa cinta itu satu dosa
Katakan cinta itu membebaskan
Pangkulah aku wahai semesta
Katakan cinta itu
Katakan cinta itu
Peluklah aku wahai angkasa
Hangatkan tubuhku di alam khayalan
14 Comments
Tahniahhh !!
ReplyDeleteYa, tahniahhh.. Hehe
Deleteaku pun baru tahu malam tadi pasal lagu ni non..punya teruk kitorang mengecam, alih2 diorang juara..hahahahha
ReplyDeleteHahaha.. Mesti tak faham lirik lagunya kan.. Hahaa.. Samaa kita.... Rezeki mereka 🤭
DeleteSesekali Shila Amzah bawa lagu rock. Baru tahu jugak lagu ni OST, nak tengok jugak tiberrr..hehe...hebat komposer dan penulis liriknya.
ReplyDeleteTuhlah kann.. Haha.. Nanti tengokk cite apakah.. Hebat kan.. yang menulis liriknya nih
DeletePernah tengok drama dia sebab Aien suka genre gini. Best. Tapi tak berapa ingat ending dia.
ReplyDeleteWahhh.. drama eh tu... Ok.. egtkan movie.. nanti nak cari la.. hehe
DeleteJuaralagu ni selalu buat kejutan utk lagu yg juara he hee
ReplyDeleteSayaaa setujuuu.. Behtols tuh! Hahahaha
DeleteFirst time dengar time diorang perfom di AJL tu
ReplyDeleteSamaaaa.. Masa separuh akhir, Nona tak tengok time dorang nyanyi.. dah masuk final ni baru tertanya tanya... Huhu
Deletepower suara shila. usha lirik dulu la sebelum tgk kat youtuba karang
ReplyDeletePowerrrr.. suara dia mmg sedap je sbnrnya
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .