Staycation di The Duyung Dream, Melaka

Staycation di The Duyung Dream, Melaka

Staycation di The Duyung Dream, Melaka || Ini kisah throwback tentang tempat kami stay semasa menghadiri majlis perkahwinan sepupu yang berada di Melaka pada bulan Disember last year. Tempat ni dicari dan dicadangkan oleh bapak pengantin pada masa tu. Dan masa tu ada diskaun 50% jika menggunakan ID pekerja frontliner. Apa lagi, terus booking lah sebab anak makcik aku seorang frontliner. Harga asal ialah RM690/night. Bila dah guna ID frontliner, harganya menjadi RM345 tau. Murahhhh sangat bila share dengan beberapa saudara mara lain. Hehe.. 

Check in jam 3pm, check out pukul 12. Haritu sampai awal sebab nak singgah rumah pengantin, ada jamuan makan tengahari kemudian keluarga mereka iringi tetamu ke tempat homestay ni. 

Memula aku ingatkan macam rumah teres biasa aje sebab lalu jalan kawasan perumahan teres tu.  Rupanya ada satu tempat yang dipagar dan semua rumah homestay The Duyong Dream dikumpulkan dalam tu. Kiranya tak bercampur dengan rumah teres yang kat luar. Besar besar nampak rumahnya. Sesuai harga! Hehe..

Baca Juga Tentang Tempat Makan Sedap kat Melaka: Cafe Markisa

Homestay Melaka

My family and i book this. Vancouver Traditional House. Nampak gah takk? Haha. Terdapat beberapa rumah yang telah disediakan seperti Malacca Modern Residence, British Cottage House, New York Industrial Vintage, Australian Beach House,Vancouver Traditional House dan banyak lagi. 

Boleh tengok seperti dalam plan di bawah ye. 

The Duyung Dream, Melaka



Sama juga seperti kebanyakan tempat lain, ada beberapa house rules yang diberikan. Salah satunya kalau hilang sehelai tuala, kena bayar RM30. Hal ini adalah disebabkan oleh tuala tu dibeli kat IKEA, Johor katanya. Kat Melaka belum ada IKEA, kan..Kiranya macam costing lah. Haaa, jangan memain, berjaga-jaga ler...Kahh!

Okay, jomlah masuk ke dalam rumah, tengok berbaloi ke tidak! Ini ruang tamunya. Luas, bersih, dan beraircond cuma siaran TV taklah banyak sangat. In case ada orang yang bercuti memang suka tengok TV..i bagitau je.

Homestay Melaka

Home to stay

Ruangan dapur. Luas jugak! Banyak behtol peralatannya. Ada beberapa jenis pisau, senduk, pinggan mangkuk, dan cawan. Risau nak guna, takut pecah! HAHAHAHA..Aku sebagai orang yang agak banyak berhubung dengan PIC Duyung Dream ni, aku memang bagitau awal awal pasal house rules kepada yang lain..Bukan apa, supaya lebih berhati hati jer. Tuala pun aku kira balik,mana lah tahu kalau lepas swimming tu, tuala hilang atau tertinggal kat memana ke..Kan. Ghisauuu! Oh ya, mesin basuh pun ada awak! Kat bahagian luar area dapur.

Okay, kat sini ada empat bilik tidur di bahagian atas, dan satu di bawah, bersama satu bilik iron di sebelah bilik tidur. 

The Duyung Dream

Bilik kami adik beradik! Luas, ada dua katil, siap ada tempat duduk, meja, almari, hanger, suis untuk dicaj, dan toilet. Nampak tak daun tu? Ada beberapa bilik dihias dengan atau daun comel tu... Rasa macam duduk bawah pokok gitu... Tapi risau jugak kalau tercabut ke apaa... Hahaaaha

Ada pintu untuk tembus tengok ke halaman luar. Tapi share dengan bilik sebelah. Pemandangan belakang tu biasa aje. Macam ada nak buat pembaikan kot.

Bilik tidur

Ini pula bilik my parents. Sangat luas..siap ada kerusi untuk melepak depan katil. Ada pintu untuk ke hall luar. Yup. Kiranya ini bilik utama lah..sebabtu paling luas saiznya. Boleh muat banyak orang.

Kids

Ini bilik mainan tapi ada jugak satu katil dan katil tambahan di bawahnya. So dikira bilik tidur mix bilik mainan.. Seronok bebudak ni sebab banyak toys kat situ. Siap ada khemah untuk bebudak.. Mia cakap, rugi tak bawak kapur nak tulis kat papan hitam tu...Sebab kat sana dorang tak bagi kapur pulak..Maybe tu just perhiasan aje ek..Hahaa...

Malam hari check in tu aku tido sini dengan dorang, banyak behtul kerenah sebelum tidur..Hampir nak menjerit aku lahh..Ayoyo..

The Duyung Dream

Ini ruangan kecil berdekatan bilik bilik tu semua..Ada balkoni kat luar pintu tu. Meja dan kerus pun disedikan. Permandangannya cuma rumah sebelah je...Tapi tetap cantik sebab rumah sebelah tu cantik... Lebih kurang rumah yang kami duduk ni jugak. 

Lepastu masa malam hari check in, ada la anak anak sedara tertido kat sini, dahtu pukul 3 pagi tak tido lagi..Nak main game la, nak ke toilet laa.. lapo la, takut la rumah lain, memacam oi... Mata aku dah lalok..Last last mak cik dorang yang marah suruh tido sebab bising nau...Hahahaa..Aku tak sanggup nak marah bebudak tu..

Aku tak dapat ambil gambar semua bilik sebab banyak sedara mara dah masuk lain lain bilik tu. Ini gambarsn few bilik la. Setiap rumah ada kelainan tersendiri dari sudut facilities dan dekorasinya. Menarik bukan.


Swimming pool

Swimming pool

Keesokan pagi sebelum pergi majlis kahwin, sempat la terjun situ dulu. Pool bukan di dalam setiap rumah ye tapi dekat office yang kita bayar deposit dan ambil kunci untuk check in (Club House). So akan jumpa banyak orang daripada rumah rumah lain kat situ. 

The Duyung Dream

Inilah orangnya yang check setiap jumlah barang kat situ. Ada checklist yang khusus untuk kita. Aku banyak berurusan dengan dia. Tapi ada kejadian yang tak berapa best masa hari check out. Al kisahnya pada hari pengambilan kunci rumah, pihak mereka tak bukak resit menyatakan kita dah bayar cukup duit deposit. Dia just cakap dah rekodkan kat paper ke buku..lebih kurang gitu. Keesokan harinya masa nak check out, dia cakap makcik aku kurang buat pembayaran deposit dalam beberapa ringgit (Banyak jumlahnya). Er..dahlah dua rumah makcik aku uruskan.

Terasa naik hangin jugak masa tu. Makcik aku dah mintak resit tapi dorang yang tak bagi...Aiyyoooo! So korang kalau nak ke sini, make sure mintak banyak kali resit tuh..Harap dorang ada buat improvement lah..Jangan benda sama aje, nampak sangat sesuatunya.. Pakkal aku tak viral kat socmed lain time tuhlahhh... 

Makcik aku punyalah dah kira, asingkan duit untuk homestay ni..memang takda baki apa apa pun. Time nak check out baru bagitau??! Kau tak kira bebetul time check in, kami pulak kena ek..Malas nak pepanjang cerita atau tengok CCTV, sebab nak ke rumah pengantin. So redha jela.. Sampai kitaorang cakap, tak nak datang lagi... Kecewa! 

Oh ya, lagi satu, masa nak mandi pagi lepas balik dari pool tuh, air dalam toilet semua takda. Kena tadah sikit sikit titisan air. Semua nak cepat bersiap, boleh pulak takdak air..adoi! Aku amek video dan bagi feedback pada PIC. Alasannya ialah tak dapat info haritu kawasan perumahan tu akan ada masalah dengan saliran air. Tapi area bawah elok je airnya keluar.  So terima je jawapantu. Faham ajela.

Sebelum check out, semua benda akan dikira terutama tuala ye. Ada terjumpa tuala lain, tu direject. Perlu untuk standby duit bayar in case ada kehilangan barang dalam list barang yang diberikan.

Take note all info 😅

The Duyung Dream, Melaka

Hello, i am the mermaid here!

Overall, tempat ni memang cantik, selesa, banyak kemudahan, perabot banyak, keselamatan terjamin, dan mesra kanak kanak. Ya, amat bersesuaian dengan harganya cuma tang servis je ada kurang sikit. Ituu kena improve lah. . 

Kiranya ada yang baik dan buruk la untuk staycation sini. Maybe aku boleh datang lagi dan tengok ada perubahan tak.. Time bayar deposit, kena amek video..risau kalau terjadik lagik..Sebagai bukti..Gituhh.. 

Boleh suggest tempat ni untuk family day atau tempat tinggal sementara, cuma extra carefull for deposit payment dan menjaga barang barang di dalamni agar tak hilang atau rosak. Sekian review sendiri.

Staycation di The Duyung Dream, Melaka

Lokasi: Duyong Dream, Taman Desa Duyong, 75460 Ayer Molek, Melaka










Post a Comment

9 Comments

  1. Cantiklah nona homestay ni. Banyak undang undangnya rupanya. Patutlah terjaga kebersihan dan kecantikannya. Tak syoklah kalau service kurang. Tempat okay dah. Next time kena ada bukti pembayaran, resit tu penting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, takkan culas lagi.. Pengajaran sangat nii

      Delete
  2. luas betul kan rumah tu..tapi tulah..tak best pada servis bayaran diorang macam tu..staff banyak kelepet duit kot..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, luasss behtols... syok.. maybe la.. wallahualam...

      Delete
  3. Besar dan luas runah ya...betul kata nona tu..masa bg depo patut kena bagi resit..lepas tu amik gambar as a prove...boleh la cuba nanti kalau kami nak buat gathering plak

    ReplyDelete
  4. Alahai pasal deposit/duit memang rosakkan perasaan.
    Betul kena tegas minta resit.

    ReplyDelete
  5. Kawasan dh ok .nampak luas . Nampak selesa . Tp bila services out customer pun akan pikir banyak kali sama ada nk stay again atau dh xkan stay situ

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .