Tahniah kepada Finalis dan Pemenang Anugerah Juara Lagu 36

Tahniah kepada Finalis dan Pemenang Anugerah Juara Lagu 36

Tahniah kepada Finalis dan Pemenang Anugerah Juara Lagu 36 || Tamat sudah acara gilang gemilang tahun ni yang disponsor oleh Noir! Tahniah kepada semua finalis dan pemenang! Hebat hebat kesemuanya! Memukau! Suara confirm sedap, dicampurkan dengan konsep persembahan dan arrangement muzik yang menarik! 

Anugerah Juara Lagu 36

Aku suka tonton hiburan camni sebab tak membosankan, dengar muzik sambil update blog, dan memacamlah.. So inilah senarai keputusan penuh dan rezeki buat para pemenang:

Juara Tempat Pertama: Shila Amzah & SOG

Hadiah: RM100,000! (Pelukan Angkasa)

Naib Juara       : Marsha Milan (Cinta)

Tempat Ketiga: Haqiem Rusli (Mimpi)

Penyanyi Pilihan Popular: Aina Abdul dan Khai Bahar

Persembahan Terbaik: Marsha Milan (Cinta)

Vokal Terbaik: Aina Abdul (Sepi)

Tahniah kepada semua finalis yang terlibat dalam Anugerah Juara Lagu 36!

1. Naim Daniel - Purnama

2. Khai Bahar dan Aina Abdul- Nafas Cinta

3. Erni Zakri (Syamel ganti) - Boneka

4. Marsha Milan - Cinta

5. Noraniza Idris dan Bunga-Intan Payung

6. Siti Nordiana- Angkara

7. Shiha Zikir & Noki- AEWO

8. Haqiem Rusli- Mimpi

9. Yonnyboi- Salahku

10. SOG & Shila Amzah- Pelukan Angkasa

11. Aina Abdul- Sepi

12. Hael Husaini, Naim Daniel, Haqiem Rusli -  Lara

Mesti lega gila kan AJL 36 sudah melabuhkan tirai. Lagu yang aku suka?? Banyak..antaranya lagu AEWO nyanyian Shiha Zikir sebab rentaknya, lagu Lara, Sepi nyanyian Aina Abdul, Mimpi oleh Haqiem Rusli, Angkara, dan Marsha Milan yang membawa lagu Cinta (suara power gila ahh). Eh bila dah dengar Shila Amzah dengan SOG nyanyi, ehhh..sedap jugak rentak lagu nih! Tengok Shila Amzah jadi rock 😂 Tak sesia Shila Amzah bawak genre rock! Juara kot! Hehe..Boleh nyanyi lagi lagu bergenre rock lepasni. 

Pelukan Angkasa

Pelukan Angkasa

Bunyi seruling mendayu dayu...Lepastu rancak lagunya! Gila gituh!

Tahniah semua yang masuk final dan dah lakukan yang terbaik. Selain daripada persembahan, aku tengok jugak fesyen dorang..Mana tahu dapat inspirasi nak pakai apa raya nanti! Kahhh! Member suruh pakai cam Aina Abdul, baju pokok bunga tuh 😂 Tak agak agak ek! Pelik orang tengok aku kang. 

Korang puas hati tak??! Mengena tak tekaan korang?? Huhu.. Okaylah, sekian entri harini.  Sekali lagi, tahniah kepada Finalis dan Pemenang Anugerah Juara Lagu 36!!! 

#cantikdengannoir

#anugerahjuaralagu36



Post a Comment

6 Comments

  1. Tahniah buat semua pemenang. Memang kena la tekaan

    ReplyDelete
  2. Tahniah buat semua pemenang. Salam Isnin.

    ReplyDelete
  3. Semua hebat hebat, padu vokal memasing. Tahniah untuk pemenang!

    ReplyDelete
  4. tq nona mama tak tgk AJL tapi nanti nak cari la mana2 lagu yang menang nak tgk. mesti power

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .