Buat Calculation Sebelum Membeli Rumah || Rumah. Pentingnya rumah untuk keselesaan dan kebahagiaan semua orang. Di situlah tempat berteduh dan tempat berehat.. Nona pun teringin nak memiliki rumah idaman. Moga suatu hari nanti termakbul. Amin! Best dapat deko-deko seperti internal designer selalu buat. Sama ada rumah baru atau rumah subsale, bergantung kepada pilihan masing-masing.
Tambahan pula haritu mesti ramai yang work from home, kan? So far macam mana, okay? Bagi yang mempunyai ruangan khas dan cukup untuk bekerja tanpa halangan semasa di rumah, sudah tentu ia sangat menyenangkan. Betul tak?
Bagaimana pula jika berlaku sebaliknya? Apabila saiz rumah tidak begitu luas dan sempit. Pertambahan kuantiti ahli keluarga di dalam sebuah rumah yang sedia ada. Terfikir untuk moving out? Pindah ke rumah yang lebih luas serta muat untuk semua?
ATAU mungkin juga ada dalam kalangan kalian yang sememangnya teringin rumah lain yang baru? Nah, jangan ragu-ragu, bertindak sekarang untuk mendapatkannya. Tak rugi beli hartanah sewaktu ekonomi sedang rancak membangun semula nih.
Kenapa perlu membeli rumah dengan segera?
1. Harga rumah semakin naik.
2. Aset yang menguntungkan.
3. Keperluan
Jika sudah rancanglah kewangan dan bertindak mengikut cara yang betul. Langkah-langkah yang boleh diikuti dan dikenalpasti sebelum memiliki sebuah rumah:
1, Semak Kemampuan Kewangan
''Gaji saya sekian, sekian, berapakah harga rumah yang sesuai untuk saya beli sebagai aset?''
Senang je, korang boleh try check kat Mortgage Calculator. Apa yang lebih penting ialah pinjaman rumah sepatutnya tidak melebihi 1/3 gaji kasar. Boleh jugak refer di link SINI
2. Survey Rumah yang Sesuai
Ini seperti biasa, cari dan perhatikan lokasi yang strategik, keselamatan kawasan, keadaan rumah, dan persekitaran di sekeliling.
3. Mencari dan Mengenalpasti Peguam Hartanah
4. Dokumen Jual Beli Rumah
5. Memohon Pinjaman Perumahan
6. Dokumen Pinjaman Perumahan
7. Tandatangan SPA setelah Diluluskan.
8. Penyerahan Kunci
9. Kenalpasti Kerosakan atau apa-apa masalah di dalam Rumah sebelum betul betul berpindah sana.
Dalam bulan Ramadan ni, Nona doakan kita semua dilimpahkan rezeki dan moga tercapai impian.
8 Comments
Aaaminnn..
ReplyDeleteammi haritu pun beli rumah subsale je
Wahhh.. ada la jugak rumah sendiri.. Nice.. heeehee
DeleteMoga ada rezeki untuk ko memiliki rumah idaman Non...
ReplyDeleteAmin.. Amin!
Deletebanyak perkara kena ambil kira sebelum buat keputusan beli rumah.
ReplyDeleteSetuju!! Betuk sangat!!!! Huhu
DeletePenting sangat buat kira kira. Tersalah kira, naya pak karim...nak membayar bulan bulan tu haa penting.
ReplyDeleteBetul tuuu... Nak membayar bulan bulan.. Kena beringat
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .