Gembira Berbuka Puasa 2022 dengan Buffet Amal Ramadan Taste of Johor by The Sand Village Catering

Gembira Berbuka Puasa 2022 dengan Buffet Amal Ramadan Taste of Johor by The Sand Village Catering

Gembira Berbuka Puasa 2022 dengan Buffet Amal Ramadan Taste of Johor by The Sand Village Catering || Hai korang! Perasan tak, kita dah melepasi seminggu berpuasa dalam Ramadan! Alhamdulillah. Semoga baik-baik saja ye. Amin! Ini kisah baru-baru ni Nona makan berbuka puasa bersama beberapa geng JDT Blogger dan rakan dari Batu Pahat, Fiza. Kalini bukan di hotel mahupun restoran. Ya, dewan sahaja, bukan dewan dalam hotel ke apa. Namanya Dewan Hassan Abdullah.. Hehe~  Kalau nak tahu, makanan kat sini cateringnya adalah daripada The Sand Village. One of caterer yang berpengalaman.

Ok, sebelum tengok gambar makanan, Nona nak share antara menu yang ada. Menu kat sini semua menarik, berbaloi dengan harganya dan sangat sangat memuaskan hati saya! Diulang, memuaskan betul! Bila ditanya pihak mereka, kenapa murah nau harga sebab menunya melebihi 20 jenis jugaklah? Sebenarnya, ia adalah bertujuan untuk amal Ramadan jugak. Alhamdulillah. Sejuk hati saya mendengarnya.. 

Sebelum masuknya waktu berbuka, akan ada orang mengaji atas pentas dan azan berkumandang juga atas tuh. Tenang waktu berbuka puasa. 

Beberapa menu yang dihidangkan di sini:

Nasi Putih, Nasi Jagung, Ikan Bakar Hj Adan, Kupang Sambal, Ketam Lemak Cili Padi, Tetel Asam Pedas, Telur Tenggiri Asam Pedas, Kembung Asam Pedas, Kari Ayam, Ayam Masak Merah, Ayam Goreng Berempah, Ikan Goreng Cencaru, Daging Masak Hitam Berempah, Udang Galah Sambal, Ikan Masin, Ulam, Kangkung Belacan, Kerabu Mangga, Kerabu Tahu, Kerabu Kacang Botol, Tauhu dan Tempe Goreng, Sate, Pepes, Otak-Otak, Laksa Johor, Bubur Lambuk, Fries, Kuih Muih, Cocktail, Buah-buahan dan Desserts. Nyummm!

Dah, jemput stalk menu yang korang boleh makan dengan harga RM40 dewasa ni! Pergh, padu dan berbaloi baloi!

Ketam Lemak Cili Padi

Ketam Lemak Cili Padi

Selalu jumpa ketam dalam buffet Ramadan, tapi kalini baru terasa nak makan ketam. Ya Allah, sedapnya!


Ikan Bakar


Ikan Bakar Hj Adan

Ini legend! Ikan Bakar Hj Adan (Sejak 2002), siap ada 21 ramuan tau untuk menyediakannya... Boleh pilih nak ikan Pari, Kembung atau Cencaru. Sedap sangat ui. Ikannya tidak berbau hanyir, sambalnya pedas pedas manis. Lengkap dan memenuhi citarasa ramai orang! Rugilah kalau datang tapi tak try! Pulak tu Nona peminat ikan. Memang favourite ye~


Ayam Masak Merah

Ayam Masak Merah

Daging Hitam Berempah

Daging Masak Hitam Berempah

Dalca

Dalca

Mee Goreng

Mee Goreng



Ayam Goreng Berempah

Ayam Goreng Berempah

Asam Pedas

Sedapnya asam pedas sini! Telur Tenggiri dan Kembung Asam Pedas yang memukau jiwa!

Kari Ayam

Kari Ayam.Oh ya,  Ayam Asam Pedas pun ada! Phew!


Tetel Asam Pedas

Tetel Asam Pedas. Sedap sangat, sampai dua kali aku topup makan ni!
Nak dijadikan cerita, Nona sambung makan dengan member, sampai dah pukul 8 lebih. Lauk ni masih ada masa tu...Apa lagi, kena cedok sekali lagik lah! Hahaa..


Seafood

Bubur Lambuk

Bubur Lambuk pun not bad!

Ulam ulaman

Ulam-ulaman.
Ini pun aku ngap dulu sebab nak makan bersama lauk lain. Sambal belacan, kerabu, tauhu dan tempe pun turut berdekatan sini, dalam satu stall. 

Sate

Sate yo!

Otak Otak

Otak-otak dan pepes pun ada. 

Haaaa, ini beberapa gambar lah. Nanti Nona post kat Facebook , gambar lain ye. 
Next, dessert dan kuih muih tradisional. 


Cream Puff

Kuih Kole

Kuih kole favourite mak.

Minuman

Air mesti ada. Air mineral pun ada disediakan. Time amek gambar, botol air mineral tak dikeluarkan  lagi.. Nona semestinya minum air mineral, sis. 

Apa saya makan?? Ini diaaa! Mood semangat nak makan ketam sebab pencahayaannya yang cerah dalamtu. Terasa seronok nak makan ketam kat situ.. Haha.. Kemain! 

Buffet Ramadan Johor

Ini di bahagian tepi dewan. Masih di kawasan dalam.

Dewaan Hassan Abdullah

Dewan Hassan Abdullah

Mereka mengaji dan azan di atas pentas ni. Lembut hati kita dengar awaknya!

Dewan Hassan Abdullah

Suasana di dalam dewan. 

Overall, Nona tersangat suka semua menu kat sini sebab keenakannya berbaloi baloi dan sesuai dengan harga yang diberikan. Tempatnya tenang, selesa dan bersih. Sambil makan, sambil beramal gituh. Toilet dan surau of course ada cuma kena ambil wudhu kat toilet ye.... 

Oh ya! Kita kena segera amek lauk sebab cepat sungguh habiss! Ada lauk yang ditopup, ada yang tidak. Itu yang Nona nampak. Habis terus. Licin lauk pauk yang sedap menyelerakan tuh! Mujur haritu dapat sambar ketam, daging masak hitam berempah, asam pedas dan ikan bako! Kalau peminat laksa Johor, mesti suka lah rasa kat sini! Hihi...Laku habis!



Nona suggest sangat korang datang berbuka puasa dengan Buffet Amal Ramadan Taste Of Johor By The Sand Village Catering nih tau! Info seperti di dalam poster di atas ye. 

Lokasi    : Dewan Hassan Abdullah

HARGA: 

DEWASA: RM40

WARGA EMAS: RM30

KANAK-KANAK: RM20

KANAK-KANAK BAWAH USIA 5 TAHUN: FREE

Ha, beli 10 orang, percuma satu orang!

Hubungi: 0137529277 atau 01110615776 atau 0177755693

Post a Comment

8 Comments

  1. Daging masak hitam tu nampak sedap Nonnn.. menyelerakann betul...nanti bebila boleh cuba laaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedappp.. kak Aienieka pun suka... dia tak sempat sambar.. saya bagi seketul la.. hahaa

      Delete
  2. adoiiii ikan bako tu!!!!!! meleleh air liur kita hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang meleleh air lio! Masa nak tangkap gambo pund ah terrliurrrr!!!! Hahahà

      Delete
  3. memang rambang mata la kalau pergi buffet ramadhan ni .pelbagai makananan yg ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe ya.. sini pun not bad... Taklah sebanyak kat hotel tapi lebih 20 juadah jugak..

      Delete
  4. Murah betul buffet nya...kenapa la banyak kat Johor je yang sedap2 ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Rasanya kat sana pun ada tu... try dulu . heehe.. Sini pun kena cari cari .

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .