Lirik Lagu Jom Balik Raya nyanyian Qady Rany dan SA-YA || Pelbagai lagu raya dah dikeluarkan nampaknya. Ini salah satu lagu baru yang aku suka dengar. Terasa mood raya tuh..Hehe..Loghat Kedah diselitkan. Liriknya tu kena mengena laa dengan situasi nak dekat hari raya ni..
Jujur, gabungan suara dorang meriah dan sesuai dengan lagu camni. Kumpulan SA-YA (peserta Gegar Vaganza musim ke 8) memang kita tahu la kalau lagu genre lawak lucu seperti Jom Balik Raya ni, ngam la dengan dorang...Klip video pon kelakar oi. Bergabung dengan Qady Rany, lengkaplah sebuah lagu raya yang menghiburkan!
TAJUK
Jom Balik Raya
PENYANYI
Qady Rany dan SA-YA (Saiful Apek+Yaasin)
Mai nak cerita orang utara
tinggai kan kg keja di kota ada
yg keja luar negara ada yg keja
merata rata mintak cuti raya
Inilah kisah sudah bermula
Setiap tahun ada ragamnya
Meneru menera depa duk lumba
Kot atas jalan penuh tak sangga
Jom woiii balik raya
Sampai di kedah semua berpecah
yang sampai dulu kulim bandaq baru
Keluaq kot baling tembus masuk sik
Geng kola muda yan pendang
Pokok sena
Lajak lagi jom pi kota setaq
Terus lagi kot padang terap
Singgah satgi kot kubang pasu
Tinggai aku naik feri langkawi
La la la la jom balik raya
La la la la mintak cuti raya
La la la la selamat hari raya
La la la la jom balik raya
Riuh rendah di pasar raya
Belanja sakan tak ingat dunia
Hutang lama sudah dilupa
Tahun ini ditambah hutang nya
Zakat dan fitrah jangan di lupa
Tentu itu lah kewajipannya
Ini pesanan bukan gurau senda
Ampun maaf selamat hari raya
Kami ucapkan buat rakan taulan
Jemput datang makan hidangan
Berjabat tangan dan bersalaman
Lupakan segala kesilapan
La la la la jom balik raya
La la la la mintak cuti raya
La la la la selamat hari raya
La la la la jom balik raya
3 Comments
Rindu lagu Sanisah Huri.. tapi setiap kali buka blog NonaSani ni auto kepala play lagu nona nona.. jaman sekarang... :P
ReplyDeleteWehhh.. Hahahaa.. K fine.. faham....
DeleteBelum dengar pulak lagu ni nona.
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .