Nikmati Pizza Oven Kayu Api di Cafe Markisa, Jasin, Melaka |

Nikmati Pizza Oven Kayu Api di Cafe Markisa, Jasin, Melaka |

Nikmati Pizza Oven Kayu Api di Cafe Markisa, Jasin, Melaka || Ini kisah bulan Disember 2021 haritu sewaktu pulang dari majlis kahwin member kat Melaka. Aku tahu tempat ni dari sepupu yang post kat IG story dia. Nampak menarik sebab lokasinya tenang, berada jauh dari bandar, dikelilingi tasik yang indah, dan terdapat pelbagai menu yang menyelerakan. Masa datang tu agak ramai jugak orang tapi dapatlah aku duduk kat tepi Tasek tu, makan sambil menikmati permandangan di tepi Tasek. 



Antara menu utamanya yang sedap.


Pizza Oven Kayu Api


Cuma ni je aku makan sebab dah kekenyangan makan kat kenduri kahwin. Alhamdulillah.. Not too bad. Ini first time aku try Pizza Oven Kayu Api. Bagi aku takdalah lembut mana pun. Cuma perisa dan topping tuhlah sedap. Tak sure kalau korang memang minat Pizza Kayu Api.... 

Kumakan sambil melihat manusia lain bergambar kat tetengah jambatan dan menikmati view senja. Actually aku macam seram sikit lah kalau nak jalan atas titi tuh sebab takda pemegang dan berada atas air pulak tuh..Berenang bukan kemahiranku. Ups!



Subhanallah. Nampak macam ada lagi projek dorang nak tambah dan perbaharui. 


Aje gilaaaa! Hahaa. Macam-macam menu yang ada ek! Lucu pulak bila baca. Kalau ada rezeki, confirm aku nak try menu lain nanti sebab aku nampak ada orang order macam macam hidangan. Terliur jugak i time nak balik tuh! Haha~


I love Jasin! Tibberr!

Kepada yang tak pernah datang dan nak singgah Cafe Markisa, boleh waze Cafe Markisa Chinchin, Jasin, Melaka.

HARI BEROPERASI: Setiap hari kecuali Isnin.
WAKTU OPERASI: 11 AM-10 PM (Last order pada 09.30pm)

Nampak bulan puasa ni dorang ada sediakan buffet dengan harga yang agak murah dan berpatutan tuh... Bolehlah try ye kalau korang dah ke area sana...










Post a Comment

2 Comments

  1. Separuh gila= separuh masak.
    Menarik tempat cantik. Makanan pun jarang sekarang buat guna kayu api.

    ReplyDelete
  2. Menarik giler la menu dia untuk penggemar kambing dan daging macam akak...hehehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .