Ramadan Buffet dari Dapur Fraser, Fraser Place Puteri Harbour, JB

Ramadan Buffet dari Dapur Fraser, Fraser Place Puteri Harbour, JB

Ramadan Buffet dari Dapur Fraser, Fraser Place Puteri Harbour, JB|| TINGGAL SEHARI lagi nak puasa. Besok Sabtu, tulat Ahad dah kena puasa! Yay! Masih sempat untuk booking tempat berbuka puasa kat luar. Sesekali try, kan. 

Kalini Nona nak ajak kamu semua ke Dapur Fraser, Fraser Place Puteri Harbour, Johor. Sedapnya, sedapnya.....! Yes, confirm korang tak menyesal lah datang sini! Tempatnya cantik, bersih dan makanan pun sedap sangat!

Ramadan

Cantik! Tenang saya melihat konsep dan warna yang digunakan kat sini....

Kambing Golek

Kambing Golek tentunya item pertama kutuju... 

Paru Belado

Next, paru belado! 

Ada banyak makanan dalam kawah selain paru belado ni antaranya gulai babat nangka muda, daging rendang Wana, kari kambing kentang! Terliurr sungguh bila sampai sini!!!

Ramadan Buffet

Baked Red Snapper

Lembut.

Pedal

Kerabu pedal.
Aku suka kenyal kenyal gitu... Jarang makan kerabu pedal!

Kerabu Udang


Nasi

Makan kesemuanya dengan nasi


Lemang

Lemang. Teringat kampung arwah atok kat Negeri Sembilan. Dah tak balik sana sejak beliau pergi..


Pucuk Paku

Pucuk Paku Lemak Ikan Masin

Udang Nestum

Udang Nestum!

Bubur Cha Cha

Bubur Cha Cha yo!

Minumam

Air minuman haruslah ada pelbagai variasi, barulah syok!


Kek

Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya guys 😂 

Unicorn cake

Unicorn cake pun ada! Comelnya...Sayang nak makan dia...Haha

Cendol

Muka merah merah tu, nak cendol eh... Puding cendol..First time kumelihatnya.

Fraser Place

Ini yang aku dan member ngap! So delicious!!!

Overall, segala daging kat sini lembut, tak liat dan secukup rasa isi serta kuahnya. Menyelerakan sungguh! Aku jatuh cinta dengan menu dari dapur  Fraser Place Puteri Harbour nihlah!

Actually, banyak lagi makanan. Lauk pauk yang banyak! Lauk dalam kuali kawah,  dessert, bubur, sate, pelbagai sup, dan buah buahan..Perghhh..puas hati dengan harganya camtu! Nona letak gambar lain kat Facebook tau.

Sebelum sampai sini, sempat aku singgah Sunway Big Box dulu, tengok buku dan beberapa barang kat sana baru ke sini pulak...Hehe..So taklah rasa datang semata nak berbuka puasa aje..

Info lanjut tentang Dari Dapur Fraser oleh Fraser Place Puteri Harbour, Johor Bahru 😋

Swatches Restaurant, Lobby Level
8 April - 1 Mei 2022 | 6.30 pm - 10.00 pm
RM118+ per Dewasa
RM68+ per Kanak²/OKU

Untuk tempahan dan pertanyaan:
Whatsapp: +6013 778 6821
Call: +607 530 8837

#daridapurfraser #buffetramadanjohor2022 #buffetramadan#fraserplaceputeriharbour #johorean #lifestyleblogger #foodieblogger #buffetramadanjohor

Post a Comment

4 Comments

  1. Ingat kt fraser hill tadi hehehe.. Selamat menyambut ramadhan nona sekeluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehee.. Bukannn.. Tuhlah... Nama nak sama kan... Selamat Menyambut Ramadan ye

      Delete
  2. Suka jugak tengok konsep macam ni. Wow, udang kerabu udang nestum tu mengancam tekak betul. Comel ada kek unicorn disitu.

    ReplyDelete
  3. semua juadah berbuka puasa nampak menarik betul

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .