Sup Keropok Lekor Kimball sebagai Juadah Berbuka Hari Kedua Belas Ramadan || Salam Dua Belas Ramadan. Nah, sup keropok lekor Kimball! Alhamdulillah. Tercapai hasrat nak makan sup keropok lekor. Hahaa..Dulu ada akak Indon sorang ni masak dan bagi aku try.. Not bad jugak ek. Tak sure datangnya resepi ni dari pelosok mana. Tapi aku kenal dan tahu dari akak tuhlah. Tetiba pepagi ni nampak feed IG Kimball, one of jenama popular kat Malaysia up pasal resepi sup keropok lekor kat instagram. Aku excited ui!
Alhamdulillah. Sedap pada tekak aku! Ada rasa berangin sikit sebab letak serbuk blackpepper. Tak letak sup bunjut pun okay aje. Cuma aku taklah ikut semua dalam resepi sebijik sama. Campak bahan mana suka dan ada aje. Yang penting, segala sayuran terasa lembut dan mudah dimakan.
Resepi Sup Keropok Lekor cara Nona (masak untuk sorang dua makan):
BAHAN-BAHAN:
5 sudu besar Sos Tiram Kimball
6 cawan Air
1 biji Bawang besar, dipotong kecil
2 labu Bawang putih, dipotong kecil
2 biji Cili padi, dihiris
100g Lobak merah, dihiris bulat
250g Keropok lekor, potong secara menyerong
1 sudu besar Minyak masak
Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
Langkah-langkah
1. Panaskan minyak di dalam periuk, tumis bawang besar, bawang putih, dan cili sehingga wangi.
2. Tuangkan air dan Sos Tiram Kimball. Biar didih.
3. Masukkan sayur-sayuran dan reneh selama 1-2 minit. Kemudian, masukkan keropok lekor dan reneh selama 30 saat. Hidangkan panas.
Resepi asal sebenarnya adalah seperti di bawah:
Hehe, nampak tak apa yang aku follow and tak follow...Well, sesimple nya aja. Guna apa yang ada, tak mencari merata la semata untuk makan kecuali sos tiram Kimball tuh. Kalau takda, rasa tak complete! Okay, korang bolehlah try! Kalau tak nak makan keropok lekor semata... Bolehlah try buat sup keropok lekor camni! Nyammmm! Lagi sedap kalau letak bawang goreng! Fuhhhh terangkat!
Lepastu aku tengok ada contest. Niat nak try tapi kalau datang mood rajin buat resepi lain ler. Sebab syaratnya kena post beberapa resepi atau hidangan yang menggunakan barang barang Kimball. Gituh! Korang nak join, bolehlah try ye. Memasing hebat memasak, kan! Tengok IG Kimball sana.. Mana tahu, ada rezeki menang! Syok!
Notakaki: Kalau datang malas tu, angkat tangan nak makan pun malas. Adui!
9 Comments
wahhh first time akak dengar resipi ni. blh try la nanti.
ReplyDeleteHaaa... sila silaaaaa.. hihi
Deleteuikk first time ni aku tengok sup keropok lekor..
ReplyDeleteYaaaa.. jarang dengor
DeleteTak pernah tahu ada sup keropok lekor. First time uit
ReplyDeleteAdaaaa.. hihiii
Deletelain drpd lain ni
ReplyDeleteHa ah.. sila ler cubaaa.. hehehe
DeleteSatu lagi menu rare ni nona. Bersup sup ni best jugak makan. Kena makan panas panas baru feel sup tu.
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .