Indahnya! Singgah Masjid Cina Negeri Melaka

Indahnya! Singgah Masjid Cina Negeri Melaka

Indahnya! Singgah Masjid Cina Negeri Melaka ||  Alhamdulillah. Bertemu hari Jumaat. Kisah bulan Januari baru nak cerita harini😂 Yelah baru nak story sebab sekarang ni aku asyik pening pening stress kerja, terasa macam nak singgah sana lagi sekali. Sobbs! (Macamlah takleh singgah masjid lain yang berdekatan ek, Nona! 😅)

Selepas lunch kat majlis kahwin member, dan sebelum makan Pizza Oven Kayu Api kat Markisa Cafe, Jasin... aku saja tengok maps, jauh tak masjid ni dengan tempat member. Ehh..dekat ajelah! So apa lagi...Haruslah singgah sebentar ke Masjid Cina negeri Melaka. Aku teringin tengok depan mata bentuknya yang unik dan suasananya yang cantik orang cakap. 

Ternyata.. Bila sampai sana, aku terpegun! Unik sebab bentuknya seakan akan bangunan orang Cina tu tapi dalamannya special untuk orang Islam bersolat serta menunaikan ibadah. Alhamdulillah. 

Bersih persekitaran luar dalam masjid, toilet dan tempat solatnya. Luas jugak kawasannya, tempat parkir pun besar dan aku nampak ada beberapa pekerja seperti cleaner yang bekerja bagi memastikan kebersihan sentiasa terjaga kat sana. 

Masjid Cina Negeri Melaka

Unik reka bentuknya.

masjid

Permandangan dari dalam tempat solat wanita. 
Angin sepoi sepoi masuk melalui pintu. Tenang. Bahagia. Lupakan sekejap masalah. Fokus ibadah. 

Ruangan Solat Lelaki

Ruangan solat lelaki

Masjid

Tabung

Tabungnya pun unik ui. Ruangan luar pintu ada beberapa info yang diletakkan kat rak dan tabung masjid pun ditempatkan bersama.

Melaka

Nice view. Pokok bunga pun terjaga rapi agar nampak ceria dan menarik. 

Tak sure la bangunan tinggi belakang tu setakat bangunan atau ada isi apa kat dalamnya..

Yang pemting, kurasa tenang je bila sampai sana walaupun tengah panas terik mentari haritu.. Masa sampai tu ada jugak aku tengok beberapa orang bergambar bersama. Tapi taklah padat sangat pengunjung.

Masjid Cina Negeri Melaka

Alhamdulillah, dapat jejakkan kaki ke sini... Sejak tengok kawan pergi dekat Kelantan punya, teringin nak jejak jugak tapi pergi dekat Melaka je cukuplah. Hehe.. Kalau ke Melaka, sila ler singgah sini ye..


Post a Comment

5 Comments

  1. Menarik ni...nanti bleh la akak singgah sini untuk next bonding time mama & Dania...memamng nak terjah Melaka lagi dan lagi..

    ReplyDelete
  2. ammi bersuamikan org melaka tapi belum pernah sampai lagi sini

    ReplyDelete
  3. cantik binaan masjidnya. kalau di kelate ni ada Masjid Beijing di Rantau Panjang. Pernah sekali ke sana kira2 8 thn lampau...

    ReplyDelete
  4. Ya Allah, cantiknya suasana masjid kat sana. Sesekali cuci mata best, tenangkan fikiran somemore =D Aku suka juga tengok reka seni masjid, atau bangunan lain dari yang lain ni. Nona, take care. Jangan stress - stress tau.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .