Dinner dengan Ikan Caru Bakar Jacket Biru

Dinner dengan Ikan Caru Bakar Jacket Biru

Dinner dengan Ikan Caru Bakar Jacket Biru || Makan malam hari ini. Tekak start sakit malam tadi, harini aku banyakkan minum air, so ada berkurang sikit.. Selesema pula menjelma. Badan dedor jugak. Dah makan panadol tadi siang.. Nanti sebelum tidur telan lagi Actifast. 

Tekak masa petang tadi teringin ikan siakap steam, lepastu tengok harga boleh tahan ... tukar nak ikan singgang.. Eh last last, ikan bako der! Order guna aplikasi Grab food sebab macam malas ye balik kerja nak tunggu makanan kat kedai harini. 

Ikan bakar

Set nasi + caru bakar jacket biru. Ada sup jugak disediakan.  Kuah asam tu pedas. Boleh pilih nak sambal kicap. atau sambal asam. Kusangkakan masam sahaja. Rupanya pakej dengan masam masam pedas rasanya... 

Ikan Caru Bakar

Sedap menu dari Restoran Ikan Bakar Kayu Arang, Taman Rinting nih. 

Alhamdulillah, deria rasa masih ada. Esok kalau tak okay, nak MC aje.. Pagi tadi pun berat rasa mata ni dan lemau badan.. Huhu! Sekian entri penghujung Jun. 



Notakaki: Doakan kesembuhan Nona ya


Post a Comment

6 Comments

  1. Harap2 cepat sembuhnya dan kembali sihat seperti biasa

    ReplyDelete
  2. Nasib baik selera makan ok tapi waktu selsema pula makan makanan pedas, mengganggu juga. Hehe. Semoga cepat sembuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selera.. itu ler.. pedas noo.. letak sikit je pastu.. huhu

      Delete
  3. Engko demam tu lepas balik dari tengok wayang ke Non? huhuhu... baik buat selfkit Non... moga cepat sembuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh x la . mmg dh start selesema dulu... before tgk wayang tuh

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .