Dinner Sup Tulang Merah kat Mai's Kitchen, Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor || Hai, Sihat semua? Moga bebaik aje ye. Ini sebenarnya cerita sebelum bulan puasa lagi. Baru nak story.. Member aku ajak singgah dinner sambil berborak kat salah satu restoran yang ada kat area Kota Masai tuh. Namanya Restoran Mai's Kitchen. Aku teruja sebab situ pun antara kawasan yang baru nak membangun. Pelbagai kafe dan restoran menarik telah dibuka termasuklah kafe Youtuber terkenal si Aqil tu, 17th Street Cafe & Barber
Sebelumtu, jom baca: Khasiat Daun dan Biji Ketumbar
Dimulakan dengan bismillah, sesedut air dan makan!
Sup Tulang Merah
Serious, sedap rasanya! Kuahnya tu sedap, agak pedas tau. Kak Ain cuma rasa rasa sikit je, lepastu tak makan dah, aku lah melantak ini sup tulang merah! Kalau kat rumah makan ni, habis semua aku ratah kot. Tapi kat kedai, nak makan ni kena berjaga-jaga. Jaga kesopanan dan kesusilaan. Mana tahu ada jodoh nampak. Tibberr!
Konon aku tak nak makan berat. No nasi. So pilih maggi goreng berserta ayam...Sekali ayam besar datang daaa..Haha....Pedas yang memuaskan hati. Boleh pilih nak kepedasan tahap berapa. Nice.
Side dish mesti ada. Ini memang sedap aje kat tekak...
Kat bahagian dalam ada jugak disediakan meja camtu. Duduk lantai, bersila ala-ala orang Jepun. Kalau nak duduk kat kerusi dan meja macam biasa pun ada. Don't worry. Nampak haritu Haji Nabil datang singgah sini. Tak sure masa tu program apa...Aku tengok story IG nya je.
This one lah kak Ain yang belanja saya malamtu.. Terharu Nonaaaa... Dia yang cakap sini sedap.. Moga sihat terus, dilimpahkan rezeki, dikurniakan kesabaran yang tinggi, dipertemukan jodoh tahun 2022 ni dan mendapat keberkatan hidup dunia akhirat. Amin!
Overall makan kat sini okaylah to me. Harga pun tak terlalu pricey. Harga standard kafe kafe zaman sekarang. Kalau korang nak ushar-ushar, boleh singgah Instagram Mai's Kitchen ye.
18 Comments
Nampak sup tulang merah tu terus kecur tau. Didoakan lagi sekali Dik Non datang dengan jodoh laaaa..
ReplyDeleteKecurrrr kann... Kena carik la kalau dah kecurrr.. hehe.. Amin doanya.. Amin
Deletealahai... jauh la pulak nak rasa sup tulang merah tu
ReplyDeleteYe kan.. Jauhhh.. Kalau ada jalan jalan ke sini... Leh try ler.. hehe..
DeleteNak terkam sup tulang merah dengan sambal dekat ayam tu...menggoda... menggoda!
ReplyDeleteWow.. rasa nak terkam ek.. haha... Betul tuh.. Menggoda woooo
DeleteOoo nanti boleh try laaa sini..
ReplyDeleteBulehhhh.. Hewheww.. Silakannn
Deleteterus rasa lapar tengok sup tulang merah tu :)
ReplyDeleteKannn.. saya jugakk.. haha
Deletenampak menyelerakan & nampak pedas jugak tu...
ReplyDeleteHa ah, betul tuh!! Menyelerakan wooo!
Deleteboleh try ni.. bila2 datang Masai
ReplyDeleteWahhh.. bebila marilah try... hehe..
DeletePehhh nmpk menyelerakan pepagi singgah blog kau ni non.
ReplyDeleteKannn.. sabo jela pepagii nengok. hahah
DeleteMerah menyala. Tidak pernah makan sup tulang merah. Hehe agaknya kalau makan tidak sopan habis mulut warna merah.
ReplyDeleteHehehe ..sup tulang supp tulang jgk .kesopanan masa makan tetap kena ada kan .hehehe
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .