Fakta Menarik dan Kelebihan Kedai Emas Miragold

Fakta Menarik dan Kelebihan Kedai Emas Miragold

Fakta Menarik dan Kelebihan Kedai Emas Miragold || Emas merupakan salah satu barang yang tiada nilai susutnya. Panaskan emas tu, mesti jadi emas semula. Itu untuk emas original ya. Kalau fake, sekali bako, cair terus! Takda ruginya beli dan simpan emas.  Cuma kalau dah sampai had beratnya, sila ler bayar zakat yang ditentukan.

Nona peminat emas?? Saya minat tengok, dan one of pengumpul goldbar actually sebelumni. Cuma memakai barangan kemas tu jarang sekali. Tapi kalau dibagi tengok banyak kali, nanti aku jadi nak sangat beli. Hahaaa…Habis semua aku belek japgi!

Miragold

Awww, besaqnya kilau kilau cincin Nona dari jauh nampak dahhh!

So harini nak story pasal  kedai emas yang buat aku teruja dek kerana banyak betul kelebihan dan perkara yang menarik bila masuk kedai emas Miragold nih! Saja ler singgah sebab tak pernah pergi cawangannya kan. Emas pun lama tak beli. Nak jugak tahu perkembangan fashion emas terkini. 

Alang-alang tu teringin benar tengok apa kelebihan Kedai Emas Miragold ek.. Hehe… Aku singgah kedai emas Miragold yang berdekatan dengan rumah je, cawangan kat Kota Masai, Pasir Gudang, Johor. Lagi satu cawangannya kat Bandar Baru Uda nun.

Masuk je sana, mood nak jelajah seluruh kedai emas tu tetiba bertambah. Hahaa.. Kenapa aku cakap macamtu? Sini aku share sebabnya dan kelebihan kedai emas Miragold:

 1. Staff Miragold yang Friendly

Senyuman manis menyapa aku masa masuk ke kedai, Nampak semua muda-muda fresh muka yang melayan aku. Pertanyaan aku dijawab dengan baik. Aku mintak nak test itu ini, mereka layan baik semuanya. Siap aku usik bergurau pun dorang ramah melayan oi. Ni syok nak sembang banyak. Haha…

Bukan setakat mulut manis nak jual barang tau, staff Miragold ni banyak jugak share info yang bila aku dengar, ehhhh..macamtu rupanya. Kira info dan ilmu untuk customer. Disebabkan layanan baik ni buat aku rasa..Okay, nak duduk lama sikit dalam nih. Tinjau tinjau barangan kemas terkini.

Miragold

2. Emas Tanpa Upah

Ini dari sebelum aku sampai sini sampai dah masuk dalam, teruja nak tahu! Lepas diexplain, okayy serious, memang ada emas tanpa upah ler kat sini tapi tak kesemua barang tanpa upah. Boleh tanya dan survey dengan staff yang mana satu emas tanpa upah okay. 


3. Banyak Design Terbaru dan Terkini

Ini yang kita mahukan! Barangan kemas yang banyak pilihan design terbaru serta trend terkini. Geram!  Rambang mata bila perhatikan satu persatu design yang kuberkenan. Ada orang suka minimalis, atau yang besar gedabak dari jauh dah nampak. Terpulang individu memasing.

Aku pulak terliur tengok design dari Dubai. Nampak menarik pada mataku. Haha.. Belum tengok cincin yang siap berdiamond batunya. Adeh, betullah rambang mata jadiknya! 

Emas

Koleksi from Dubai, pattern camni tau.

Cincin emas
Diamond!

Emas


4. Trade In Tertinggi Setiap Masa

Emas dah lama nak trade ini digantikan dengan yang lain? Silakan! Kat sini memang kadar trade in yang tinggi berbanding beberapa kedai emas yang lain. Boleh datang dan tanya mereka pasal hal ni.

 Nanti dorang akan try panaskan barangan kemas lama tu untuk tengok keaslian dan keadaan emas tersebut sebelum betul-betul ambil untuk di trade in.

TRADE IN (Tukar emas lama ke baru) : RM230/g

Untuk emas lama yang ingin dijual atau tukar kepada wang: RM225/g

Pahat Mata Ikan

Ini namanya Pahat Mata Ikan


5. Tukang Emas yang Professional

Bukan calang-calang. Miragold mempunyai tukang emas professional yang memiliki 14 tahun pengalaman dalam dunia emas! Segala selok belok pasal emas dah dikira expert lah.


 Pandora

Cute, kan? Letak kat half leather pandora yang ada kat sana. Kumpul dan susun cecantik. 


6.  Servis Ukiran Nama

Ini paling aku suka! Kalau yang mengenali aku mesti tahu aku suka benda yang boleh customized camni. Barang kemas boleh customized nak letak tulisan atau perkataan apa pun kat situ. Kat sana ada mesin untuk mencepatkan proses. Contohnya, pagi hari buat order, nanti petang dah siap. Al-maklumah, adakalanya customer suka benda last minute. Baru teringat birthday isteri la..itu la..ini la..HAHA. Betul tak…

Customized gelang

7.  Keistimewaan Buat Mereka yang Berdaftar Menjadi Ahli Miragold.

Untuk pertama kali mendaftar, kad keahlian berharga RM29 sahaja. Kemudian RM10 untuk renew setiap tahun. Ya, bila dah memiliki kad keahlian ni, kita boleh dapatkan harga isitimewa yang ditawarkan tau.

Untuk Pemegang Kad Ahli Miragold:

Normal Item: RM274/g

Exclusive Item: RM284/g + upah

Jika bukan ahli, tambahan RM5/g akan dicaj.

Lepastu, jika ahli mencapai sebanyak 25000 point, 1 gram goldbar 999.99 PERCUMA boleh ditebus!!! Wahhhh, best, best tuh!

 

8. Pelbagai FREE Gift untuk Customer

Tanya je dengan sesiapa yang pernah buat pembelian kat sini, mesti dorang mengiyakan jugak. FREE gift buat customer tercinta yang dihargai.

Seperkara lagi, jika membuat pembelian 1 gram goldbar 999.99 selama lima tahun berturut-turut, nanti next tahun keenam tu, pihak Miragold bagi customer 1 g gold bar 999.99 secara FREE!! A, free je!Tawaran yang menarik ekk! Buat aku rasa nak simpan jugak goldbar Miragold nih! Fuhhyooo!

Goldbar

Goldbar Miragold

 1 GRAM = RM390

Bagaimana dengan Sistem dan Suasana kat Kedai Emas Miragold?

1.       Menggunakan Sistem Nombor

      Sungguh teratur! Ini first time aku datangkedai emas, tengok ada disediakan sistem nombor giliran. Hal ini bagi memudahkan para pelanggan agar tidak menunggu lama dan keadaan lebih teratur. Bukan apa, aku pernah jugak Nampak… orang lain sampai dulu tapi sebab terlalu ramai so berlakulah potong memotong que. Lorh..

Miragold 

2.       Suasana Kedai yang Cantik dan Selesa.

Bukak je pintu masuk, lampu chandelier besar terjurai depan mata. Awal awal dah berkilau mata kita wak! Haha.. Interior design dan warna dalamtu menyejukkan hati pengunjung yang datang. Luas dan sangat selesa lah! Penat menunggu? Banyak kerusi disediakan. Toilet dan surau pun tersedia buat semua tau. Aircond? Of course! Hehe. Senang cakap, selesa dan mudahlah berkunjung ke sini!!

Oh yaaaa, cawangan ni ada dua tingkat tau. Part cincin dengan gelang tangan banyak pilihan kat ruangan atas. Barulah tak bersesak sesak antara semua. Gituh!

 miragold

Suka sangat berada dalamni! Macam nak duduk situ lagi! HAHA

Miragold

'Saya tak tahulah saiz dia ni berapa, tak sempat ukur guna benang...'

Haaaaa, sini ada barang pengukur jarimu. Tadah je jari tu, tengok mana saiz yang ngam. 


Bagi korang yang mungkin tak berapa mengenali dorang, meh aku highlight sikit. Miragold bermula daripada jualan secara online. So hari hari dorang buat LIVE tanpa missed! Aku pernah tengok dan menarik ya LIVE yang dibuat. Bukak je IG, ada dorang post video LIVE. Kadang ada promo, contest, giveaway. Best bestlah kalau join tu! Sila-silap terborong barang kemas. HAHA...

Miragold

Ini one of feedback yang Miragold terima. Penghantaran melalui online pun trusted ya. Don't worry, semuanya selamat sampai ke tuan masing-masing. 

Apa lagi, korang yang berdekatan, jom cari emas kat Miragold! Berbaloi baloi! Puas hati dengan servis dan barang kemasnya tau! 

MIRAGOLD
Pakar Emas, Idaman Wanita.

Ingat Emas, Ingat Miragold 😍
Hola, hola, holaaa! 


Meriah tagline! I like!

Miragold

Kedai Emas Miragold

Bertempat di: 
No 17A, Jln Ekoperniagaan 7, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor


Korang boleh rujuk info lanjut kat media sosial dorang:








Post a Comment

5 Comments

  1. Nak kena ada banyak RM baru boleh masuk kedai emas

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum nona....seronok bila masuk kedai ni rasa nak pitam pun ada memandang emas2 kat dalam tu...

    ReplyDelete
  3. Emas sekarang mahal betul, beli memang boleh jadi harta masa depan ...

    ReplyDelete
  4. wah menariknya especially kalau dah jd ahli

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .