Makan Makan Kenduri-an kat Tebing Bandar Dato Onn || Durian! Durian! Musim durian kan sekarang! Ada yang jual berlonggok-longgok tepi jalan, makan kat dusun, makan kat kedai. Eh banyaklah.. So baru baru ni Nona singgah satu kenduri, namanya Kenduri-an. Kenduri ni sekejap aje, sampai 30 Jun nanti. Benda lain seperti food truck dan jualan bundle tu masih beroperasi setiap hari yo. Kenapa namanya Kenduri-an tuh? Sebab kat sini lebih banyak jual buah durian dan makanan lain yang berasaskan durian. Tagline dorang: 'Durian Dulu Baru Kamu'. Hehe
Untuk buffet, satu tempat tu makanlah banyak mana pun tapi dalam masa 30 minit sahaja ye dan lagi satu tu kena buat timbangan durian. Kerusi, meja dan bakul nak buang kulit durian telah disediakan.
Inilah tukang belah buah durian tu..huhu..
Dia cakap, makan sampai kembungggg! HAHAHAHA
Durian kahwin namanya. Nanti penjual tu bagi durian kampung pulak. Haa..ada yang manis, ada yang lemak-lemak sampai memuakkan. Kahhh!
Manggosteen! My favourite ever!
Kat sini bukan sahaja ada buah durian tapi ada jugak buah buah lain seperti honeydew, manggis rambutan dan lain lain.
I told you makanan dan minuman berasaskan durian. Kan. Hamek, cream puff, egg tart, bomboloni, donut, air dan banyak lagi diselitkan perisa durian! Hahaha..Nice!
Aku dengan adik, bukan nak sangat makan durian sebab bukanlah terlalu hantu doyan cuma sebab ni first time datang Tebing Bandar Dato Onn, so buatlah aktiviti lain malamtu. Kitaorang naik beca yang khas datang dari Melaka dan kereta api unik. HAHHAA... Kat Melaka, tak pernah naik beca, try kat Johor ler.. Ada jugak permainan macam skuter, kereta dan motor mainan elektrik untuk budak-budak. Selain tu, kawasan Tebing Dato Onn ni kalau takda 'Kenduri-an', memang sekitarnya ada banyak kedai makan serta food truck, petting zoo, dan pelbagai booth yang buat jualan pakaian bundle yang dibuka setiap hari bermula jam 4 petang sehingga 12 malam.
Makan makan sambil dengar penyanyi buskers. Gituh! Kedai makan kat bangunan putih yang ada kat situ. Nampak menu sedap sedap belaka oi! Overall, puas hati sungguh singgah sini! Anak-anak mesti happy. So maybe next time bolehlah aku lepak lepak sini kalau nak lepak jejauh sikit..HAHHA... Macamlah gigih Nona nak hadap jalan atau jammed ek.
Orang Johor, atau sesiapa yang berminat, ayuh terjah makan makan kenduri-an kat Tebing Dato Onn, Johor.Tamat pada 30 Jun 2022 nanti. Start dari pukul 4pm sehingga 12am.
11 Comments
Haaa.. nampak semalam dan tahu, tapi belum ada hati nak pergi sebab takut nanti ada yg kenduri tahlil pulak.
ReplyDeleteHaha.. Adoyai..Risauuu pulak kitaaa ek
DeleteMaaaaakkkk! Nak durian...adeehhh!
ReplyDeleteHaha.. sana takda kan... Ce cari cari pelosok pelosok mana...
Deletebestnya kendurian :)
ReplyDeletemaaakk aaiii meriah nyaaaa oiii!! Syiok ar dapat lepak sini
ReplyDeletebestnya mkn duyan
ReplyDeleteWahhhh, yang dekat ni pun tak sempat singgah. Haha plan nak singgah, tp tak sampai juga hahaha.
ReplyDeleteKan. Ko dekat kan... Haa.. singgah lerrr sehari.. Hahaha.. Petang sampai malam.. sana ada surau dan toilet... Selesa aje rasanya
DeleteIngat kenduri kahwin rupanya kenduri durian.
ReplyDeleteSemua orang boleh datang.
Dapat pulak makan durian isi tebal kekuningan tu memang puas laa
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .