Breakfast dengan Salted Egg Yolk Croissant Richiamo Coffee || Morning sunshine semua! Harini aku bersiaran dari Richiamo Coffee, Taman Kota Masai. Saja nak breakfast seperti omputeh. Jarang berlaku. Selalunya mesti nak makan nasi goreng lah, mee goreng lah.. Haha.. Kalau diet pun, mahu berketul ketul Chicken wrap or apa apa wrap aku makan..
Alhamdulillah, alas perut. Terupdate jugak blog aku ni kan. Tengah busy nak siapkan beberapa draft dan task sebelum bercuti 30hb, public holiday Sabtu depan.
Salted Egg Yolk Croissant (RM7.90) dengan Cafe Latte (RM7.90). Baru perasan sama harga ek! Kemain kau Nona, breakfast je dah belas belas untuk sorang! Takpa, lagi empat hari masuk salary! Hahaha..
Tengok, ia mencair beb! Sapa yang tak suka telur kuning maybe tak rasa sedap lah menu ni. To me, bila telur kuningnya dah mencair gitu, aku jadi lebih suka!!! Shedapppnya!
Settle urusan servis kereta pagi ni dan breakfast dengan menu sedap ni. Syukurlah apa adanya.
Notakaki: Dalam proses bertenang untuk hadap semua task sebelum due date dan holiday trip! Doakan dipermudahkan urusanku! Thanks.
10 Comments
Pergh!! Mengancam tu.. Sama harga roti dan air ye.. hehehe.. sesekalikan..
ReplyDeleteSemoga dipermudah semua urusan sis.. Aamiin..
Ya.. sama ropanya.. Amin doanya.. Terima kasih ye
DeleteHebat awak
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan segala urusan mendatang
Terima kasih . err.. biasher biasherr jee.. hahaha
Deletemak aih...menggodanya sarap dia...
ReplyDeleteMesti ko tengok roti aku kan Non, so kau cuba hahahaha sedapkannnn
ReplyDeleteHahaha.. Iya... Betul tuh!!!
DeleteSesekali breakfast ala orang putih why not kan nona. Tak pernah lagi kopi kopi di Richiamo. Nak try jugaklah nanti. Semoga Allah permudah segala urusan nona.
ReplyDeleteHa ah, sesekali. Apa salahnya . Kan..Huhu
DeleteSesekali breakfast ala orang putih why not kan nona. Tak pernah lagi kopi kopi di Richiamo. Nak try jugaklah nanti. Semoga Allah permudah segala urusan nona.
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .