Buffet Dinner Sedap Johor di BLD Cafe, Hotel Renaissance Johor Bahru || Kisah sebelum raikan Aidiladha haritu, aku dengan beberapa team JDT Blogger datang singgah makan kat sini. One of my favourite hotel ler. Rinduuu nak makan sini, ngam lah tengok tengok sekarang ada harga berbaloi dengan menunya, siap 35% diskaun untuk yang jadi member club kat sini! 😍
Dari menu nasi-nasi, mee, lauk pauk Melayu, makanan Jepun, Thai food, Seafood on Ice, Indian food, salads, desserts, semuanya pasti memuaskan. Berbintang bintang mataku makan kat sini sebab terasa nikmatnya.. 🤩 Gituhh!
Portugese Lamb Grill
Lembut, juicy, mengancam behtol lamb tuhh dan seluruh isinyaaaa! Sebelah Portuguese Lamb Grill, ada Portuguese Baked Seabass. Fuh, aku terasa lapar balik masa menaip nih, Adoi..sabar jelah!
Briyani Maqlubah
Nasi tu sedap, digaul bersama bahan lain dan kuahnya, padu beb! Nak tambah lagi tapi banyak menu lain yang aku nak try so buat rasa rasa lah yang ni...
Barbeque Chicken Pineapple
Ehhhh, sedap jugak resepi ni! Nak ayam BBQ, nak nanas...Haaa..sekalikan camni terus!
Laksa Johor Pizza!
Aku kurang minat laksa Johor, tapi Laksa Johor Pizza ni, aku ngam! 😄
Seaweed Tortilla
Blogger kak Suzi cakap sedap, aku pun lajuuu try!!! Bukan sahaja seaweed Tortilla je yang ada, original tortilla, kari dan cheese tortilla pun ada tau! Ini sedap sangat, memang betambah kalau makan sambil berborak. Nikmat bila makan dengan sosnya tuh.. Aku campur je dengan guacamole, tomato salsa, dan chili garlic mayonnaise. Paduuu! 👍😋
Deep Fried Fish Tomato Basil
Ikan Asam Pedas
Seafood on ice!
Ehhh, banyak sangat menunya yang halal dan berbaloi untuk dimakan kat sini!!!! ❤️
Terdapat menu lain seperti salted egg slipper lobster, spaghetti, daging masak lemak cili padi, rendang itik, sotong Ala Thai, papaya Thai, kerabu udang mangga, lamb tandoori, mussel cream butter fennel, vegetable moussaka,Wok fried broccoli with black muhsroom, 'Lo Zhi Ji' chili chicken, laksa Johor, pelbagai mee, pelbagai salad, pelbagai cheese, sushi, buah-buahan dan desserts yang enak belaka beb! Senang cakap, menu yang takkan merugikan diri sendiri! Hihi...
Cuma untuk seafood on ice tu, Oyster available pada hari Jumaat dan Sabtu je tau. Hari lain memang takda oyster tu okay! Jangan dicari pulak kalau datang hari selain Jumaat dan Sabtu.. Huhu.. Ini dalam tempoh promo yang dibuka sekarang lah..Next lepas promo, tak sure lah macam mana ye.
Buah buahan ada, nangka sini sedap!
Pulut Tai Tai
Blogger Sis Lin bagi rasa yang dia ambil, ehh shedap! Haruslah daku try sebiji lagi yang lain! Atas tu topping kaya pandan.
Durian Bunga Telang, Kek Pandan Gula Melaka, Koci pun ada. Beberapa kuih muih tradisional disediakan untuk semua.
Minuman pun pelbagai. Nak mengopi pun ada. Aiskrim, dan ABC turut tersedia.. Barulah mesra tuk budak budak namanya kalau ada macam macamni 🤗
Mantap! Menu pun ada sedikit perbezaan la hari Jumaat, Sabtu dah lain hari ye.. Berbaloi dengan harga yang ditawarkan dan memang halal ya buffet dinner sedap Johor di BLD Cafe, Hotel Renaissance, Johor Bahru ni 💓
🎀 Lokasi: CAFE BLD, Renaissance Hotel JB
📢 Sunday to Thursday (Ahad-Khamis)
Masa : 6:30pm to 10:00pm
Harga: RM98 nett per adult
RM49 nett per children (6 to 12 years old)
📢 Friday & Saturday (Jumaat & Sabtu)
Masa : 6:30pm to 10:00pm
Harga: RM138 nett per adult
RM69 nett per children (6 to 12 years old)
💥 35% discount for Club Renaissance Johor Bahru member
❤️Whatsapp for any questions:
❤️Booking or refer:
❤️Visit website:
Settle semuanya, amek pulak kek Lapis Sarawak dari blogger Johor asal Sarawak,
Blogger Cik Sun 😄. Itu cerita lain! Hehee... Lebih banyak gambar kat Facebook tau ✅
Notakaki: Tahniah Renaissance Hotel, dah dapat Halal Certified, dan ada General Manager baru! Chef pun helok!
12 Comments
Wow 1st time nampak laksa johor pizza..nampak sedap semuanya
ReplyDeleteHa ah.. sedap semuanyaaaa! Nyummm!!
DeleteThe Portugese Lamb Grill is wow..
ReplyDeleteMost are the food looks so yummy
Alhamdulillah, wow and memang yummyyyy 🤩
DeleteMeriahnya menu
ReplyDeleteGemuk nm nanti
Hahaha.. raikannya 🤩🤗
Deletesedapnya tengok gambar.... boleh dipertimbangkan ni..
ReplyDeleteHehe.. Yess.. so shedap!!! Sila pertimbangkan tauu...
DeleteDeep Fried Fish macam sedap sangat je tu
ReplyDeleteMemang sedap, yang saya letak gambar dalam ni, antara pilihan makanan saya.. heee..
DeleteSemua sedap-sedap, memang tak pernahnya tak sedap kalau makan di sini kannn..
ReplyDeleteMemang sedappp betul... Yas.. tak pernah tak sedap.... Shemua sedap menyelerakan 🤩
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .