Kali Kedua Makan Malam di Gerai Silver Fork, JB

Kali Kedua Makan Malam di Gerai Silver Fork, JB

Kali Kedua Makan Malam di Gerai Silver Fork, JB || Alhamdulillah. Baru baru ni amek cuti sebab ada job tepi sebagai blogger. Gituh! Hahaa.. Settle dalam jam 6 petang camtu, terus cari menu dinner. So ke sinilah kami. Kali pertama makan malam kat Gerai Silver Fork JB tu bersama sama geng JDT Blogger, tapi kalini ajak adik pulak singgah. Nak mintak adik bagi feedback pulak... 

Nasi Geprek

Nasi Geprek adik punya


Spaghetti Aglio Olio

Spaghetti Aglio Olio saya punya

Sotong Celup Tepung

Sotong Crispy makan bersama

Teh Vanilla

Teh Vanilla Float

Alhamdulillah, sedap sedap makanan kat sini.. Berbuih buih air siap aiskrim! Kalau makan nasi, berulamkan air tu, cepat sangat rasa kenyang woo.. Spaghetti Aglio Olio pun sedap rencahnya, terasa pedas pedas gitu. Nasi Geprek siap dengan keropok moni nampak meriah. Adik aku cakap sedap, kuahnya pedas betul ✅ Manakala sotong rangup tu didatangkan dengan sos, mayonis dan kuah macam kuah geprek cuma kurang sikit kepedasannya.. Cicah sotong dengan semua bahan tu,  terasa menyelerakan 👍

Gerai Silver Fork, JB

Kalau orang tak tahu aku gi dengan adik, mesti timbul gosip Nona pergi dating dengan laki bla.. blaaa..bla.. Haha.. 

Yang belum pernah singgah sini, try waze G5 Hotel. Nanti berhadapan dengan hotel tu mesti terjumpa tempat ni. Untuk parking, kalau kita nak makan kedai ni, dorang akan alihkan tong yang mereka jadikan sebagai penutup parking kat tepi kedai. Bagitau pihak kedai bahawa kita nak makan kat Gerai Silver Fork ni, mesti dorang laju je open parking for us.  🤩 So settle bab tuh. 

Haaaa, tempat ni berdekatan Restoran Banafe JB tau.. Memang kawasan situ banyak kedai makan. Bagi sesiapa datang area sana, bolehlah try makan malam kat kat Gerai Silver Fork, JB ni ye... 




Notakaki: Mana pergi mood diet seketul Nona entah




Post a Comment

6 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .