Sambut Birthday kat Ads ll Taman Kota Masai, Johor || Alhamdulillah. Share sikit kisah minggu ni di mana aku dengan member sambut belated birthday kak Ain. Orang lain busy nak raya Aidiladha, aku nak throwback kisah surprise birthday pulak! Hahahaa..
Ini actually lepas beberapa hari birthday kak Ain, Marlissa ajak celebrate, aku onz jer..Tempat aku cari. Ada dua, sama ada nak Sampan Seafood Shell Out atau yang ni... Aku tunjuk dorang gambar air buih buih tu...Huhu..Menggoda weh!
Sampai je kat sana, kami disambut oleh Robot Optimus Prime... Badan sado! Hahaa.. Actually ni first time nak try kat sini dan Ads Corner ni merupakan kedai makan yang baru dibuka kat Kota Masai nih. Cawangan pertama ada kat Kebun Teh sana. So nak tahu jugak cawangan kedua ni macam mana tempatnya.
Yang diraikan, Cik Nurul Ain.
Happy Belated Birthday sis. Semoga dilimpahkan rezeki, dipertemukan jodoh tahun 2022 ni dan semoga terus kuat semangat dalam kehidupan. Amin!
Surprise! Aku tak bagitau Marlissa nanti ada surprise yang aku nak buat. Dorang berdua terkejutz tetiba reramai orang dalam kedai tu nyanyikan lagu Birthday tuk kak Ain!!! Hahaaha..Segan mereka...Merah muka tahan malu. Kek pun mintak team dorang belikan walaupun kak Ain sendiri kerja kedai kek. Huhu... Janji sedapp!
Menu kami yang padu malamtu ialah Nasi Kak Wok Ayam Percik (RM12.50) , Nasi Kukus Daging Bakar (RM11.50), Nasi Kerabu Ayam Percik (RM13) , Teh Hijau Madu! (RM6). Untuk air, aku order kopi, kak Ain order air limau je. Air Teh Hijau Madu yang Marlissa order tu mantapp! Aku nak je minum tapi tengah tahan tahan ni . Haha..
Nona makan apa?? I makan kukus kukus... (Konon diet). Nasi Kukus Daging Bakar tu... Walaweh, sedap! Harga tu sesuai la dengan kesedapan tersebut.
Alhamdulillah sedap makanan kat sini, not bad cuma tempat tak beraircond. Harga ada sedikit pricey bagi aku tapi sebab faham harga barang pun sekarang banyak naik dah.. So ok je nak try.. Oh ya, walaupun tak beraircond, ada kipas besor kat sini macam kat Legoland tuh.. Still rasa berangin, taklah panas berpeluh masa makan tuh..
Dari pandangan luar time siang hari.. belum ada signboard. Kalau tak nampak robot tu, aku pun tak berapa cam mana satu kedainya.. 😅 If ada yang berminat nak try celebrate birthday kat Ads ll Taman Kota Masai ni, boleh singgah ke alamat berikut:
Kelantanese Malaysia Fusion Cuisine In JOHOR BHARU ❤️
Cawangan ADS II (Terbaru!)
🗓 No. 55, Jalan Ekoperniagaan 2, Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor Bahru
Waze : ADS II (NASI KAKWOK & CHAR KUE TEOW LOBSTER)
🚩 belakang Kedai Ten Ten Kota Masai
⏰ 8.30 Pagi - 10.30 Malam (Setiap Hari)
☎️ 013-9204376 (Whatsapp)
🔋Rehat (Solat Jumaat)
Cawangan Ads Corner (Kebun Teh)
📍 No. 44, Jalan Kebun Teh 1, Pusat Perdagangan Kebun Teh (sederet 7E)
⏰Jumaat Tutup
⏱10am-7pm
4 Comments
Rupanya sedia makanan Kelantan.
ReplyDeleteTarikan robot Optimus Prime.
Wah macam sedap je menu dia kat situ. Sesekali celebrate birthday luar memang best. Happy belated birthday pada yg diraikan.
ReplyDeleteSemoga panjang umur dan murah rezeki hendaknya buat yang diraikan
ReplyDeleteHbb cik nurul ain
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .