Singgah Jalan Jalan Bazar Karat JB || Lamanya tak singgah Bazar Karat JB! Jujur aku bagitau, ini merupakan kali pertama aku drive sendiri ke sini. Walaupun aku orang Johor, Bazar Karat JB bukan tempat yang selalu aku pergi.. Kalau ada yang ngajak barulah aku follow je. Aku pun tak alert sebelum ni park mana yang boleh atau tak.. Yang pasti, berisiko kalau kat double line la.. Nanti ada yang datang perhati. Park kat City Square kena bayar parking, so park kat depan deretan kedai yang kebanyakannya dah tutup di malam hari. FREE je, tak payah letak kupon kereta sebab sudah malam dong..
Jalan jalan sikit, buang lemak setelah menternak lemak kat Gerai Silver Fork petang tuh. Memang tabu dah cantik tapi tak terpergi pergi jugak. Baru baru ni ada kesempatan sebab dah berdekatan, singgahlah ke sini. Tujuan utama adalah mengambil gambar di kawasan yang ada props cantik..Menarik tengok tulisan dan props berlampu kat sana.
Monumen berlampu jelas tulisan 'SEGGET'
Jongkang jongket pun nak berlampu. Kemain eh!
Sini ler yang adik aku nak sangat tu bergambar! Hahaha.. Adik teringin, akak pun naklah jugak!
Lampunya nanti bertukar tukar warna, tapi aku nampak macam banyak kali kaler nih..Huhu
Bazar Karat JB 2022
Setelah bergambar, cuci mata lah pulak..Cuci mata tengok barang, bukan jodoh. OPS!!! banyak sungguh barangan yang dijual, tak ketinggalan dessert seperti kek, air minuman dan buah potong. Ada jualan bundle, barang baru, dan banyak lagi. Kat sini terdapat pentas hiburan, dan kedai makan. Meriah tau walaupun belum tiba hujung minggu. Rasa sesak tapi masih boleh bernafas dalam keramaian orang yang berkunjung sini
Tepek satu gambar OOD!! Hihi..
Puas hati malam tu jalan jalan Bazar Karat JB meskipun besoknya kerja sebab kami sampai awal sana, dan takdalah beli apa sangat pun... Fuh, lega selesai pergi, parking dan balik dari sana..
Selepas JB, jom try ke Pahang pulak. singgah Tempat Menarik di Maran
Notakaki: Banyak lagi tempat dalam Johor ni belum kuterokai sebenarnya 😅
10 Comments
Lama tak jalan jalan bazar karat. Tp selalu je pergi bandar, urusan kerja. Cuma tak smpat nak jalan jalan situ 😂
ReplyDeleteHaa.. sila ler take time singgah jalan sana.. hehee..
DeleteWak pun dah lama tak down town jb
ReplyDeleteWah, berapa lama tu... Sila lerrr.. sesekali down town JB... Gituh
DeleteCantiknya bazar karat... x shopping tp bergambar je pn dh puas hati
ReplyDeleteHaha.. ye, dah dicantikkan.. betuk tu, dapat OOTD bergambar pun dah ok rasanya...
DeletePernah jejak kaki sekali je, kira ok la buat syarat nak tahu Pasar Karat tu apa hihihih
ReplyDeleteOkaylah tu.. jejak sekali.. buat kenangan.. hahaha.. Oh ya, ada orang panggil Pasar Karat... kan.. huhu
Deleteada pergi sebelum covid attack atau sebelum ntah...tapi masa tu takdelah lampu2 cantik gini. nak parking alahaiiiiiii...pastu kene buat one big round sebab dia buat laluan sehala je masa tu. tobat
ReplyDeleteHaaa.. bab parking memang lemmahh sikit rasa kan, tapi sekarang saya tahu dah, saya park je depan kedai kedai area situ yang dah bertutup... Jalan sikit... tapi okaylah.. huhu.. Skrg cantik sudah.. hehe
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .