Bercuti di Arena Sepang Resort, Johor

Bercuti di Arena Sepang Resort, Johor

Bercuti di Arena Sepang Resort, Johor|| Throwback kisah percutian aku bulan Jun yang lalu. Haa..alang alang September nanti ada cuti sekolah kan.. Kemana you all plan bercuti?? Nah, Nona share salah satu tempat yang boleh dan sesuai untuk bercuti. Rasanya ramai je tahu tempat ni.. Aku yang baru nak jejak..hehe.. Arena Sepang Resort namanya. Masih dalam Johor je tempatnya dan betul betul sebelah Lotus Desaru Beach Resort. 

Alhamdulillah, sekian lama tak join holiday beramai ramai dengan rakan sekerja sejak musim Covid. Syukur sangat cuaca elok haritu dari siang sampai malam dan keesokan harinya. Barulah lega sikit nak beraktiviti.. Cuaca panas lit lit masa sampai... Kawasannya bersih..Taklah nampak tin air bersepah sepah, toilet tak dicuci atau plastik sampah berterbangan. Okay je.. Bab view pulak, tidak secantik Pulau Tioman lah tapi sedang sedang, just nice untuk tenang tenang melihat laut. Ciptaan Allah yang aku suka..And best sebab  besok paginya dapat tengok sunrise. Hehe.. Dah lama rindu bau laut! Angin sepoi sepoi gitu, pokok rimbun rimbun dan pasir pantai yang halus.. Best lah bila pijak pasir pantai!

Jom Baca Juga: 10 Tempat Menarik Ipoh

Arena Sepang

Kemudahan dan Perkara Best Yang Ada

  • Laut berhampiran 
  • Swimming pool
  • Tempat barbeque disediakan
  • Tempat memasak
  • Pondok dan bangku depan bilik. 
  • Bilik Beraircond
  • FREE tempat parkir kereta

Senang sebab tempat barbeque bebetul depan bilik kami.. Nampak tak berhadapan tiang tu, ada satu tempat bakar barbeque.. Lepastu sebelah kerusi meja tu pun ada disediakan ruang kosong. Tinggal kita kena bawak barang lain untuk masak masak kat situ. Nice!!! Aku sebilik dengan Marlissa. Geng single.. Hahaa 

Gambar kedua tu adalah ruang dalam Mawar Chalet. Maaflah sebab dah letak segala barang, baru ada mood nak amek gambo oi. Water heater, kerusi rehat, aircond dan televisyen ada dalam bilik ni. Oh ya, peti ais takda tau. 

HARGA

RM180/NIGHT: WEEKEND & HOLIDAYS

RM150/NIGHT: WEEKDAYS

1 QUEEN BED + 1 SINGLE BED

Info dari Pihak Arena Sepang ☝️

Untuk jumlah yang lebih ramai daripada tiga atau empat orang dewasa, boleh pilih Melor, Melati atau Seroja Challet ya. 

📌 Harga bilik sudah termasuk dengan kemudahan luar seperti kolam, tempat BBQ, tapak untuk sukaneka dan tapak letak kereta sampai dalam 😊

📌 Deposit RM50 time ambil kunci untuk check in 

Kitaorang memang tak ada ambil pakej makan minum yang lain. Segala makanan dan minuman petang sampai besoknya tu kitaorang sediakan sendiri ye. Time nihlah baru aku kenal kenal dengan family masing masing, bersemuka anak beranak, bercerita topik lain selain pasal kerja, borak borak sambil membakor, memasak dan makan minum! 

Enjoy! Ada antara kami memang tak kenal antara satu sama lain sebab lakinya je kerja tempat kerja aku tapi bininya tak.. so aktiviti camni sebenarnya baguslah untuk kenal kenal dan cipta kemesraan antara satu sama lain. Gituh! Bergelak, bergambar dan berbual sama.. Idoklah krik krik aje ~

Arena Sepang

Sebahagian tulang belakang dalam percutian kalini. 

Petang masa semua dah sampai dan check in, kitaorang duduk berkumpul depan bilik.. Ada yang bawak beberapa jenis makanan. Duduklah makan minum situ. Aku bawak keropok lekor mentah..Abang Azni jadi tukang goreng..hehe.. Tempatnya agak tinggi untuk orang pendek cam i...Hahaa.. Padahal takut minyak memercik kann 😂 Dan mujur ada heater dalam bilik, sekejap sekejap buat air panas.. Bolehlah mengopi ker.. mengeteh ker....  

Sambil ada yang masak atau makan petang, kalau rasa nak ke laut, dipersilakan. Anak anak lah suka betul, mandi laut dan kolam yang ada.. Bergambar dan bervideo! Enjoy habis! 

Arena Sepang

Arena Sepang

Waktu membakar start pada 6.30 petang 👍

Ada ikan bakar, ayam, sosej, udang buttermilk pun ada woi... Haha.. 

Plan pada malamtu selain BBQ, just upacara tukar hadiah je sebenarnya yang mereka ramai ramai tahu dalam group but then salah seorang ahli, Jue namanya.. Dia PM tepi dan plan nak buat surprise birthday untuk husband dia yang mana one of pekerja kat tempat kami bekerja jugak.. 🤩

Lepastu, tahu pulak dari abang Azni bahawa haritu adalah wedding anniversary beliau and wife nanti.. Dia saja ler bagitahu..Aku suruh buat surprise bagi bunga dia tak mau.. Haha.. Aku cakap, kalau gitu tak buat pape ler..datang cuti cuti biasa je.. 

Jeng, jeng, jeng... tambah plan ler. Lepas beli kek birthday, kami beli sekali lah kek anniversary. Terkejutz memasing ada surprise!! 

Dessert

Semoga mereka terus bahagia, sihat dan ceria bersama insan tersayang. Bila ye Nona nak dapat suapan mesra macam mereka.. Hoho! 

Hadiah

Yay! Banyaknya hadiah saya! 

Inilah semua hadiah untuk aktiviti pertukaran hadiah. Ada tudung, tupperware, karpet dan banyak lagi ler! Syiokk! Oh ya, malamtu aku jadi emcee sebab aku ler yang bawak microphone siap leh kuar lagu tuh... Bahahaha. 

Selain surprise dan makan makan,  kami buat Tik Tok jugak tau.. Anak anak muda dan mak bapak join buat video. Aku ada post kat page Tik Tok haritu.. Malamtu kami ditemani bunga api yang dibakar penghuni bilik lain dari team lain. Maybe ada stok sebab baru je lepas raya Aidilfitri masa tu. 

Selesai semua aktiviti makan dan mengemas, kami singgah ke tepi pantai kejap, ada ler cahaya samar samar... Seronok si Aydan, anak kak Ina main pasir memalam.. Hahaa.. Aku pun suka tengok bintang.. Pijak pasir pantai memalam... Nice! 

Lepastu sambung borak pasal jodoh dengan yang lain pulak.. Al maklumlah, yang single masatu cuma i ngan Marlissa je.. Masing masing cerita pengalaman itu ini.. Hahaa.. Enjoy lah sampai kul 12 malam ui! 

Besoknya pulak, bangun awal untuk tengok sunrise! Dan sama sama buat breakfast. Awal semua bangun penuh semangat! Hehe! 

Sunrise

Sunrise! Favourite view! 

Johor

Holiday

Breakfast

Sedapnya semuaaa! I love it lah! Nona buat apa?? Buat air je.. Hahaahaha.. 

Bila dah kenyang, terjun kolam pulak sebab semalamnya tak rendam.. Saiz kolam not bad, luas jugak cuma tak terlalu besar lah. Kolam kanak kanak ada dua.. Seperti dalam gambar di bawah. 

Swimming Pool

Habis mandi manda, tup tup tengok beberapa barang telah selamat dikemas. Tapi still ada lagi tinggal air dan makanan sikit... So i sambung lagi mencekik....Aaaaa.. cuti ngan mak mak kan... Laju jer settle 😂

Arena Sepang

Syukur sangat dapat holiday sama sama dorang 😃

Okaylah, sebelum pulang, jangan lupa singgah office seperti dalam gambar di bawah untuk pemulangan kunci bilik. So far, so good. Tiada insiden kehilangan kunci. Syukur!

Arena Sepang Resort

Overall, semua okay dan selamat. Cuma toilet bilik kami tu lock digantikan dengan tali 😅 Okaylah, boleh jugak kunci pintu... Hehe.. Alhamdulillah ❤️ Settle semuanya, harap dapat peluang untuk bercuti sama lagi akan datang.  Korang kalau nak datang bercuti, bolehlah contact nombor yang tertera ye. 

Office Hour

10.00 am-12 noon
2pm-5.30pm

Lunch Hour

12.00 noon- 2pm

Contact Number

0197229103 (IFFAH)
0197892135 (WAHAB)







Notakaki: Singgah tengok buaya pulak lepas tengok laut 😂 Next entri cerita ehh! 





Post a Comment

17 Comments

  1. seronok ramai2 meriah je masak sama2 :)

    ReplyDelete
  2. syoknya makan-makan and dapat hadiah! baru taw ada resort nama Sepang kat Johor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. syiok! Haha.. ada resort nama tu.. lg satu, tg sepang.. pun ada... bukan kt kl je ada Sepang tau 😁

      Delete
  3. Replies
    1. Meriahhhh.. Hehe.. Kalau rindu, kena gi nih.. kann

      Delete
  4. seronoknya..bila gather2 mcm ni kan...best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, syukur... memang meneyeronokkan.. hehhe.. saya pun sukaaa.. dapat gather2 gini.... tak selalu berlaku...

      Delete
  5. Meriah sungguh ni. Lagi pulak ada buat surprise.
    Akak ni orang Johor, tapi dah lama keluar merantau. Jadinya baru pertama kali dengar nama resort ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa, meriahhh gitu... Sepraissss! Hehe...

      Sama saya.. jejak pun baru pertama kali.. hehe..

      Delete
  6. meriah..seronok cuti-cuti ramai-ramai macam ni..part tukar-tukar hadiah tu sis loike..hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, meriah.. memang seronok lelagi budak kecik pun ada ramai, kan.. hahaa.. sy suka tuuu.. part tuko tuko hadiahhhh.. heee

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .