Makan Asam Pedas Padu kat Restoran Hari Hari Asam Pedas Ikan Bakar Mersing || Salam 1 Ogos 2022. Dah beberapa hari sepi ye blog saya...Tuan blog pergi bercuti..Janji task bulan lepas settle...Ok lah. Hahaa..
Ini luncheon hari Sabtu, 30 Julai lepas. Asam Pedas sebagai menu kitaorang. Asam Pedas kat 'Restoran Hari Hari Asam Pedas Ikan Bakar Mersing' ni padu, memang padu!! Orang Mersing mesti tahu! Hehe.. Aku suka ler asam pedas sini..Cukup rasa masam, masin, manis dan pedasnya. Seimbang gituh. Tidak terlalu spicy atau terlalu masam 👍 Harganya pula berbaloi dengan rasanya..
Macam biasa lah, ada udang sotong celup tepung, sayur kailan telur pun ada dalam menu. Minuman ada pelbagai jenis. Ramai orang masa kami datang termasuklah team kami seramai 10-20 orang ni..so ada sikit lama menunggu tapi takpa, kita borak dulu reramai.. Huhu..
Suapan pertama dah rasa sedapnya asam pedas nih! Ikannya tak berbau hanyir, lembut dan menyelerakan lah! Confirm puas hati merasa asam pedasnya! Member kami yang berasal dari Mersing yang suggest Restoran Hari Hari Asam Pedas Ikan Bakar Mersing ni 😍 Thanks Itah!
Pilih nak makan ikan apa.. Fresh gituh. Kami beli ikan merah dan ikan pari. Ini kalau fikir takda hi tea petang tu, memang beli lagi rasanya.. Haha.. Buat bekalan sampai malam.. Kuah asam pedas tu buat cicah dengan roti pun sodap!
Terliur semula sis!
Alhamdulillah, kenyang makan sini 🤗
Bagi peminat asam pedas, bolehlah try makan ikan asam pedas padu kat Restoran Hari Hari Asam Pedas Ikan Bakar Mersing.. Suggested! 👍
Lokasi pula tepi pantai.. Ngammm! Waze je nama restoran tu.. Confirm jumpa.. ATAU alamatnya:
2A-6 kg, Kampung Seri Lalang Laut, 86800 Mersing, Johor
10 Comments
Asam pedas ,johor mesti sedapp ni
ReplyDeleteHehe.. ya... sedap Asam pedas johor... tapi tengok tempat gak. huhu
Deletewow..sedapnya..:)
ReplyDeleteSedap woo! Huhu
DeleteLain kali ke Mersing kita singgah ke mari. Hehe jauh jalan nona
ReplyDeleteHihi.. Silakan.. Ya.. agak jauh.. Sesekali gituu.. Orang ajak, kita g ler ..
DeleteJB ngan Mersing jauh x? eh..tiber...hahahaha....
ReplyDeleteAgak jauh, dalam dua jam lebih... huhu
DeleteSama ke asam pedas di Melaka punya?
ReplyDeleteAlhamdulillah nikmat makanan sedap. Suka asam pedas ikan pari, daging tetel.
Tak sama.. hehe.. Resepinya pun ada lain sikit... try ler..
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .