Makan Makan Arabian Food di Zaituna Restaurant, Johor || Ya Habibi! Throwback hari Isnin lepas, Nona makan makan Arabian food kat sini bersama family. Alhamdulillah, puas hati, sama feedback seperti kawan kawan dan relatives lain yang berkunjung ke Zaituna Restaurant. Before makan makan sini, Nona ternampak dalam status kawan Nona, Solehah tu celebrate birthday kat sini. Nampak meriah je ada pak Arab bergendang segala... Hehe.. Dia cakap lazat, dan dah dua kali singgah! Haruslah Nona try jugak! Finally, lepas ngidam makan nasi Arab! Lama betul tak makan Nasi Arab kat mana mana kedai..Kalini try Zaituna Restaurant pulak.
Sanggup tau aku ambil cuti hari Isnin, nak elakkan kesesakan masa sampai sebab kawan aku cakap, sini kalau hujung minggu memang ramai sungguh weh! Nampak nau lazat menunya ui! Jomm tengok aku makan apa sampai kembung perut! HAHA...
Nasi Arab.
Wajiblah try nasi Arab kalau datang kedai Arabian food. Cuba perhatikan bebetul, nasi dalam tu berlainan warna. Kan? Yaaa, sebab dalam tu ada tiga jenis nasi yang berbeza iaitu nasi Makloubah, Kabsa & Mandi. Ikut sunnah Nabi gituh, makan dalam dulang beramai ramai. (Jangan lupa selawat)
'Dulang Offer' ni, harganya RM65, terdapat dua lamb dan dua chicken berserta tiga jenis nasi di dalamnya tau. Sangat berbaloi, dalam buku menu tu tulis menu dulang ni for two person but kami boleh makan empat orang kot! Cukup mengenyangkan sampai malam! (Kami datang dalam kul 3 petang)
Apa rasanya? Sedap sangat! Isi lamb shank dan ayam tuh lembut betul. Katakan gigi tak banyak, still boleh makan dengan berselera sebab lembutt sangat! Tak bau hamis pun. Member yang katanya tak makan kambing pun tetiba leh telan ek menu ni..Huhu~
Keluarga Nona suka nasi Arab kat Zaituna Restaurant, gigi mak Nona yang dah tak kuat pun tetap boleh makan jugak lamb shank dalam nasi Arab ni.. . Aaaaa..memang padu!
Kunafa
Oh, begini rasa kunafa! Tak pernah beli kat memana, so kita try this one. Wow, not bad lah! Kena makan ngap dengan isi dalam tuh baru ngam. Jangan makan tepi tepi gitu je, tawar pulak rasanya! Haha~
Baklava sebagai appetizer.
Many types of baklava here! Perghhh, lazat, لَذِيذ, delicious baklava kat Zaituna Restaurant, JB nih! Rangup, isi pun banyak yang sedap, pelbagai flavour yang ada! I love most of the baklava here. Yang saiz kecik kecik tu memang sedapnya kat lidah dan tekak aku! Rasa nak kunyah sampai balik rumah...Haha! Nona memang peminat baklava ye tapi tengok juga isi dan flavour apa kat dalamtuh.
Chicken Sandwhich Shawarma
Ini pun not bad! So nice, isinya menyelerakan jugak.
Kalau tak makan ayam, kuranglah rasanya kan.
Cream Caramel
Manis dan sedap! My family loves this dessert too!
Okay, selain menu makanan Arab kat atas, we all try makan Pizza sini jugak ko
Margherita Pizza
Paduuuu meletops! Try ler rasai nikmat makan Pizza kat sini! Ehhh, siap order take away lah time nak balik tuh! Hahaa, maybe sebab lama jugak tak makan Pizza, and murah kat sini, haruslah take away..tak puas makan situ...Kah!
Nak jugak try burger. Agak kering tapi bila dah ngap semua sekali dengan mayonis, sedap jer!
Lepastu makan dengan mushroom soup. Haaaa, lagi nice! Air pun ada pelbagai jenis. Gambar bergegar pulak. Aku minum air Roselle, sedaplah masham mashamm gituh!
Nampak eksklusif! Terasa lah macam kat Arab jap. Tibber!
Terpulang kamu mahu duduk bawah atau duduk atas kerusi.
Bagusnya duduk ikut sunnah Nabi, kan?
Susun atur yang menarik, tengok sinki dalam gambar kat bawah pun menarik weh! Haha...
Love the sink design ni oi!
Nak baklava tu, nak yang ni lah, errr....nak semuaaaa lah!
Overall, aku memang suggest sangat Zaituna Restaurant ni kat koranggg! Sepupu sepapat aku pun selalu cari baklava kat sini.. Baru tahu bila dah post kat FB haritu.. Kiranya memang lazat (لَذِيذ), terbaiklah dan kena datang sini la bagi korang yang turun JB atau berada dalam JB ni ye...
Dibuka setiap hari.
Jam 11 pagi sehingga 11 malam KECUALI
hari Jumaat, open pada jam 2 petang sampai 11 malam.
Alamat: 27 Jalan Glasiar, Taman Tasek, 80200, Johor
17 Comments
Sampai sekarang terasa-rasa kesedapan baklava dia .. haritu singgah beli tapau lagi hahahaha... sampai cashier dah kenai ..
ReplyDeleteNi bukan tempat yg sama Sislin penah blog sebelum ni ke? Bila tgk nasi arab ni, terliur rasa sbb mmg kesukaan saya jugak.
ReplyDeleteYa betul tuh.. Saya baca blog dia tuhlah jadik teringinn.. Hahaa
DeleteSedap semua menu
ReplyDeleteterliur tgk.pizza.tu yummy
Ha ah, sedappp... Pizza tu lagi lerrr sedapppp! Hehee
DeleteBanyak Nona pesan tapi itulah alang-alang jalan jauh makan banyak nanti sampai rumah lapar balik. Hehe.
ReplyDeleteRamai buat ulasan sini sedap. Baca pos SK pun kata sedap.
Haha.. Ye jugak... kalau balik jauh, lapo semula .. Bagi tekak rasa shedap shedap sesekali gitu aje.. mantap.. kan.. hehee...
DeleteSedapnya..feveret nih..jarang beli kunafa, baklava..manis bebenor..
ReplyDeleteSedapp.. haha.. ya.. ada memang manis . lelagi kunafa.. kan
Deleteaduyai sedapnya nasi arab lamaa mama x makan, bila tgk makanan kat zaituna ni terus terliur la nona
ReplyDeleteWhoa... Boleh mencari tu Mama.. hehehe.. Nanti teringat ingattr...
DeleteSedapnyaaa nasi arab
ReplyDeleteSedappppp! Lazat Nasi Arab Zaituna ni.. huhu
DeleteSapa2 kalau turun JB bolehlah singgah ke Zaituna Restoran ni
ReplyDeleteYaaa, betul tuh... Bolehlah singgah.. heheh
DeleteSelamat menjamu,selera
ReplyDeletelamanya tak makan nasi arab.. kunafa smpai skrng busyra belum try sbb tak terasa nk makan..
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .