Selamat Hari Merdeka yang Ke 65 Malaysia!

Selamat Hari Merdeka yang Ke 65 Malaysia!

Selamat Hari Merdeka yang Ke 65 Malaysia! ||  Alhamdulillah. 65 tahun dah negara Malaysia merdeka daripada penjajah. Happy Birthday kepada ibu bapa yang menyambut birthday dan sama umur dengan tahun Merdeka! Kalau tengok video atau filem tentang kemerdekaan, boleh mengalir air mata melihat betapa susah payahnya para perajurit dan wira negara nak capai kemerdekaan. Kan. 

Apakah erti kemerdekaan pada awak semua? 

Pada tahun 2022 ni, ianya bertemakan slogan 'Keluarga Malaysia Teguh Bersama'. Ya, setelah berperang dengan isu Covid dan pelbagai hal lagi, sambutan Kemerdekaan kelihatan agak meriah ye tahun ni. Banyak jugak karnival dan pesta yang diadakan dalam Johor. 

Aku pun tak nak ketinggalan. Dari siang hari tercari cari kat mana agaknya tempat boleh tengok bunga api di ambang malam kemerdekaan. Ewah! Jauh drive sampai Educity kat Nusajaya nun. Hehe..

Rupanya terdapat banyak aktiviti yang diadakan seperti pameran kereta, motor, perlawanan futsal, bola sepak budak budak, pelbagai jualan makanan dan minuman serta pertunjukan bunga api atau in English, fireworks gituh! 

Merdeka

Dapat shot camni je.. Datang berdua dengan member.. 

Tujuan utama memang nak tengok bunga api je weh.. Semata.. Hahaha.. Dengor dengor kat dataran JB nun.... Bunga apinya dalam screen je...Err.. sabo jela.. Dahlah memang ramai betul masa lalu depan tu.. 

Educity

Educity Sports and Complex, Nusajaya, Johor. 

Happy National Day

Kibarkan Jalur Gemilang.

Tepek gambar kat tempat kerja haritu.. Semangat memasing kibarkan Jalur Gemilang, setahun sekali dua je kibarkan bendera Malaysia. Biasanya bulan Ogos dan Sepetember mungkin... 

 Syukur dilahirkan sebagai rakyat Malaysia. Semoga Malaysia terus aman makmur, ekonomi maju jaya, dan dilindungi Allah selalu.. Amin!

Nah, layan sikit video bunga api malam semalam 😍 
Aku tak join countdown sebab tunggu minuman Oreo float siap. Tup tup dah meletus! 😂 Laju on phone untuk record.


Selamat Hari Merdeka yang Ke 65 Malaysa!  Korang ke mana hari cuti nih.. Esok i dah kerja. So tak kemana sangat pun.. 

Post a Comment

9 Comments

  1. Salam kemerdekaan nona .. Rata2 negeri meriah je kan sambutan kemerdekaan ..ada perarakan kontijen , ada pebarisan dan yg dinanti2 semestinya tembakan bunga api

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah.. meriah tu . salam Kemerdekaan ye.. Tembakan bunga api pun sy nantikan.. hehe

      Delete
  2. Selamat Hari Kemerdekaan Nona! semoga negara kita terus aman dan makmur. Samalah, tido awal sebelum pukul 12 tak dan nak tunggu huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat juga ye .. Aamin! Err.. saya tak tido awal nau . Siap gi Educity tuu . hehee

      Delete
  3. semangat kemerdekaan sungguh. Merdeka!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... Semangat ler.. Ada masa mmg semangat..

      Delete
  4. cantik dh bungapi tuh,.,
    selamat hari merdeka dari wak diseberang ye., ;p

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .