Terbaik Aplikasi Perisian DewanEja 11 Berfungsi sebagai Penyemak Tatabahasa dan Ejaan! || Aktiviti menulis merupakan salah satu terapi dalam kehidupan selain daripada dapat menyampaikan info kepada yang memerlukan dan kadang-kadang dijadikan sebagai sebuah kerjaya. Penulisan boleh dibuat dengan menggunakan sebatang pen mahupun pensel dan juga secara menaip menggunakan komputer.
Harini Nona nak fokuskan tentang membuat penulisan menggunakan komputer. Ya, jika menggunakan komputer, aktiviti penulisan menjadi lebih mudah cuma adakalanya terdapat kemungkinan tersilap ejaan atau ayat semasa menaip. Bukan itu sahaja, malah penggunaan tatabahasa, perkataan atau pun ayat mungkin jugak ada yang kurang sesuai digunakan dalam penulisan. Hal ini boleh mendatangkan masalah kepada pembaca untuk memahami perkataan atau ayat yang disalah eja tersebut.
Oleh sebab itu, pentingnya buat semakan ejaan dan tatabahasa sebelum disiarkan. Kini terciptanya aplikasi perisian DewanEja11 yang berfungsi sebagai penyemak tatabahasa dan ejaan. Sudah tentu ianya dapat membantu menangani isu berkaitan kesalahan tatabahasa yang sering terjadi.
Aplikasi Perisian DewanEja11 ini disokong secara rasmi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Di dalamnya ini mengandungi Kamus Elektronik yang terdiri daripada kamus-kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), iaitu Kamus Dewan Edisi Keempat, Kamus Inggeris Melayu Dewan dan kamus-kamus lain seperti Kamus Melayu Cina dan Kamus Daftar Istilah.
Kalau nak tahu, dalam DewanEja11 terdapat ruangan yang menyediakan tentang peribahasa dan simpulan bahasa tau.
DewanEja11 dalam MS Office
Nona akui, MS Office digunakan untuk merangka sesuatu penulisan atau data. Sebagai contoh, Nona gunakan Microsoft Word supaya senang nak buat pengiraan berapa patah perkataan Nona telah taip.
So Nona mestilah gunakan MS Word. Bila ada perisian DewanEja11 ni, ianya dapat menolong Nona dengan cara membuat semakan pada ejaan dan tatabahasa yang salah atau kurang sesuai.
Garisan merah akan dikeluarkan jika tersalah ejaan manakala garisan hijau atau biru pula akan dikeluarkan untuk tatabahasa yang salah.
AutoComplete
Ianya boleh melengkapkan perkataan secara automatik seterusnya memudahkan penulisan siap dengan pantas. Klik sahaja pada kekunci tab, dan perkataan akan dimasukkan secepatnya.
AutoPrediction
Ini perlu. Cadangan perkataan yang bersesuaian akan dikeluarkan secara automatik bagi melengkapkan lagi ayat dengan cepat. Kedua-dua fungsi AutoComplete dan AutoPrediction boleh diaktifkan atau dinyahaktifkan dengan menekan perkataan AutoComplete dan AutoPrediction pada bar alat DewanEja11 di atas.
Antara Muka Terjemahan
Ia membolehkan kita memasuki laman web perkhidmatan terjemahan dengan segera. Buat penterjemahan ayat atau perkataan Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris ataupun Bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Cuba lah taip satu ayat Bahasa Melayu, lepastu tengok dengan lajunya ayat tersebut diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris.
Gabungan fungsi tesaurus dan integrasi cekap ke dalam pengolah kata menjadikan Dewan Eja sangat berguna dalam meningkatkan kebolehan aplikasi pengolah kata dan produktiviti pengguna tersebut.
Tambah Perkataan ke Dalam Kamus Pengguna
Ya, ada sebahagian perkataan tidak terkandung dalam DewanEja11 seperti nama orang, nama tempat dan lelain. Oleh sebab itu, kita boleh tambahkan perkataan atau kata nama khas yang takda tu kedalam “Kamus Pengguna”. Seperti selalu guna MS Word, kita klik kanan pada perkataan yang digariskan merah, lepastu tekan ayat “Add to Dictionary”.
CheckAnywhere
Ini pun salah satu benda menarik dalam perincian aplikasi DewanEja11. Tekan pada mana-mana perkataan yang ingin disemak, maksud perkataan tersebut akan dipaparkan dengan segera! Wow! Tak perlu lagi kita klik, atau taip dan kemudian buat salin serta tampal pada tempat lain, ‘Google’ misalnya.
Klik pada perkataan ‘CheckAnywhere’ dalam bar atau ruangan DewanEja11, kemudian tekan pada perkataan yang ingin disemak, dan terus keluar makna perkataan tuh! Selain itu, boleh jugak diaktifkan melalui kekunci “ALTSHIFT-Q”. Terbaik, kan?
Di bawah pun salah satu perkara menarik dengan perisian ni.
Kamus.
Nampak simbol ‘sound’ dalam tu? Nona cuba klik dan betul-betul ada suara lelaki Chinese sebut satu persatu ayat dalam bahasa Mandarin. Hehe! Kamus ni ada dalam perisian DewanEja11 jugak. Bolehlah sambil betulkan kesalahan ejaan serta tatabahasa, kita tambah ilmu lain sekali kat sini. Ye kan?
Ehh, menariklah Nona! Macam mana nak dapatkannya eh? Nah, cara untuk mendapatkan DewanEja11 di Chrome Web Store.
1. Pada kotak carian laman Chrome Web Store, taipkan DewanEja11.
2. Klik pada "Add to Chrome" diikuti dengan “Add extension.”
3. Halaman pengesahan akan dipaparkan bahawa DewanEja11 telah ditambahkan pada Chrome.
4. Untuk mengaktifkan DewanEja11, klik pada ikon DewanEja11 di bar pelayar Chrome.
5. Panel terapung DewanEja11 akan muncul di bahagian kanan dengan senarai kesilapan dan
cadangan ejaan atau tatabahasa
Harga Perisian DewanEja 11
Terdapat 3 kategori langganan pada perisian DewanEja 11 : Pilihan di tanganmu
1. DewanEja 11 (Langanan). Harga RM89 /setahun. Boleh ditamatkan bila-bila masa
2. DewanEja (Langanan). HargaRM178 /2 tahun. Boleh ditamatkan bila-bila masa
3. DewanEja 11 Tawaran Terbaik. Harga RM298 /selamanya. Tiada tarikh tamat.
Berbaloi betul harga dengan aplikasi perincian seperti DewanEja11 ni. Penting dan berguna untuk para penulis atau, pelajar yang membuat kerja sekolah atau ‘assignment’ dan pelbagai perkara lagi berkaitan penulisan menggunakan MS Office.
Kita sendiri dapat tahu, kenalpasti dan semak di manakah kesalahan ejaan serta tatabahasa yang dilakukan. Bukan apa, kadang-kadang mata sendiri tak perasan kesalahan tersebut, kan. Sebab tu wujudnya istilah ‘typo’ sebab jari tersalah tekan dan mata kurang perasan.
Gunakan aplikasi perisian DewanEja11 bagi memastikan karangan atau ayat yang dikeluarkan itu semua betul tanpa apa apa kesalahan tatabahasa mahupun ejaan. Tambahan pula ayat tersebut juga boleh diterjemah terus daripada Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris, dan begitulah sebaliknya.
Haaa, barulah kerja cepat siap tepat pada masanya. Lebih penting lagi, tiada kerisauan tentang membuat kesalahan dalam penulisan kita nanti.
Baiklah, tungu apa lagi? Jom try aplikasi perincian DewanEja11 yang menarik dan berguna nih!
Boleh jugak try download dan register dengan menggunakan link di bawah yang Nona sertakan:
9 Comments
bagus ni...
ReplyDeleteYesss.. mmg bagusss 🤩
DeleteMenarik.. terima kasih share
ReplyDeletewah.. zaman skrg ni mmg mudah sgt ada apps mcm ni
ReplyDeleteBetul betul! Saya setuju! Mudahh ui
DeleteBagus juga ada dewaneja ni , at least boleh kesan penulisan yg tertypo
ReplyDeleteYes, at least boleh kesan apa apa typo.. gituh! 😁
Deletememang best kan sbb ada perkataan yg kita tak tahu pun ada kan
ReplyDeleteYa, ya.. behtol tuhhhh
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .