Kenyangkan Perut dengan Mee Ayam Soto kat Food Court, Today's Market, Seri Alam

Kenyangkan Perut dengan Mee Ayam Soto kat Food Court, Today's Market, Seri Alam

Kenyangkan Perut dengan Mee Ayam Soto kat Food Court, Today's Market, Seri Alam || Ini kisah hari Hol baru baru ni. Tak tahu nak kemana tapi teringin nak keluar rumah.. Pastu rasa malas mahu hadap jammed yang teruk sangat maka ke Todays Mall, Seri Alam jer. Inilah tempat aku selalu tonton wayang. Tapi cuma wayang biasa je yang ada.. Takdalah 4D or IMAX pulak 😅 

Lepas habis shopping beberapa barang, aku ngan emak singgah food court yang ada kat situ..Ianya agak baru direnovate tahun ni sebab food court lama telah dirobohkan last year tak silap. 

Nampak ada banyak jugak pilihan makanan kat sini tapi tempat duduk tak sebanyak dulu. Semua kedai jual berlainan menu. Ada Western food macam sizzling tu, spaghetti, Indonesian, Asam Pedas, roti canai, sate dan banyak lagi menu yang dijual untuk semua. 

Percubaan pertamaku singgah sini, order Indonesian food.. Dan mak aku order roti canai kosong. Dengan harapan semua sedap ler. Tapi gambar yang ada cuma menu aku je..Haha.... Roti canai situ tak berapa  nipis dan garing yang macam mak i nak 😅

Mee Celup Soto namanya terpampang kat papan tanda kedai tu. Tapi tengok balik list menu yang diletak kat rak tu, Mee Ayam namanya. Hoho.. 

Tak kisahlah apa pun namanya, janji sedap, halal dan mengenyangkan, tu dah cukup rasanya.. Haaaa, benda sedap, kita share ❤️

Mee Ayam

Suka pulak mee bentuk gitu.. Lembut..Then ayam tu jenis berempah.. Sedap.. Memula aku fikirkan ayam rendang tapi versi lain sikit.. Hahaha.. Sekali mak cakap, itu sup berempah punya jenis ler.. 😂

Sesunguhnya, sedap weh rasanya! RM6 semangkuk yang penuh isi. Padu! 👍

Soto

Dalam bekas silver tu adalah sambal ya.. Sekali dengan kicap dan sos diberi ui.. 

Sambal Belacan

Ikutlah kepedasan yang awak nak

Today's Market Seri Alam

Banyak jenis bakso dan pecel Indonesia pun ada.. Next time try bakso lain atau makanan lain yang ada kat sana..  😍 

Alhamdulillah, puas hati! Atau memang sebab lapar... Sebab belum lumch lagi masa datang petang tu..  😁 Anyone nak try, sila lah singgah sana ye... Lokasinya Today's Market, Seri Alam, Johor ya.. 




Notakaki: Mengantuknya harini kerja..... Malam tadi layan Hindustan 🤣

Post a Comment

11 Comments

  1. Tertarik pulak dengan Mee Ayam tu. Ianya masakan mee Indonesia. Nak kena cari ada jual tak kat kedai indo yg dekat dgn umah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Menarik tertarik gitu.. Ya.. masakan Indonesia . Haaa.. cari kak.. hehe

      Delete
  2. Byk tempat yg tak pergi lagi kat JB skrg. Rindunya life di JB satu masa dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo.. Sila ler pergi.. hehe.. Mmg ada je tempat baru dan baru lagi..

      Delete
  3. Jomm Non, nanti teman Sis pulak makan sini hehehehe

    ReplyDelete
  4. Kenal soto sahaja. Mi ayam macam menarik sebab ayam berempah.

    ReplyDelete
  5. Baru tahu ada menu Mee Celup Soto. Ingatkan ayam rendang, ayam rempah rupanya. Lain pulak sambal dia ye. Biasa orang Johor jenis sup ni makan dengan sambal kicap.

    ReplyDelete
  6. While at the food court, make sure it is in your plans to try Mee Ayam Soto! It is a filling as well as a yummy dish made of spicy broth, chicken and noodles. It is a good option for a fast yet fulfilling meal. The same applies to intestinal foods such as milk – buy wholesale milk in Pakistan which can be used as a source for many foods and drinks in a café or restaurant.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .