Makan Makan BBQ Buffet Dinner at Cafe Para Para, Grand Paragon Hotel, Johor Bahru || Hello September! Kita mulakan entri September dengan makanan yer. Hehe.. Korang yang tercari-cari kat mana ada buffet dinner aka makan malam secara buffet dalam Johor Bahru, di sinilah salah satu tempatnya. TAPI beberapa menu BBQ dan International tersebut disediakan hanya setiap hari Sabtu sahaja pada jam 7 PM sehingga 1030 PM. Sebabtu namanya Saturday Buffet Dinner...Only on Saturday okayh.
Jom tengok antara menu menu yang sedap belaka dalam buffet dinner kalini. Kalau rasa malas nak membako BBQ, datang je sini..dah siap dibakarkan dah...huhu...
1. HOT DISHES
Terdapat Ayam Kalio Minang, Stir Fried Black Pepper Beef, Sotong Sumbat Perchik, Deep Fried Soft Shell Crab, Butter Prawn, Stir Fried Broccoli, Black Mushroom and Carrot, Salmon Piccata with Cream Caper Sauce, Oxtail Osso Buco, Vegetable Lasagna, Steamed White Rice.
2. SEAFOOD ON ICE
Pelbagai udang, Mussels, Crawfish with lemon Wedges and Tabasco
3. FRESH SALAD with DRESSINGS
4. SOUP
Terdapat Garlic Bread Double Boiled Chicken Herbs Soup
5. COLD TAPAS
Terdapat pelbagai jeruk, smoked salmon with lemon, capers AND onions.
6. SHOW KITCHEN
Antaranya ada shell out, laksa Nyonya, BBQ Honey Chicken Wings, seafood skewer, jumbo sausage, and beef skewer
7. CARVERY STALL
Ini menarik, ada pecking duck dengan bahan bahannya, roasted crusty garlic lamb leg with assorted sauce.
8. Desserts
Ada aiskrim, pelbagai jenis kek, chocolate fountain, ice kacang dan bubur pulut hitam.
Sotong Sumbat Perchik
Terpaling favourite on that day! Sotong not too lembut or liat.
Salmon Picata with Creamy Caper Sauce
Oxtail Osso Buco
Shell out
Laksa Nyonya serve with rich coconut broth defined by a red spicepaste and paired with a sourly lime.
Jujur, Nona bukan peminat laksa Johor walaupun orang Johor tapi laksa Nyonya ni terasa sedapnya haih! Macam nak makan lagi! HAHHAA Pedas? Tak sangat, kuahnya tu tak pedas mana pun..Sedap secukup rasa, sesuai untuk semua golongan muda dan tua 👍
Seafood on Ice
Pilih pilih, ada jugak yang dibakar siap.. Tinggal amek ja...Huhu..
Roasted Lamb Leg
Pecking duck. Sedaplah itik!!
Pelbagai buah-buahan. Comel comel arrangement kat sini..Hehe
Dessert pun banyak, setanding harga yang ditawarkan. Gituh!
Makan memang makan, minum pun kena. Air ni sedap, ada limau dan laici di dalamnya berserta daun pudina.
Overall to me, menu dalam BBQ buffet dinner ni mostly sedap menepati citarasa aku. Segalanya berbaloi dengan harga, tempat yang selesa, bersih dan cool ler of course! Satisfied.. Oh ya...untuk bulan September ni je ada offer baik for kita semua tau!!!
𝐁BQ 𝐃𝐈𝐍𝐍𝐄𝐑 at 𝐂𝐀𝐅𝐄 𝐏𝐀𝐑𝐀-𝐏𝐀𝐑𝐀 setiap sabtu antara pukul 7.00 malam sehingga 10.30 malam.
SPECIAL PRICE PROMOTION FOR SEPTEMBER:
Adult at RM 98.00 per person
Child at RM 49.00 per person (6-12 y/old)
NORMAL PRICE:
Adult at RM 108.00 per person
Child at RM 54.00 per person (6-12 y/old)
Berminat nak rasa kesedapan BBQ Buffet Dinner kat sini ?
For Booking & Enquiries:
📞 016-733 7363 | https://bit.ly/3s1OCZi
☎ +607-2685222 / 5255
📩 info@grandparagonhotel.com.my
📍 18, Jalan Harimau, Taman Century, 80250 Johor Bahru, Johor
15 Comments
Wah, terliur tgk menu sedap2 ni!
ReplyDeleteKan.. Memang terliur uii.. Sedap sedap betul!
Deletesume menarik tertarik! sedappp betulll
ReplyDeleteRamainya menu sesedap
ReplyDeleteMana satu yang nak dimakan ni
Yaaa.. ramai kann.. Haha.. Sayaa start dengan Bismillah, air, laksa nyonya.. hehe
DeleteWaaa... nampak menyelerakan dan segar2 semuanya...
ReplyDeleteYessss... Begitulah.. hehe.. Memang menyelerakann
Deletesemua nampak sedap dan menyelerakan.. Terus lapar..
ReplyDeleteKan.. Betul tuh.. Haha... Sedap belaka... Saja kita bikin lapo 😂
DeleteKan.. Haha.. Jarang tak sedap.. gituhhh...
ReplyDeleteSuka betul Salmon cecah sos tu dan pecking duck dia, sedapppppp
ReplyDeleteSedappp.. Pecking duck pun sedappp!
DeleteSotong percik sumbat dan salmon picata tu menarik nona. Rare menu tu.
ReplyDeleteSotong percik sumbat dan salmon picata tu menarik nona. Rare menu tu
ReplyDeleteYes.. rare dan sedap walaupun lain dari lain.. gituhh.. Favourite saya dah ni 🤩
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .