Rawatan Pemutihan Gigi di i-Sihat Dental Care Pasir Gudang|| Gigi merupakan salah satu komponen berguna dan penting untuk semua orang. Kalau takda gigi, nak makan pun terganggu. Terpaksa guna gigi palsu pulak. Ianya jugak merupakan benda pertama yang sering dilihat semasa membuka mulut untuk perbualan.
Gigi manusia ada 3 jenis.
👉 Gigi kacip, berfungsi untuk mengigit dan memotong makanan.
👉 Gigi Taring, berfungsi untuk menyiat makanan
👉 Gigi Geraham, berfungsi untuk mengunyah makanan.
Oleh sebab itu, digalakkan menjaga gigi sebaiknya dari awal. Kalau dari kecik dah banyak makan makanan terlalu manis dan keras keras sangat, gigi pun mudah rosak. Sama ada gigi akan cepat reput di kemudian hari atau lain-lain kesannya.
Cara untuk menjaga gigi selain daripada berus gigi dua kali sehari adalah dengan cara berjumpa dentist sekurang kurangnya enam bulan sekali.
Reminder.
Ok, cuba tengok gigi memasing sekarang. Ada nampak kuning kuning yang melampau ke warnanya? Ada rasa rosak dan tak kuat ke giginya?
Sejujurnya, Nona tengok sendiri punya.. Yes, kekuningan yang tinggi dan sangat jelas! Hal ini terjadi disebabkan banyak makan makanan berwarna, minum minuman berkafein, proses penuaan dan sebagainya yang mengakibatkan gigi menjadi bertambah kekuningan lebih daripada warna asal yang memang sedia kuning sedikit ataupun putih. Bagi yang merokok juga akan mengalami masalah tersebut.
Sebelum tu, jom kenali serba sedikit mengenai struktur gigi:
Terdapat tiga bahagian pada gigi iaitu korona, leher dan akar. Struktur lain yang mengelilingi gigi untuk mengekalkan gigi berada pada tempatnya adalah gusi, ligamen periodontal, dan tulang alveolar.
Setiap gigi pula mempunyai beberapa lapisan tisu keras dan lembut. Dan perkara terpaling penting yang doktor selalu ceritakan adalah berkenaan enamel, dentin, cementum, ruang pulpa dan salur akar.
Enamel merupakan lapisan paling luar yang meliputi gigi dan melindungi dentin di dalam korona gigi.
Em.. jika sudah berubah warna dan bertambah kekuningannya, jomlah kita try putihkan kembali gigi!! Hehe.. Saya ulang, sekurang-kurangnya enam bulan sekali berjumpa dentist untuk perkembangan keadaan gigi kita...
Rawatan Pemutihan Gigi atau dalam bahasa Inggeris, Teeth Whitening merupakan salah satu kaedah untuk mencerahkan kembali gigi, dan mengurangkan pertukaran warna terhadap lapisan enamel dan dentin.
Di i-Sihat Dental Care terdapat doktor dan pekerja yang terlatih, berpengalaman serta cekap dalam menjalankan tugas. Mereka juga sedia menjawab persoalan serta memberi penerangan terbaik buat semua pelanggan yang hadir. Peralatan cukup dan tempatnya selesa sama ada di ruang menunggu mahupun bilik rawatan. Tu yang best tu!
Antara proses yang ada di sini dalam pakej rawatan pemutihan gigi ialah scaling, polishing dan diikuti dengan whitening treatment. Sewaktu proses rawatan dijalankan, sekiranya gigi terasa ngilu atau mempunyai kesakitan lain, boleh bagitahu pada nurse dan doktor yang bertanggungjawab.
Mereka akan cuba mengawalnya sehingga tamat proses.. It depends on seseorang berkenaan ketahanan gigi memasing. Jika ambil pakej yang mempunyai sehingga tiga cycle, sila simpankan masa anda dalam 45 minit sehingga sejam untuk menyelesaikan treatment. Lain treatment, lain tempohnya. Boleh bertanya sebelum membuat appointment.
4 Comments
gigi cantik bersih dan sihat., ;p
ReplyDeleteInshaAllah 💕
Deleteboleh tahan harga mcm bt rawatan facial. heheh. nina pun ada kaviti di bahagian blkg.
ReplyDeleteHehee.. Ya..Facial is special for muka.. Ni special for teeth.. Rawatannya pun banyak lelebih lagi... lepas nam bulan. gitu
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .