Terjah Majestic Johor Festival 2022 di Puteri Harbour

Terjah Majestic Johor Festival 2022 di Puteri Harbour

Terjah Majestic Johor Festival 2022 di Puteri Harbour || Bulan kemerdekaan yang lepas meriah dengan karnival, kini bersambung ke hari Malaysia pada bulan September. Aku pun apa lagi, terjahlah festival terbaru kat sekitar kawasan Puteri Harbour ni.

Oh sebelum tu, aku nak cerita sikit,. Haritu bila aku on 'Maps' dan type Puteri Harbour, tetiba sampai ke area Puteri Harbour yang lain..so boleh try type Hotel Jen sebab hotel ni bersebelahan bangunan Puteri Harbour yang ada banyak kapal-kapal mewah tu..Hehe.. Ehh, Nona waze ek? Haha, mestilah...dah lama tak ke sini...Area Kota Iskandar pun rasanya bertahun tak singgah...Dalam 45 minit nak sampai dari rumah i.

So ada apa je kat festival nih? Ui, macam-macam ada kalau ada yang tengok posting aku share kat Facebook. Sebabtu aku melekat dari petang sampai ke malam! Jauh pulak nak ulang alik selalu kan..Tuh sekali jalan jer..Kah! Antara benda menarik dan tarikan yang ada sepanjang event berlangsung adalah:

1. Pameran Kembara Mahkota Johor (KMJ)

2. Pameran Jabatan/Agensi

3. Booth Jualan Makanan, Minuman dan pelbagai barangan.

4. Persembahan Artis

5. Dinosour Park & LED Lighting

6. Fancy Trishaw (Beca)

Dan banyak lagi ler~

So at the first time, aku datang dengan Marlissa time malam hari, lepas balik dari kerja, bersiap and go! Carik makanan yang menarik sambil tengok tengok booth apa ada. Hihi.. Next datang semalam (Ahad) dengan adik aku pulak dari jam tiga petang sampai ke malam! Fuhh, bertahan sungguh menikmati festival yang berlangsung..HAHA!

Jom masuk ke Pameran Kembara Mahkota Johor (KMJ) secara FREE! Kat sini kita boleh tengok kenderaan kenderaan yang dimiliki TMJ. Terdapat juga pelbagai replika yang dibuat secara unik dan kreatif.  Nak tahu apa lagi, bolehlah ke sana eh. Baru aku tahu kecanggihan jeep, bas dan banyak lagi barang yang dimiliki sultan Johor. Geram tengok motor harimau tuh! Ngaummmm! Yok aku share sikit!

KMJ

Gambar kenangan tu penting.

JDT

Crown ni confirm milik Johor ler~ Huhu

Johor

Motor Berkuasa Tinggi

Smart! Cool beb!

DI luar tapak KMJ ni, ada pameran dari agensi kerajaan. Mereka sediakan info tempat percutian menarik kat Johor berserta pakej pakejnya. Ada jugak booth untuk buat pemeriksaan  kesihatan (level kencing manis dan darah tinggi) 

Habis booth pameran, cari makan kat booth jualan makanan minuman dan barangan lain pulak. Meriah sangat tau!  Bukan sahaja meriah dengan makanan dan minuman, tapi ada jugak jualan barangan seperti pakaian bundle, perfume, bouquet berlampu kelip kelip serta aktiviti aktiviti lain. Menariklah bagi aku. 

Kunafa, Vietnamese Roll, Ayam Nusantara, Nasi Lemak Wak Kentung, Kopi Viral, dan banyak lah makanan viral-viral tu..ada sebahagian di sini awakk! 

Majestic Food Festival

Itu lamb set siap nasi ye. Huhi...

Khat

RM 5 untuk design paper dan tulisan khat cenggini.. Ada yang RM4 jugak. Dorang datang dari Yayasan Johor ye.  Lama tak tulis nama sendiri dalam jawi.. Haha.. Menarik lah tengok ada booth tulisan khat jawi ❤️

Teh tarik

Sedapnya teh ais madu ek! 

Limau Barli

Tertarik dengan ayat penarik yang digantung tu... 
Limau barli! Lama kan tak makan?! Korang jangan lupa beli 😄

Next, inilah yang kunanti-nantikan dari awal..HAHAHA...

Pertunjukan bunga api! Memula time nya kul 12am  then diawalkan katanya ke pukul 9 PM! Gituh! Tapi tunggu punya tunggu, perasmian start dalam kul 9 lebih gak la...For the first time tengok muka Menteri Besar Johor depan depan, selalunya dalam TV dan sosial media lain. Nampak muka penat, al maklumlah baru lepas meraikan JDT menang bola kat Shah Alam, kan...Huhu~

Pembukaan perasmian dimulakan dengan tarian Zapin. Rindu pulak tengok orang menari zapin.....Seterusnya nyanyian oleh Zamani SLAM, lagu bertajuk 'Gerimis Mengundang'. Yang kelakarnya, time beliau nyanyi, gerimis bertambah terus terus turun..HAHA

Selepas ucapan dari YB, perasmian dilakukan dengan memotong riben dan ais diketuk untuk dapatkan buku program yang terkandung dalam ais tersebut! Boleh tengok ukiran ais tu seperti dalam gambar di bawah ye.

MJF 2022

Cantik dan meriah pertunjukan bunga api yang pelbagai! Suka gila aku tengok! Kalau boleh nak hari hari ada bunga api depan rumah ni! HAHHAHA

Lepas selesai majlis perasmian dan pertunjukan bunga api, penonton dihiburkan dengan pelbagai persembahan artis seperti Zamani SLAM, Indah Ruhaila, UKAYS, Ayai Ilusi, dan Black Mentor. Semua persembahan bertenaga ui! Mataku dah mengantuk tapi nampak mereka sangat energetik buat persembahan, terus melekat balik aku duduk kerusi..Pengacara majlis pun lucu oi!!! Terbalik lambat jadiknya! Mak dah berzikir suruh balik rumah cepat! Hehe...

Nona, ada surau dan toilet tak?? 

Of course! Kat dalam tapak booth jualan ada tempat solat, tapi toilet takda. So kami yang nak ke toilet dan surau ni, haruslah singgah ke dalam bangunan Puteri Harbour. Situ ada dua surau serta toilet yang aku nampak. Penuh semestinya.. So kalau dah rasa rasa nak membuang, sila gi awal.. Jangan dah tak tahan sangat baru nak pergi 😂 Ghisau! Telekung pun tak disediakan. Bawak sendiri okayh! 

Okaylah, sekian pengalaman aku..Kalau rajin, pergi lagi nanti...Haha..Lama kot karnival nih!

Untuk info lebih lanjut setiap masa, boleh refer info di bawah..Confirm memuaskan hati terjah Majestic Johor Festival 2022 di Puteri Harbour ni tau!

Majestic Johor Festival 2022

MAJESTIC JOHOR FESTIVAL

08-18 SEPTEMBER 2022




















Post a Comment

2 Comments

  1. Event ni pun tak sempat terjah. Menarik banyak aktiviti dan pameran. Cantiklah tulisan khat dulu. Teringat dulu dulu masuk pertandingan khat. Saguhati jelah tapi...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .