Lucu Betul!! Sepahtu Reunion Live Tour di Johor, Kedah dan Terengganu || Hai semuaaaa! Ok ke tu?? Harini nak share sikit pasal pengalaman aku menonton Sepahtu Reunion LIVE kat Stadium Tertutup Pasir Gudang Jumaat lepas. Punyalah syok! Dah lama tak jejak masuk dalam stadium.. Zaman sebelum Covid dulu ada la saja saja try tengok Maharajalawak Final LIVE kat stadium ni.
Haaa, apa? Masih ada yang tak tahu ke?? Meh sini nak roger... Team Sepahtu Reunion kalini buat tour di beberapa buah negeri iaitu Johor, Kedah dan Terengganu! Selalu dorang buat show kat KL je kan.. Then yang tak ke sana, tengok Sepahtu Reunion kat TV siaran Astro Warna tu je (Setiap Jumaat, kul 9 malam).
14 Oktober lepas, aku pun tak nak lepaskan peluang yang ada. Lelaju beli tiket.. Ajak mak dengan adik rasai pengalaman tengok LIVE sekali. Pukul 8 malam masuk stadium sebab memang kena standby awal kalau tengok LIVE. Tak merosakkan majlis la nanti kan senang tersusun semua. Aku boleh tersalah jalan, terlalu jalan jauh nak ke stadium. Adoi! Sabo je ler. Sampai sana memang dah penuhlah parking. 4 ribu orang kot! Belum campur yang nak datang makan je kat festival luo tuh.
Ye, mantap! 4,000 tiket berjaya dijual kat Johor ni! 21 Oktober pun ada lagi LIVE, tapi dah habis jugak tiketnya kat Johor! Laju SOLD OUT ehh! Survey tiket kat negeri Terengganu dengan Kedah masih ada kosong. Huhu.. You all tak nak try ke... Jangan risau, siap siap Maghrib dulu kat rumoh ataupun kat stadium ada tempat solat, boleh tunaikan kewajipan nan satu tuh ye..
Syok tengok LIVE sebab kita akan nampak keseluruhan keadaan pentas dan suasana dalam stadium tu sendiri tau. Kalau dalam TV, akan fokus bebetul pada scene scene antara artis dan pelawak je kan. Tapi masa LIVE, nampaklah si Jep tu tergelak kat tepi bila tengok member sendiri buat lawak.. dan benda benda lain lagi lah. Hahahaha.. Senang cakap, ada je benda yang lucu dan kelakar nanti bila tengok LIVE 😂 Lawak spontan bukan dibuat buat atau dirancang... Just susunaan jalan cerita je dorang ada, skrip sendirik ye memasing.... Kalau lawak menjadi tu yang bertambah riuh stadium!
Cerita pasal apa haritu??
Kisahnya tentang Haris (Lakonan Jep Sepahtu), terlanggar seseorang atau apa benda yang dia tak pasti tu. Hahahaah... Bercerita penuh cemas dengan membernya Iqbal ( Lakonan Rahim Sepahtu) pasal kemalangan tersebut.
Dorang ni kerja kat hospital sebagai nurse. Tetiba dapat tahu rupanya Haris ni memang langgar seseorang.. dan mangsa yang dilanggar tu, Pak Salleh namanya (Lakonan Pak Ya) sedang dirawat dalam hospital tempat mereka bekerja. Fuhhhh! Bila tahu mangsa kronik sakit buah pinggang, bertambah ketar lutut si Haris! Hahahaa! Serba salah lah dia buat orang sakit macamtu...
Disebabkan rasa serba salah, Haris datang tengok keadaan Pak Salleh. Dia cakap muka Pak Salleh iras iras bapak dia, so dia nak dermakan lah buah pinggang miliknya untuk Pak Salleh.. Lepastu Sofia (Lakonan Erra Fazira) muncul sebagai anak Pak Saleh.. Apa lagi, terharu gila lah Sofia bila tahu pasal kebaikan Haris tanpa mengetahui hal sebenar... Jatuh cinta lah dia pada si Haris ni 😁 Bermula bibit bibit cinta dan kemesraan antara si Haris dengan Sofia. Ewah!
Part yang aku rasa tak boleh bla adalah salah satu scene yang tengah viral sekarang, scene suap suap makan bubur! HAHA.. Teringat ayat si Jep: ''Saya dalam fasa nak mencari yang nombor dua ". Woooo! Ramai audience tergelak riuh suka dengan lawak tuh! Huiii lah Jep! Berani ek kamu! 😂
Bila tersedar dah terlepas cakap, terus takleh fokus pulak! HAHAHHA. Waklu! Walaupun begitu, suapan tetap diteruskan! Dalam takut-takut tu, telan jugak bubur! Siap berdoa dulu. Lucu oi!
6 Comments
Terhibur sungguh kannn.. macam nak putus facemask duk gelak sorok GG hahahaha
ReplyDeleteHahahahaha.. Wehhh.. Hampirrr lahhh hampirrrr
DeleteSeronok nona dapat layan live. Yeay, tak sabar nak tengok esok ada Tapan!
ReplyDeleteSeronok nona dapat layan live. Yeay, tak sabar nak tengok esok ada Tapan!
ReplyDeleteSeronok kakkk.. Hahaha.. Ya.. Selamat Menonton 💕👍
Deletemenghiburkan
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .