Pengalaman Menonton Teater Muzikal Kanak Kanak Putera Gunung Panti || Alhamdulillah. Selamat sampai ke sini. Pertama kali aku beli tiket dan tonton teater LIVE macamni. Dari dulu teringin nak pergi tapi tak kesampaian lagi hasrat tu.. Selalu nampak kat KL sana ha...
OK, BEST KER??
Eh, eh.. Ternyata best, tak bosan! Aku suka jalan ceritanya.. Tapi bukan pasal Gunung Panti sangat...Pasal apa tu? RAHSIA.... Kena tengok sendiri...Baru start harini.. Esok masih ada ye sehingga 29hb. Sudah tentulah cerita melayu Tradisional kalau tengok pada tajuk.. Bahasa yang dilontarkan pun berbunyi bahasa Kemelayuan. 'Bonda, beta, tuan hamba..' Ha gituh! Bila namanya muzikal, pastilah mereka berlakon sambil terselit nyanyian dan tarian. Hehe..
Semua berbakat dan menjiwai watak memasing! Paling suka tengok budak budak kecik yang comel comel..Hahaa.. Kecik kecik dah bersolek tau.
Bahagia sungguh ler tengok dorang berlakon, menari dan menyanyi bersama sama.. Tak pasti umur yang berlakon semua dari umur berapa sehingga berapa..
Selain tu, aku suka jugak tengok persalinan yang digunakan. Kelihatan sesuai dengan jalan cerita, cantik, comel dan segak.
Lagu lagu pun sedap, not bad suara penyanyinya. Macam macam gaya ada lelagi kalau beramai ramai...Haha.. Part sedih tu, sampaikan orang kerusi sebelah tu menangis weh.. Aku rileks lagik.. Haha..Betul betul menyayat hati..Aku pun rasa sayu sebenarnya..
Saja share sikit cerita tentang apa:
Di sebuah perkampungan terpencil, tinggallah seorang bekas permaisuri yang telah kemangkatan suaminya bersama anaknya, Muda dan Mak Dayang sebagai peneman.
Suatu hari, Muda diajak Mak Dayang untuk ke kampung saudara Mak Dayang melihat susasana di sana. Gembira sungguh hati si Muda berjumpa kawan kawan barunya bernama Sulong, Panji dan Purnama.
Setelah meningkat remaja, mereka merancang untuk mencari rezeki di luar kota yang jauh dari tempat tinggalnya. Muda tahu dia tak boleh meninggalkan Bonda dan Mak Dayang. Tapi tanggapan Muda salah, bondanya mengizinkan Muda untuk mencari rezeki di tempat yang jauh seperti mana impian anaknya.
Maka bermulalah kisah Muda di negeri orang.. Rezekinya dapat berlayar ke sana ke mari menjadi nakhoda. Nak tahu apa yang berlaku selepas tu? Jemputlah singgah tengok teater ni ye.
Nak tengok lagi kalau ada teater muzikal ditayangkan. For the first time aku singgah Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar ni. Jejak jugak akhirnya...
Aku beli tiket SILVER je..RM25. .Beratur depan depan, pastu masuk masuk je terus pilih kerusi di bahagian terpaling depan.. Hahaa.. Memang plan pon..
Siapa nak beli tiket, boleh beli melalui online: http://store.ywj.gov.my/event-ticket atau walk in.. Refer info dalam gambar di bawah.
4 Comments
Pengalaman yang tak dapat dilupakan!
ReplyDeleteYessszzaa.. tak dapat dilupakan ❤️🤩
DeleteBest nya nona..tak ajak pun..bukan nak roger aku..haha
ReplyDeleteTeringin juga tengok teater live tapi belum kesampaian lagi Nona. huhu...
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .