Selesai Pembayaran Hutang Pinjaman MARA

Selesai Pembayaran Hutang Pinjaman MARA

Selesai Pembayaran Hutang Pinjaman MARA ||  Syukur. Lega rasanya. Lega bila hutang pinjaman pelajaran ni settle 😄 Dulu pending sampai dapat surat warning ke rumah mengatakan nak panggil penjamin.. Haha.. Kena marahlah aku dengan parents.. Apahal tak start bayar 😂Masa tu awal lagi..Kerja pun tak tetap. Baru nak hidup bak kata orang. Majlis Amanah Rakyat (MARA) ni kalau kita lambat sikit bayar, dorang akan hantar REMINDER tau.. 🤭 Jangan ada tunggakan, laju dorang call ye.  Boleh baca Cara Pembayaran MARA melalui Cimb Clicks

Majlis Amanah Rakyat

Habis sudah!! Bermakna tinggal lagi satu hutang. Itu lagi makan tahun oi.. Sabar dan terus berusaha untuk melunaskannya. Bak kata sis Lin, kena bekerja lebih keras.. Hahahaha.. 



Majlis Amanah Rakyat

Haritu punya balance akhir kena bayar.. Saja tak nak habiskan dulu.. Lorh.. Ikut apa yang disarankan, RM200 setiap bulan. Mujurlah MARA bagi diskaun masa lepas graduasi tu.. Thanks MARA ❤️ Dengar dengar PTPTN pun ada bagi pengurangan pembayaran start bulan November nanti.. Haa.. apa lagi.. Jangan bertangguh ✌️ Dah pinjam, kena ler bayar.. Ye tak?! 


Doa Melunaskan Hutang

Semoga dipermudahkan urusan membayar hutang dan semoga yang berhutang pun tak lupakan hutangnya..  Hutang WAJIB DIBAYAR walaupun tidak dituntut 👍





Post a Comment

16 Comments

  1. Alhamdulillah.. teringat masa settle bayar loan ptptn dulu. Rasa lega sangat

    ReplyDelete
  2. Sama dah selesaikan sekaligus pada tahun 2016 sebab ada diskaun. Memang beban rasa diangkat. Macam hendak lompat bintang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaa.. Kan.. Rasa nak lompat binntanggg gituh 🤭 Alhamdulillah.. settle yee

      Delete
  3. Alhamdulillah.
    Terlepas satu beban.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah dan tahniah kerana berjaya selesaikan.

    ReplyDelete
  5. Saya dh lama habis bayar loan mara. Tapi arini hq call bagitau ada lagi bayaran tertunggak. Puan kene x camni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehh.. sy x de pulak dpt camtu sebab baru habis... masih dpt trace sebab check kat ebaki MARA tu ..

      Delete
  6. Alhamdulillah..lega bila dah habis bayar. Settle satu hutang.

    ReplyDelete
  7. ammi dulu settlekan bayaran guna duit EPF... settle awal dapat rebet dan pastu lega otak takyah sibuk nak kisah bayar hutang

    ReplyDelete
  8. nak tanya, kalau Mara ni dia tegas macam ptptn ke kalau liat bayar hutang? ada sampai tahap naik ke mahkamah ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tegas..Saya pernah dapat surat sebab tangguh beberapa bulan tak bayar, dorang bagitau nak panggil penjamin tau..haaaa...jangan memain...

      Delete
  9. Salam, nak tanya kalau Mara kita ni ada tertunggak melebihi kemampuan gaji kita dan lepas tu kita mohon untuk pengurangan bayaran bulanan tu boleh ke? Nak bayar lumpsum terus tu memang tak mampu saya ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahu saya, boleh.. saya dulu pun tak bayar lump sum.. then masa nak beli kereta, ada jer tinggalkan.., Sy keluarkan sikit duit kwsp untuk tujuan pembelajaran (berhutang). tapi tak sure sekarang proses camana, boleh direct call mereka untuk kepastian ye..Maaf

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .