Tebus Voucher Mc Donald's di Hujung Bulan September 2022

Tebus Voucher Mc Donald's di Hujung Bulan September 2022

Tebus Voucher Mc Donald's di Hujung Bulan September 2022 || Masuk hari keempat Oktober, baru nak update entri blog. Entah mengapa mood kelaut dalam. Nanti saya cuba blogwalking bebanyak okayh. Bulan September pun tak begitu banyak entri cuma ada yang mengena dengan SEO, so naiklah view ke 20k plus. Alhamdulillah ❤️ Kena gigih nampaknya untuk Oktober pulak. 

Ini kisah haritu masa 31 Ogos aku dapat voucher Mc Donald's bila mana kita jerit 'Saya Anak Malaysia' kat kaunter masa drive-thru dengan berkereta warna Jalur Gemilang sama ada biru, putih, merah atau kuning ler. Aku pun saja nak mencuba. Kemain siap buat video masa nak dapatkan voucher nasi lemak ni ye. Haha.. 

Tapi rupanya kena belanja sebanyak RM15 ke atas untuk dapatkan voucher ni sebelum menjerit. Hahaa.. Tapi tuhlah.. ada baca kat ruangan komen FB, lelain cara dorang dapat voucher ni . Ada je yang tak menjerit.. tapi belanja macam biasa then tetiba dapat jugak kupon... Hm.. Entah la... Ikut cawangan la kot.. Apa pun, kemudiannya memang dapat dan due date sampai akhir bulan September.

Alang alang gaji masuk lambat sedikit dari hari yang sepatutnya, aku pun tebuslah voucher ni time sarapan sebelum pergi kerja di hujung bulan haritu..... Ehhh.. ada kena mengena ke?? 🤣 Macam lah makan sekali, kenyang berhari hari 🤭

Nasi Lemak Mc Donald's

Nasi Lemak Mc Donald's 👍

Sepanjang hidup, inilah kali pertama aku try nasi lemak mekdi.. Betapa pedasnya sambal nasi lemak itu ye.. Haha.. Bukan pedas pedas manis... Lebih pada pedas rasanya.. 

Nasi Lemak

Tapii sebelum tebus voucher ni, kena jugak beli something dulu... Kalini harga tak kisah berapa berapa... Fuh, niat nak nasi lemak aje! Apa lagi, aku order jela aiskrim.. Pepagi dah makan aiskrim! Ahhaaha... Tak rasa nak mengopi so beli ler ais krim. Buat syarat je pun.. 

Ais Krim Mekdi

Syukur. Tak lupa nak claim voucher Mc Donald's dan lega sebab sempat menggunakannya sebelum expired 😂 Rugi kalau tak guna sebab dapatkannya umpama macam bayar jugak.. Bukan free semata 😄




Notakaki: Semoga anak blogger sis Lin, Yana disembuhkan daripada penyakit Covid 19 dan selamat kedua duanya ibu dan baby dalam kandungan... Amin.. 

Post a Comment

9 Comments

  1. Dah lama tak makan nasi lemak mekdi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye eh... kenapa tu.. sila ler makan lagi.. hehe

      Delete
  2. anak2 suka gak nasi lemak mc'd ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Whoa.. ada peminat nasi mcd kat sini rupanya.. hehe...

      Delete
  3. nasi lemak mcd ni takde ayam goreng ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Ya.. Xde.. kalau nak, beli asing.. ayam.. huhu..

      Delete
  4. Macam bukan percuma kalau kena beli sebelum dapat.

    ReplyDelete
  5. Kena buat pembelian juga ye sebenarnya. Okaylah dapat juga makan nasi lemak McD percuma. Kalau ikut lidah saya macam kurang pedas. hehe...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .