Cara Cara Berkesan Merawat Bisul

Cara Cara Berkesan Merawat Bisul

Cara Cara Berkesan Merawat Bisul ||  Bisul adalah salah satu penyakit yang sangat menyakitkan, bisa oi! Lagi lagi kalau besor saiz bisulnya sebab dibiarkan dari saiz masih halus!! Biasanya berlaku kat bahagian terperap seperti ketiak, peha, ketiak.. Mengikut carian Wikipedia, bisul adalah a group of nanah yang terbentuk oleh tisu akibat proses jangkitan  (selalunya disebabkan bakteria OR parasit) ATAU benda asing seperti luka, tikaman atau tembakan.

Kalau kena kat bahagian syulit aaa.. lagi haru biru..Jalan pun macam orang berpantang la..Sebab nak rapatkan kaki tu sakit atau bila tersentuh dengan sesuatu..Pergh, macam nak mati rasa...! Mak aku pernah kena kat kepala... Pening juga sebab dia berpindah pindah.. Dah letak ubat sini, pergi sebelah sana pulak.. Adeh! Bapak kawan aku, kena kat mata..Err.. susah nak bukak mata oi.. Lagi bahaya bila terkena jangkitan bisul dan pesakit adalah pesakit kencing manis.. 

Jangan main main dengan bisul, boleh buat mati tau! So kalau tertimbul bisul pada anggota badan, sila lah rawat dengan segera. Stress kejap tapi jangan mengalah untuk mengubatinya ye. 

Baca kejap: Senarai Cawangan jnt Johor.

Antara cara merawat bisul (untuk bahagian yang terdedah dan boleh dirawat secara fizikal).

Kalau part mata atau bukan bahagian fizikal, kena tanya doktor terus, contoh: Bahagian mata atau telinga. 

1. Makan ubat yang disediakan doktor.

Ya, kena makan dan percaya pada ubat doktor. Antibiotik tu kita perlukan. Supaya dalaman kita bersih semula 👍 Moga tersingkir darah kotor di bahagian bisul tu.

2. Tuam dengan air panas atau suam.

Kalau air panas sangat pun aku takut. So guna la air suam, nanti rasa pedih pedih tapi tekan tekan jer.. 

3. Sapu krim/gel

Ya, kalau ada krim untuk menyejukkan luka atau bisul, gunakan ia sepanjang masa. Mak aku bagi gel bernama Vogan Orange. Pergh, berangin weh.. Kena kat bisul tu, memang berangin angin kurasakan.. Haha.. Memula pedih lepastu okay.. Tahan napas jap lah. 

4. Serbuk kunyit dan bawang putih.

Ini penggunaan asing asing ye. Bukan serentak. Guna sewaktu bisul masih kecil, InshaAllah boleh surut. 

5. Koyok Katak

Haaa, baru kutahu pasal ni! Hahaa.. Punya takut nak gi operate bagai, boleh try ni lah pulak. Lepas tuam bisul dengan air panas, dah bersih kawasan bisul tu, aku tepek ni. Hari first, memang tak selesa menggunakannya sebab tak biasa lagi. Terbangun dua tiga kali malamtu.

Keesokan hari try tak nak pakai, so sapu gel... Sekali bila dah bergerak gerak sikit.. eh... nanah keluar macam period penuhnya tu.. Sumpah tak best.. So lap lap guna tisu.. Member cakap, tepek je lagi koyok katak tu walaupun tengah bernanah. So aku tepek lah lagi. Haa.. selesa kalini.. Maybe sebab dah start pecah bisulnya.. Tapi matanya masih ada lagi, tak kecut sepenuhnya. Just kecut sikit 😅 Bila dicabut... Aduhh.. sakit gak sebab belum pecah habis mata bisul tu tapi perlu ditukar sebab cukup hanya pakai semalaman atau seharian. So kita guna yang lain pulak. 

Jom, share pasal koyok katak atau nama lainnya Badu Gao, sejenis ubat tradisional, beli kat Sensei, Kedai Ubat Cina nun.. 

Koyok katak

Bisul


Badu Gao

Kat dalam ubatnya macamni. Ubat berwarna hitam di tengah tengah tu keras ye. Ada plastik yang cover benda hitam tu. 

Cara Penggunaan 'Koyok Katak'

1. Bukak plastik yang cover ubat hitam tu
2. Iron di tepi atau guna pemetik api atau letak di tepi heater yang sedang panas untuk mencairkan ubat berwarna hitam tersebut. 

Ubat bisul

Em, kalau lambat sangat atau nak cepat lagi, tonyoh je ubat warna hitam tu guna bucu iron.. Hahaha.. 

3. Setelah cair sikit sikit ubat warna Hitam tu,  tunggu sehingga koyok itu tidak terlalu panas. Try kibas kibas, agak agak dah tak berapa panas, tapi masih mencair, and dah boleh pegang koyok tersebut, baru amek dan lekat kat mata bisul.. Jangan tunggu sampai bertukar jadi tak panas langsung Dan Kejung semula. Nanti kena iron semula pulak.

Mesti tampal time ia mencair tau konsepnya.. So far, lepas tampal, nanah tu berhenti.. mungkin diresap ubat tu.. Tak perlulah memanjang lap bisul guna tisu atau kain.. Kan? 

In case lepas bukak tu masih ada nanah tak stop stop dan luka, bolehlah tampal lagi.. Pernah google, ada orang tampal dua tiga biji je kali penggunaan koyok katak ni je dah pulih.. Hoho... Depends rasanya kat kawasan mana bisul tu timbul.
 
Alhamdulillah, settle.. Harap tak kena lagi la.. Kalau kena lagi, terpaksa guna lagi cara yang ada ni tapi seksa tu berhari hari weh! Jika nak lagi cepat, jumpa doktor terus operate buang je.. Haha..  Tapi i is belum berani.. Jarang jumpa doktor untuk hal hal gini... kecuali bila terpaksa jugak mintak MC  😂

Sekian perkongsian tentang Cara Cara Berkesan Merawat Bisul. Cubalah ikut kemampuan masing masing. Nak sihat, nak cantik, nak selesa....pelbagai cara ada.. Cuba, yakin dan berdoa terus! 

In case tak sembuh sembuh jugak, or lambat sangat rasa nak sembuh, segera ler berjumpa doktor, risau ada infection lain pulak. 


Notahati: Moga tak terkena penyakit bisul lagi!


Post a Comment

9 Comments

  1. pernah jumpa koyok ni, tapi tak pernah pakai, biasa kalau bisul mmg pergi klinik sebab kita ni manis orangnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo.. mmg g klinik.. sy pun pergi gak nak suruh doktor check dulu.. Ok, mmg manis kak.. ehehehe

      Delete
  2. adui... penah jugak mengalaminya mmg sakit. kena kat punggung nak duduk pun tak selesa. Anyway klu kerap kena bisul kena check gula dalam darah sbb mungkin tanda gula dalam darah yg tinggi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..nak duduk, nak sujud...tak selesa ui... Ooo..kena check ea..Okayh..Maybe la..gula tinggi ni...haishhh

      Delete
  3. Kasihan Nona kena bisul.
    Harap sudah ok.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .