Happy Birthday Fanpekka! 6th Anniversary!

Happy Birthday Fanpekka! 6th Anniversary!

Happy Birthday Fanpekka! 6th Anniversary! || Celebration done. Happy, happy, happy birthday Fanpekka! 6 tahun fanpekka was in 27 Oct but fanpekka celebrate on 17 Nov in line of 1000th store celebration!!! Fuhyoo!! Enam tahun tu salah satu jangka masa yang agak lama untuk bertahan setelah melalui musim Covid yang agak mencabar. Nona pernah masuk makan kat kafe SDS yang berada dalam Fanpekka ni tapi tak pernah masuk tempat permainannya. Luas rupanya kat dalamni. Aku yang dewasa pun excited, bebudak? Mesti lagi suka 😃. 

Sempena ulangtahun Fanpekka yang ke-6, satu sambutan ulangtahun Fanpekka Malaysia dan Program 'CSR' diadakan bersama kanak kanak JAKOA dan Tadika Ulil-Albab pada 17 November 2022 yang lepas. 

Fanpekka Malaysia

Apa dan siapa Fanpekka Malaysia? Fanpekka Malaysia merupakan salah satu tempat permainan 'Indoor Finnish' pertama di Asia Tenggara yang dibuka oleh AEON Fantasy Malaysia pada tahun 2016. Ia dilengkapi dengan pelbagai permainan yang berkonsepkan Education & Entertainment. Ini dapat menggalakkan kanak kanak untuk menjadi lebih kreatif, aktif dan cerdas! Bagus Kan?!

Fun learning lah kiranya. I like this concept..Kalau I ada anak, memang kena bawak pergi sini lah 🤩

Happy Anniversary

6th Anniversary! Hey, Happy Birthday!

Anniversary Fanpekka

Say Hellooo to Tontto! Inilah maskot FANPEKKA! Sho cute! Majlis dirasmikan oleh Encik Ezanin. Sebelum opening ceremony, buat tarian flashmob dulu. Aku pun terikut ikut sebab syok dengar muzik rancak. 

JAKOA

Kanak kanak JAKOA

Ulil Albab

Tadika Ulil Albab

Dari start beratur masa masuk tu, dorang banyak kali tanya bila boleh main.. Teruja betul!! Tapi 'teacher' kat Fanpekka ni dapat mengawal keadaan. Teacher pun aktif dan sporting.. Macam mana nak bagi budak budak ni faham dan ikut aturcara yang disusun dan permainan yang mereka plan sebelum bebas bermain permainan lain dalamtu. Hehe.. 

Ulangtahun Fanpekka

Kena jerit nama teacher sebelum start game. Meriah dengan suara masing masing.. Haha.. Cerdas dan cergas gituh! 

Fanpekka Malaysia


Game

Game yang simple tapi menguji kecergasan Dan kekreatifan minda para pelajar 😃

Tonttu

Jom tengok games lain dalam FANPEKKA nihh 🤩

Fanpekka

Wow, ada kapal layar Fanpekka lah! Slides, senapang meriam, flying fox, dinding panjat Batu, pondok kedai burger, kedai kek, rumah anak patung, permainan logo, lori bomba, Dan ruangan membaca buku pun ada jugak! Kawasan sekitar kapal dipenuhi bola bola lembut.. Kiranya safe la for kids main dalam ni tapi tetap ada pemantauan Dari orang yang bekerja kat sini ye.

Aeon Tebrau

Ye, nak beli apa? Sesuai for  kids yang suka berimaginasi main jual jual. Kan?

Anak patung


Baca buku

Have your kids reads today? 😁

Sungguh, rindu zaman kanak kanak aku! Zaman kanak kanak yang suka explore something new, berfikir dengan kreatif Dan cergas! 
 

Fanpekka Malaysia

Thanks Fanpekka! I love to be here. 

Korang Kalau nak tonton video sepanjang Nona berada dalam event haritu, boleh klik Instagram Nona ye.

Lokasi: 
FANPEKKA, Lot S102, 2nd Floor AEON MALL Tebrau City (New Wing), Taman Desa Tebrau, Johor Bahru. 

Masa: 10:00 Pagi - 10:00 Malam 


#FANPEKKA #FANPEKKA6thAnniversary #Aeontebrau





Notahati: Rasa nak jadi bebudak semula lah 😉




Post a Comment

1 Comments

  1. daripada anak kecik, sampai dah bujang dah anak anak... tak terbawak bawak dorang ke sini

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .