Pengalaman Cuti Cuti Malaysia di Fishing Bay Resort, Pantai Air Papan, Mersing, Johor

Pengalaman Cuti Cuti Malaysia di Fishing Bay Resort, Pantai Air Papan, Mersing, Johor

Pengalaman Cuti Cuti Malaysia di Fishing Bay Resort, Pantai Air Papan, Mersing, Johor || Hi. Alhamdulillah, masih bernyawa. Walau apa pun yang berlaku, terus kuatkan semangatnya. Kalau penat, rehat. Ini kisah throwback aku berehat bersama sama dengan kawan sekerja bulan Julai haritu. Healing time ~ Lama dah draft tapi tak tersiap-siap entri, busy nau la konon.. Haha. So harini nak share sikit tentang percutian romantika fun kitaorang kat sana, dan review tempatnya. Berbaloi atau tak agaknya?? Jom baca pengalaman aku cuti-cuti Malaysia di Fishing Bay Resort, Pantai Air Papan, Mersing, Johor bersama-sama member yang lain.

Kami berkumpul kat Petron Highway Pasir Gudang lebih kurang pukul 9 pagi, konvoi bersama sama ke tempat yang dituju. Aku naik kenderaan dengan kak Ain (Geng Single). Dalam perjalanan, merasa ler jammed sikit sebab aktiviti pembaikan jalanraya sedang dilaksanakan di beberapa buah tempat oleh pihak tertentu.

Sampai area Mersing, masih awal lagi time untuk check in jam 2 petang maka ayuhlah lunch dulu, isi perut yang sedang berkeroncong. Atas suggestion Rabitah, kami try makan asam pedas sedap kat Restoran Hari-HariAsam Pedas Ikan Bakar Mersing. Padu beb! 

Settle makan, teruslah kami menuju ke Fishing Bay Resort. Sampai sampai sana, mulut aku terus sebut ‘Wow! Mana taknya, lawa betul view ui. Cuaca yang panas dan cerah membuatkan permandangan nampak lagi cantik!! Terpegun tengok dengan jelas awan biru berarak perlahan, pokok kelapa teguh berdiri, daunnya melambai lambai, dan laut terbentang indah depan mata! Hihi…

Baca Juga: Bangi Wonderland Themepark

Fishing Bay

Nyaman. 

Fishing Bay Resort

Bangunan bilik kami. Gambaran dari hadapan laut.
Dua tingkat. Bilik aku bahagian bawah. 

Bangunan yang menempatkan penginapan untuk guest semuanya setempat kat situ dan berdekatan antara satu sama lain. Terdapat Family Rooms, Deluxe Rooms, Superior, Standard Room, dan Supreme Room yang kita boleh pilih untuk jadi tempat tidur. Depends pada keselesaan memasing mengikut ciri-ciri bilik yang diingini. Nak view hadap laut? Atau lain-lain, terpulang. Kolam renang pun ada. Tempat barbeque (BBQ) pun turut disewakan. Best, best!

Barbeque

Tempat Barbeque

Mersing

Pangkin or pondok. What you call is? 

Nampak macam kaler biru biru kat belakang kanan tu? Itu ler swimming pool guys

Aku dengan kak Ain, kitaorang sepakat untuk stay kat ‘Standard Room- Seaview Room’ yang berharga RM241.70 (Public Holiday). Tapi kalau Weekdays, harganya RM135.70 je. Harga time weekend pun lain jugak ye.. Semua pakej rooms kat sini dah termasuk dengan minuman petang dan sarapan. Untuk ‘Standard Room’, kitaorang dapat dua pax for Hi-Tea dan dua pax for breakfast.

Okay, jom masuk bilik!

Fishing Bay Resort

Ada dua single bed, peti sejuk, tempat sangkut pakaian, cermin, air cond, tong sampah dan paling best ialah view yang superb cantik! Tenangnya tengok awan, pokok kelapa dan lautan yang luas depan mata! Cermin muka ada dua. Satu dalam toilet, satu lagi kat meja solek. Tapi cermin dalam toilet tu agak tinggi kedudukannya. Tak boleh tengok penuh. HAHA.. Oh ya, TV takda untuk bilik yang kami stay ni. Kalau nak TV, pilih bilik lain ye. Ketiadaan televisyen bagi aku bukanlah satu masalah besar sebab depan mata Nampak view yang menenangkan jiwaku! Subhanallah!

Fishing Bay Resort

Cantik, kan?! Inilah permandangan dari depan bilik Standard Room-Seaview yang kitaorang pilih 🤩 Senang parking depan tu, bukak je pintu sliding, nampak view indah dan nyaman nih! Eii.. love teruk! 

Ok, dah check in bilik terus rasa nak terlelap pulak. Golek golek atas katil sambil berborak dan tengok kak Ain siapkan kerja mengedit untuk gambar kat tempat kerja dia... Fuh, busy betul awek sorang tu. 

1530pm: Apa ada untuk makan petang?

Apam coklat

Apam kek coklat 👍

Haaa, yang aku ingat ada bubur, kuih keria, kek coklat, dan buah. Kek coklat tu sedap! Perut masih kekenyangan selepas lunch. So makan kuih kuih pun okay lah.

Lepas makan, aktiviti photoshoot beramai-ramai menggunakan tripod. Tema pada hari tersebut adalah ‘White Theme’. Meskipun dalam suasana dan cuaca yang agak panas, tetap tak mematahkan semangat kami untuk bergambar beramai-ramai. Cuba celikkan mata seceliknya. Kah!

Cuti cuti Malaysia

Adeh kak Ain tunduk bawah lak 😂

Settle bergambar, acara bebas. Apa lagi, kelautlah kami. Sambung photoshoot, tak mandi manda. Aku ambil gambar kak Ain, dia ambil gambar aku. Ha gituh! Orang lain ada yang masuk bilik, mandi kolam, mandi laut! Syok habis! Posing sana sini!

Laut

1730: Aktiviti penyediaan makan malam yang romantik. Segala peralatan untuk BBQ, masak-masak dan dinner dibawa ke pangkin berhampiran BBQ Station

Khemah

Ha, Nampak tak kitaorang pasang khemah tu. Hehe.. Bincang punya bincang, pening punya pening, sambil ditemani angin kuat petang tu, akhirnya siap jugak khemah. Kitaorang tak makan kat pangkin sebab barang barang semua atas tu, so duduk kat bawah atau kat beberapa kerusi yang dibawa kawan lain. Hasilnya sangat memuaskan. Kak Nurul, Eyrin and Rabitah antara orang yang kreatif mendekorasikan khemah tu. 

Risau aku kalau tetiba khemah terbang tapi syukurlah…sampai sudah pun paku masih elok terikat kat tanah. Bermakna geng lelaki yang tolong pasangkan khemah ni telah membuat kerja dengan baik! Tepuk sikit!

Dekorasi

Sunset

Tadaaaa… Cantik kan khemah ni bila dihias macam dalam gambar kat atas. Dengan sunsetnya lagi. Subhanallah, seronok dapat tengok sunset nan indah tu.. Disebabkan ada hiasan sebegini, aku gelarkan ni percutian romantik ui! Walaupun bukan datang dengan husbaby, tetap suasana romantik tu terasa.. Kahh! 

Bermulalah akitiviti menghias khemah, memasak dan membako. Aku punya part, potong buah tembikai dan keluarkan dessert je! HAHAHA.. And then teman member gi pinjam blender kat dapur resort sebab ada sikit masalah teknikal berlaku. Tambahan pula, takda orang bawak blender. Kebanyakan bahan lain dah siap-siap diblend dari rumah. Terpaksa lah menghadap owner resort yang kebetulan ada petang tu. Dapat gak kami jumpa chef situ. Seorang lelaki. Dorang layan kitaorang dengan ramah. Bagus betul! Siap bagi cadangan itu ini..Hihi..

Makan makan

Sambil masak, sambil ngap. Kan? 🤭

Oh ya, sewaktu sibuk menguruskan persiapan, ada ler keluar beberapa ekor monyet..Tapi tinjau tinjau gitu je.. Tak ganas pun dan kami buat tak layan maka dia kembali ke sarang la... Hutan tetepi tu.. Huhu.. Dan kucing pun banyak ye kat sini.. Banyak sungguh, kena hati hati risau terkejut tetiba datang kat kaki... Kan.. Jenis aku yang tak reti pegang kucing, memang lari lari laa banyak.. huhu.. 

Selesai aktiviti memasak dan membako, makanlah kami dengan penuh kelaparan. Sedap dan menyelerakan ✅ Menu pada malamtu memang banyak sungguh! Ada udang, ikan, ayam, sosej, jagung bakar! Mihun, begedil, dessert from Dessert Queen, buah tembikai, dan lain-lain. Tak ketinggalan, marshamallow bakar cicah coklat! Ngam!


Jagung Bakar

Picnic

Sedap gilak semuanya!  

Ada banyak jugak lebihan makanan malamtu. Fuh, memang angkut tapau masuk bilik terus. Tak makan kat bilik pun, aku bawak balik rumah dan panaskan. Huhi..  Penat betul terasa haritu.. letak je kepala, takda pillow talk dah, laju terlena beb!

Keesokan hari..

Breakfast time! Menunya tak banyak tapi not bad ler. Ada nasi lemak, mihun sup, kuih kuih, roti bakar dan buah. Hm, Nona makan apa? SEMUA you! Rugi tak try semua, dah bayar secukupnya. Kan? Overall, aku okay je dengan semua menu yang disediakan. Bersih dan secukup rasa.

Next, mandi pool atau lautlah lepas kekenyangan! Hehe.. Aku malas mandi laut sebab nanti berpasir, jenuh nak bersihkan.. belum dating mood. So ke pool aje. Fun sebab selain berendam, kitaorang main campak campak bola dalam air. Susah dan mencabar. Then aku sekejap sekejap layankan anak kawan aku, teman main air.. Haha..

Swimming pool

Checkout jam 12pm..

Ajomlah kemas kemas untuk pulang sebab balik dari sana, aku kena masuk kerja pulak. Tu sebolehnya nak gerak awal. Hujung-hujung, lambat jugak. Kul 12 baru gerak balik! KAHKAH! Layankan kak Ain berkaraoke dulu. Ye, aku bawak microphone tau! Beli dari percutian sebelum tu lagi, saja nak meriahkan suasana je. Mic siap ada speaker, tinggal pasang sound atau lagu (Bluetooth dari handphone). Aku request lagu dengan kak Ain, dia layankan jer, dan nyanyikan dalam bilik sebelum berangkat pulang. Sepuasnya dia berkaraoke dalam bilik tu. Hohoo~

Fishing Bay Resort terletak di Teluk Buih. Sebelum teruskan perjalanan, kami stop dulu. Cantik betul jeti ni. Haruslah aku singgah dan bergambar. Tinggalkan kak Ain dalam kereta. Hoho.. Tripod ada, takda hal bagi i! Alhamdulillah, percutian yang enjoy dan menenangkan. Hiks.. 

Teluk Buih

Teluk Buih

Betul-betul dapat release stress sikit sebelum serabut semula. Secara keseluruhannya, aku seronok dengan percutian Romantika Fun kalini 😄 Next, aku dengan kak Ain melencong ke area jual jual sekitar Mersing sebelum balik JB. Yang tu.. kalau rajin, Nona cerita lah ea. Nah, sedikit info kalau berminat nak rasai pengalaman cuti-cuti Malaysia di Fishing Bay Resort, Pantai Air Papan, Mersing:

Fishing Bay Resort

Check in time: 2PM

Check out time: 12pm

Kalau lambat check out, RM50 sejam akan dicaj. 

Alamat: Lot 525, Teluk Buih, Pantai Air Papan, Mersing, Johor.

Boleh hubungi nombor tertera: 0127376492 ATAU 0197636724




Notahati: Kalau boleh, setiap aktiviti nak dirakam dan disimpan elok elok. Boleh dishare tentangnya atau dithrowback bila rindu. EH!

Post a Comment

14 Comments

  1. Bestnya...tak ajak pun, boleh kita couple...hehehe...

    ReplyDelete
  2. memang cantik sangat viewnya, tak jemu mata memandang. Bilik pun cantik, wahhh cantik set khemah dan segala persiapan nya tu. Siap ada main bakar-bakar lagi bestnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Memang cantik view nya.. Ya, bilik pun ok.. Cantikkan set tu.. memasing tau set, sy bwk sesikit je brg.. Haa. tang bako bako tu syokkk!

      Delete
  3. Sis dulu datang sini stay kat rumah yang betul depan pantai hujung kanan depan tu Nonn.. seronok deru o,bak angin kannn..

    ReplyDelete
  4. Cantiknya view tgk gambar2 nya
    seronok bercuti gini
    penuh acara bestt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah.. cantik kan.. saya suka betol.. hehee.. Best best!

      Delete
  5. Pantai di Mersing ni cantik. Teringin juga nak sampai sini tapi entah bila. Kenapalah jauh sangat entah. huhu...Cantiklah setting dinner bawah khemah tu. Seronok dapat bercuti dengan kawan kawan. Bercuti kat pantai pulak tu kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye... memang cantik cantik kat sini.. Not bad la... Gitu.. hehee.. Kan... cantik setting khemah.. Sampai ada yang egt kami order kat luo 😂 Haa.. jauh la dari tmpt kak Fiza.... Boleh set ler nanti.. huhu..

      Delete
  6. bestnya makan2 sambil tgk sunset. menu pun sedap2 semuanya. cantik betul khemah korang mmg feeling romantika d'amor betul hehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .