REVIEW MOVIE TALBIS IBLIS

REVIEW MOVIE TALBIS IBLIS

REVIEW MOVIE TALBIS IBLIS || Setelah sebulan movie ni berada kat pawagam, baru sempat tengok sejurus selepas habis event 'Happy Birthday Fanpekka' haritu. Alang-alang dah duduk dalam Aeon Jusco Tebrau, singgahlah tonton wayang terus.. Sorang sorang pun jadik. Seram jugak masa sampai dan duduk panggung yang kosong tu sebab takda orang langsung (Hari bekerja). Pulak tu tengok movie pasal cerita seram. Apalagi, laju aku keluar dari panggung tu sekejap, tunggu orang lain masuk dalam, baru aku masuk semula! HAHA.

Okay, berbalik pada movie Talbis Iblis, lakonan Nasha Aziz, Zul Ariffin, Azira Shafinaz dan Amir Nafis sebagai watak utama. Secara jujurnya, tidaklah begitu menyeramkan atau terlaluu best cuma boleh nampak beberapa pengajaran dan dapat buat aku terkaku untuk beberapa scenes lah. Ops, sebelum tu, apa tu Talbis? Talbis dalam makna lain ialah tipu muslihat. So, Talbis Iblis bererti Muslihat Iblis.

Di awal cerita, memang slow sikit tapi tetap ada elemen elemen mengejutkan dan of course buat aku tertanya-tanya. Kenapa si Hajar lakonan Azira Shafinaz ni tak nak baby tuh? Apa kaitan Mak Ju lakonan Nasha Aziz dengan Nasir lakonan Zul Arifin? Kenapa dan bagaimana itu ini, banyak jugaklah soalan misteri yang akhirnya terungkai tapi at the end, yang bebetul part last, tetaplah menggerunkan weh! Terfikir aku, sekiranya aku berada di tempatnya, apa aku akan buat??

Kebanyakan suasana dalam ni adalah suram, mendung dan sepi memanjang. Kecuali Time scene yang mengejutkan barulah rancak sekejap. Kalau tak fokus dan tak minat, mau tertido menunggu setiap scene. Kahhh!

Part paling aku suka bila dada atau jantung si Arshad lakonan Amir Nafis dicucuh dengan puntung rokok yang sedang menyala setelah ditikam. Adoiihaiii!  I terasa tau. Then time Hajar tidur. Memacam dimimpikannya.. Fuhhh! Dan dalam movie ni, tiada langsung penggunaan Pak Ustaz bagai tau. Nak tahu apa, gi tonton sendiri eh.. HAHAHA.. Konon tak nak spoiler. Apa yang penting, pengajaran yang aku dapat ialah, jangan pernah cuba cuba untuk buat perjanjian dengan syaitan dan iblis walapun dalam keadaan terdesak. Hm.. Namun begitu, yang telah tertulis tetaplah dah tertulis. Kita redha dan jalani kehidupan sebaiknya. 

Watak Zul Ariffin pulak, tak terlalu banyak dialog. Rasa macam nak suruh dia cakap banyakk lagi! HAHA.. Yang lain, lakonan okay dan nampak professional.


Selain movie Talbis Iblis, ada jugak movie seram yang lain untuk dilayan iaitu Menjelang Maghrib tajuknya. 


Post a Comment

2 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .