Kesian Jesnita!

Kesian Jesnita!

Kesian Jesnita! || Aku baru baru ni marathon drama Jesnita yang ditayangkan kat Astro tu terbitan Zeel Production. Setiap pukul 6 petang, Isnin sampai Jumaat. Tapi kalau dah terlepas, aku tengok kat Tik Tok part by part atau siaran ulangan. 

Jesnita

Kesian sangat the latest episod haritu, last week punya kisah. Si Jesnita (lakonan Intan Najuwa) diceraikan Rafael yang handsome tu (Yusuf Bahrin)! Then adik kandung dia pulak meninggal hari yang sama diceraikan! Weh... sedih dan kesian sangat... Bertimpa timpa dugaan melanda ek.. Dahlah takda ahli keluarga lain dah... 

Aku layan drama Jesnita sebab aku minat beberapa pelakon dalam cerita ni. Ada selit Che Ta!! Lakonan jahat oleh Nasha Aziz sebagai Syafinaz pun menjadik jahatnya.. Geram je... Slumber tarik rambut pekerja dia depan semua orang masa tu.. Fuhh! Malunya i rasa. Tapi takleh bla dengan rambut palsu yang dia guna dalam cite ni..  Hahaa.. Dia memang tamak dan dendam kesumat dengan ramai orang sekeliling dia. 

Memula aku fikir, Jesnita ni yang jahat so nanti dia lah yang dapat balasan.. sebab episod awal awal tu dia sombong gila.. Sampaikan warning laki dia kalau dah nak jatuh miskin, bagitau awal awal sebab dia tak nak hidup susah! Fuhhhh, statement Jesnita.. 

Kalau korang tengok cerita ni, boleh tahan banyak jugak isunya tentang dendam, amarah, dan cinta gitu.. Terselit pulak kisah anak ditukar masa kecik... Tak sure lah sapa buat kerja tu...Rasanya macam Fauzi, pemandu peribadi Syafinaz ni.. Eh peming betul!! Tak sabar nak tengok sambungannya.. Sekarang dah episod 30. Harini episod 31 dah. Total 40 episod ui! Sentiasa ternanti nanti scene seterusnya.. Okaylah. Jom tengok betul tak anggapan aku.. Huhu.. Korang ada yang layan ke drama Jesnita ni? Nah trailernya.. 



Post a Comment

8 Comments

  1. Amboi, geramnya dia kat Syafinaz hehe. Nasha Aziz ni mmg hebat berlakon, paling tak boleh lupa lakonan dia dalam drama Kutub Utara Kutub Selatan dulu-duluuuuuu.... hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang gerammm! Oh .cite tu .mcm x berapa nk egt..huhu

      Delete
  2. apooo 40 episod??? gigihnya seketul non..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku tgk selang2.. tp dh nk akhir ni..lagi gigihhh 😍

      Delete
  3. Aku tgok lompat lompat cerita ni, means ada episode tengok, ada episode tak tgok. Eh geram juga dgn si syafinaz tu. Anti if smpat nak tgok la.

    ReplyDelete
  4. lama mama tak folo drama, kalau tertengok tu, mama tgk aje tapi tak folo

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .