Aturcara Ulang Tahun 25th Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang

Aturcara Ulang Tahun 25th Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang

Aturcara Ulang Tahun 25th Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang || Yes, World Kite Festival kini Kembali! Dah 25 Tahun rupanya festival ek! I am so excited sebab kali ni pasti lebih meriah! My favourite event saban tahun meskipun sesak sana sini 😂 Best tengok layang layang bersaiz agak besar Dari seluruh Dunia dan beberapa Jenis wau yang menarik perhatian ramai. Makanan, minuman serta barangan lain pun semestinya banyak dijual kat sana! 

Festival Layang Layang Sedunia Pasir Gudang (FFLSPG), Johor yang akan berlangsung mulai 22 Februari hingga 26 Februari 2023 kali ini julung-julung kalinya akan dianjurkan oleh Persatuan Pelayang Johor (PPJ) dan Majlis Pelayang Malaysia (MPM) melalui sokongan penuh Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Tourism Johor dan Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia. Segala aturcara sepanjang Festival, boleh scroll entri ni sampai habis, Nona share kat bawah bawah yer~ Ada Pertandingan Wau Jalabudi, Merak Dan banyak lagi. Nona selalu tertarik dengan pertandingan Layang Layang Bercahaya tu nanti 🤩 Oh ya, kalini ada Pertunjukan Bunga Api tau. Nanti try scan code tu, ada list penuh aturcara 🥳

Festival Layang Layang Sedunia

Alert! Nak dekat dah! 

Selain daripada makanan, minuman Dan barang seperti barang mainan, kasut, tudung, baju..  Pelbagai aktiviti menarik jugak diadakan khusus buat para pengunjung 💕 Mari kongsi sikit:

Treasure Hunt

🕵🏻 Pertandingan Treasure Hunt🕵🏻
📆 26 Februari 2023

⏰ Masa: 8.30 pagi hingga 1.00 petang
📍 Tempat: Astaka Diraja, Taman Bandar, Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang, Johor

Doodle Art

Pertandingan Doodle Art 🖍️
📆 24 Februari 2023

🖍️ Untuk Pertandingan Doodle Art & Pertandingan Treasure Hunt:
shorturl.at/kRTU7


Pertandingan Mewarna

🎨 Pertandingan Mewarna 🎨

👨‍👩‍👧‍👦Kategori Keluarga: Seorang ibu/bapa & 2 orang anak berusia 4-17 tahun
👧🏻Kategori Tahap 1: 7-9 tahun
👦🏻Kategori Tahap 2: 10-12 tahun

🎨Pertandingan Mewarna🎨
📆 Kategori Keluarga: 23 Februari 2023
📆 Kategori Tahap 1: 25 Februari 2023
📆 Kategori Tahap 2: 25 Februari 2023

📌 Penyertaan adalah PERCUMA dan boleh mendaftar sebelum atau pada 20 FEBRUARI 2023, jam 5.00 petang.

Link syarat syarat penyertaan: shorturl.at/dsFN5

📌 Pendaftaran & Syarat-syarat penyertaan adalah melalui KOD QR yang disediakan di poster ataupun melalui pautan yang disertakan.

Untuk persembahan artis sepanjang Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang Kali Ke 25 Tahun 2023:

22/02/2023 RABU
9.00 Malam
Artis DARKKEY

24/02/2023 JUMAAT
9.00 Malam
Artis APAK KHALIFAH DAN CHOMBI SYUNK I LOVE U

25/02/2023 SABTU
8.45 MALAM
MAJLIS PERASMIAN FESTIVAL LAYANG-LAYANG SEDUNIA PASIR GUDANG KE 25 TAHUN 2023
OLEH Y.A.B MENTERI BESAR JOHOR

26/02/2023 AHAD
9.00 Malam
Artis KUDIEN 3JUARA

Fuhh, ada Chombi lah! Hihi... 

Selain daripada aktiviti di atas, ada jugak pertandingan karaoke (Layangkasa Idol).Hashtagnya #voiceofkite 🌹 Ini pun kalau datang time malam, Nona suka duduk makan sambil dengar nyanyian dorang kalau takda aktiviti layang layang berlampu di malam hari...Hehe.. 

Layangkasa Idol

Sekiranya tak nak join pertandingan nyanyian, bolehlah join pertandingan memancing pulak bagi yang meminati aktiviti memancing.. Ops, memancing ikan, bukan hati saya 😂

Pertandingan memancing

Segala aturcara festival Layang layang, time pukul berapa berkibarnya layang layang, pertandingan naikkan wau Dan sebagainya, bolehlah scan code kat bawah. Meriah dengan pelbagai aturcara majlis sepanjang beberapa hari diadakan.. Tak sabarnya! 😃

Festival Layang Layang 2023


Nah, antara kenangan singgah FFLSPG sebelumni:

Layang layang

Pasir Gudang

Ok, jemput datang lah yer 😃✌️



Notakaki: Standby tenaga dan duit kalau datang Festival besar camni 🤗

Post a Comment

4 Comments

  1. dah lamaaaaaa teringin nk tgk festival ni. 8 thn lps 1st time sy dtg PG. dah smpi sn baru tahu festival ni baru je berlangsung 😭😭😭😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduh, sayangnya..Tahun ni leh lah plan pergi ..hehehehe

      Delete
  2. layang layang penuh warna warni. Meriah , seronok tgkk
    terkenang zaman kanak2 pula musim angin memang pakat buat layang layang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, betul tu..ada macam macam warna, Jenis..kadang kadang tu bentuk kartun yg comel kan 🤩

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .