Beli Hidangan Raya Cepat dan Mudah Melalui Aplikasi ‘eDesa’

Beli Hidangan Raya Cepat dan Mudah Melalui Aplikasi ‘eDesa’

Beli Hidangan Raya Cepat dan Mudah Melalui Aplikasi ‘eDesa’ || Hai korang! Moga sihat selalu yo! Apa Nona ni cerita pasal hidangan raya sedangkan puasa pun belom lagi??! Haha, ye..Saja nak inform suruh standby awal! Senang nanti kalau tetiba raya terkejut lagi ker apa, boleh guna cara ni, simpan stok produk seperti pes masakan tuh. Haaa... Mudah dan cepat terhidang! Nak lagi cepat, beli menu yang ‘Ready To Eat’ terus! Macam yang Nona order last week kat dalam satu aplikasi terkini iaitu eDesa. Apakah itu aplikasi eDesa?

eDesa

Muka depan aplikasi eDesa.

eDesa merupakan sebuah aplikasi marketplace untuk memasarkan produk dan perkhidmatan IKS. Ya, inilah satu-satunya aplikasi PRODUK ORANG KITA yang fokus kepada produk dan perkhidmatan IKS, bersifat tempatan, mesra pengguna, dan memberi keuntungan kepada orang kita! 

Memang meriah dengan produk IKS seperti makanan, minuman, barang mandian, makeup dan banyak lagi. Sometimes ada produk yang Nona jarang atau tak pernah jumpa. Teruja pulak! Barulah tahu, macam-macam ada eh! Rambang mata!!! Banyaknya penjual terlibat dalam ni.. Makanan raya sampai makanan bukan raya, seperti makanan harian, dan barang harian pun ada ui!

eDesa

Roti Kering
Barangan dapur

See! Banyak sungguh kan?!

Selain itu, eDesa sebenarnya bukan setakat memberi peluang untuk client menjual dan customer pula membeli namun mereka banyak berkolaborasi dengan agensi contohnya MARA, RISDA, FELCRA dan lain lain, kebanyakan usahawan eDesa dari agensi agensi tersebut. Nak tengok apa aku beli haritu sebagai percubaan kali pertama? Zoom in kat bawah:

Kambing

Tart nanas

Chak!!

Teringin kambing solamer tu sebab it is RTE (Ready To Eat). Benda benda mudah ni of course my favourite! Lepastu aku beli pes rendang Resepi Toksu dan kuih tart. Mood raya betul ek! Haha.. So far dah try merendang, sedap betul guna pes ni, simple dan cepat! 

Okay, seperti yang aku bagitau awal-awal tadi, banyak penjual menjual kat sana. Selain daripada tempat membeli pelbagai barang atau produk, korang boleh jugak menjual kat dalam aplikasi ni.

Apa kelebihan yang disediakan buat mereka yang ingin menjadi usahawan dan peniaga dalam aplikasi eDesa? Haa, ni yang best. eDesa.my mengadakan kursus special for usahawan mereka di seluruh Malaysia! Ianya jugak bertujuan untuk memberi info dan tunjuk ajar tentang:

✅ Pendaftaran Seller dan Create Kedai di eDesa

✅ Kelas Mengambil Gambar dan Video Produk Mereka beserta Teknik Editing

✅ Marketing

✅ Bahan Pembungkusan Selamat untuk Pos

Sebab kebanyakan seller ni, mereka belum mahir untuk penghantaran keluar, ada yang datang dari luar bandar, ada yang tak pernah buat postage , so dalam kursus tersebut, eDesa ada tenaga pengajar yang bertauliah untuk train usahawan sampai faham. 

eDesa

Menarik ye siap ada dua pakej. 

Untunglah sesiapa yang grab peluang yang disediakan.

Rendang

Nah selingan. Ayam rendang menggunakan pes rendang yang dibeli kat eDesa! Hihi.. Sedaplah semestinya! Nanti kena beli lagi nampaknya! Haha..

Cara pembelian dalam eDesa.my:

  1. Download aplikasi eDesa di PlayStore (Pengguna android)
  2. Sign up.
  3. Survey produk yang diinginkan.
  4. Buat pembayaran dan tunggu barang sampai.

Simple dan mudah dengan adanya aplikasi eDesa! Lagi-lagi bila busy nak membeli barang dapur kat kedai, atau tempat shopping jauh, aku try search dalam aplikasi ni dan order, simpan buat stock~ Takdenya rugi, sangat berguna yer! Boleh survey website eDesa atau Facebook  atau download terus apps nya, settle!


Okaylah, sekian cerita pasal aplikasi eDesa yang terkini and happy shopping! Terjah dan survey benda benda menarik yang ada! 


Post a Comment

24 Comments

  1. Mak aihhhh....senang dan mudahnya guna e desa ni. Nak order untuk mak kat kampunglah nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah..senang senang..Boleh sangat tuuu kan🤩

      Delete
  2. Marilah kita support produk ornag kita dekat eDesa ni

    ReplyDelete
  3. Bestnya apabila dunia benar-benar di hujung jari!

    ReplyDelete
  4. pertama kali dengar pasal aplikasi ni.. tak pernah tau... kenapalah dia tak wujud masa PKP dulu kan.. kalau ada lagi awal dah banyak agaknya kita borong.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah kan..Baru dpt idea tuh..Tapi skrg Masih lrh boring gak tu..Sebab kdg x jumpa brgnya kat luo...dapat cari sini gak..hehe

      Delete
  5. Kenapa lah tak wujud mase pkp, kn sonang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..Skrg ni Baru lebih rancakk..Yang nak niaga online pun lagi ranchakk gitu

      Delete
  6. Ibu baru tahu pasal apps ni nona. Tq ye share info boleh download lepas ni. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun sama Baru tahu kewujudannya..Hehe..Welcome but.. Silakan but.. Alhamdulillah Moga dipermudahkan urusan ye...

      Delete
  7. Wow..cepat & mudah disediakan..lps nie bukan utk raya jer..utk masakan harian pun mudah bila mood malas dh datang..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yesss, betul tuh!!! Nona suka ushar sini..Ada benda menarik lain yg jarang jumpa kat luar pun ada.. Bila mood malas tu dtg, Sy singgah sini je...scroll 😂

      Delete
  8. Seronok la peniaga kecilan nak berniaga atas talian dengan bantuan eDesa ni. Kita pun senang nak membeli. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, mmg seghonok..ada kelebihan jugak Kalau berniaga kat sini nanti 🤩

      Delete
  9. Semoga maju bisnes usahawan2 kecil desa ni.

    ReplyDelete
  10. uishhh dah boleh masuk dalam list untuk raya nanti ni...mana la tau tiba2 emergency ada tetamu nak datang kannn..senang nak masak, cepat dan mudah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyaaa, betul tuh cik Sun!!! Cepat Dan muudahh..Sila masukkan dalam list ye 🤩

      Delete
  11. Pertama kali dengar. Satu usaha yang bagus.
    Pantas Nona…dah siap membeli pes dan masak 👍🏽

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Usaha yang bagus gini.. saya pun suka woo 😃

      Delete
  12. Uiii...banyaknya Non...rendang tu nona yg masak ye...hehehe...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .